Subscribe RSS

Category: | 0 Comments

Assalamualaikum ikhwah akhwat fillah...




























Kepada antum yang tak kira lah nak wat program ape ke...Sila-sila lah ye kita manfaatkan produk barangan ikhwah kita...apa-apa nnt cOntact ana

wAn mOhd rEdhuan wan aZmi
013-9181835
K-Terengganu Utara


Category: | 0 Comments


Kejadian Masjid Di Thailand...



11 orang penduduk kampung air tempayan,bechah airong (choairong) telah dibunuh dan lebih sepuluh lagi cedera parah ketika mengadakan solat jemaah isya didalam masjid dua hari yang lalu !!!!!
SEDEKAHKAN
AL-FATIHAH
BUAT MEREKA.....
Moga Mendapat Syahid...


















Sila layari laman sesawang: http://islamicmediacompetition2009.blogspot.com/

Muat turun borang dan lihat syarat-syaratnya di blog di atas.

JOM MERIAHKAN DAKWAH DENGAN MEDIA!

Bismillah

Utk semua lepasan, SPM, STPM dan STAM..

Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)
dengan kerjasama
Jamaah Islah Malaysia (JIM)

membawakan anda

EKSPRESI REMAJA AMBANG IPT
(ERAT)


Pelbagai program menarik disediakan utk kalian!!

SILA KLIK:
http://www.eksplorasimenarailmu.blogspot.com/


QADIRAN 'ALA KASBI = MAMPU BERUSAHA

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

Celakalah (orang yang hidupnya menjadi) hamba abdi dinar, celakalah (orang yang hidupnya menjadi) hamba abdi diram. Celakalah (orang yang) menjadi hamba abdi kepada pakaian’. (Hadis riwayat Imam Bukhari).

Hidup di dunia ini hanyalah sementara, akhirat jua lah yang kan kekal selamanya.

Jika di dunia hidup hanya dibaluti emas perak tanpa pembayaran zakat, pangkat diagungkan tanpa menghiraukan insane yang kurang berupaya,membuka aurat tanpa rasa malu dengan Allah dan Islam yang dibawa, maka apa lagi yang akan dibawa di akhirat sana?

Jika larangan Allah pun di buat gurauan, kelak inginkah Allah memandang di kala tiada lagi perlindungan?

‘Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.’ (Surah At-Taubah, Ayat: 38).


Janganlah engkau memberi kerana harapkan balasan yang banyak!

Jalankan tugas ini tanpa mengharapkan balasan dan ganjaran dari orang lain. Menjalankan tugas adalah berbakti dan mengabdi, bukannya mengharapkan balasan dan pujian jua keuntungan harta benda. Jasa insan-insan yang berusaha demi tertegaknya Islam dimuka bumi ini tidak akan terbalas hanya dengan segala kekayaan manusia. Bukankah tanpa dai’e yang tidak kenal penat ini, masyarakat ini akan kering dan ketiadaan Iman, kepercayaan dan, pegangan? Bukankah tanpa mereka, masyarakat ini lenyap ditelan kesepian, tiada suluh dan pelita? Bukankah tanpa mereka, hidup ini akan kerdil; hidup kehampaan dan segala kehampaan, kerana tiada Iman dan Agama? Kalau tidak adalah “penyuluh-penyuluh” baru datang ke dunia seperti mereka, alam ini seluruhnya akan tenggelam dalam kegelapan, kesepian dan kehampaan. Semoga kita kan terus berusaha dan berusaha tanpa lelah untuk menjadi ’mereka’. Jalankan tugas ini kerana hanya mengharapkan ke Redha Tuhanmu jua.

AMALAN YANG PERLU DILAKUKAN


1. Mengutamakan dakwah dalam melakukan sesuatu perkara

2. Menjauhi riba, judi, penipuan

3. Walaupun kaya, tidak melakukan pembaziran semasa berbelanja

4. Cuba sedaya upaya untuk tidak bergantung harap pada ihsan orang lain

5. Berusaha mencari rezeki yang halal elagi ada kudrat

6. Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan mahupun urusan rasmi.

7. Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.

8. Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).

9. Tidak menangguhkan tugasan yang diamanahkan

10. Memelihara harta peribadi dan harta awam

Category: | 0 Comments

Umpama Bebunga Yang Mekar Indah Di Taman

Akhlak Yang Mulia Pada Insan

Harum Mewangi Menghias Peribadi

Siapa Memandang Jatuh Hati


Akhlak Yang Istimewa Lumrah Dari Nur Iman

Umat Yang Bertaqwa Pada Tuhan

Hati Yang Suci Tunduk Pada Ilahi

Dunia Akhirat Dijanjikan Bahagia

(Akhlak mulia-Saujana)


kemuliaan akhlak seseorang itu adalah bergantung kepada tahap keimanan yang ada pada dirinya. Adalah tidak dikira beriman seseorang yang tidak berakhlak. Berhubung dengan hal inilah Rasulullah s.a.w menyatakan:


’Bukanlah iman itu hanya dengan cita-cita tetapi iman itu ialah keyakinan yang tertanam

di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan’ (Hadis riwayat Ad-Dailami).


Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang apa itu agama? Baginda menjawab: Kemuliaan

akhlak (Husnul Khuluq). Apabila ditanya tentang apa itu kejahatan, baginda menjawab: Akhlak yang buruk (Su'ul Khuluq).


Akhlak mulia yang dimiliki oleh seseorang hamba merupakan amalan yang paling berat dalam timbangan di hari kiamat nanti. Oleh itu sesiapa yang rosak akhlaknya dan buruk amalannya tidak akan dipercepatkan hisabnya.


Merujuk kepada buku ’Apa ertinya saya menganut Islam’ oleh Fathi Yakan, terdapat beberapa ciri-ciri akhlak yang sewajarnya menghiasi diri seseorang insan Agar menjadi seorang muslim yang benar adalah akhlak-akhlak yang berikut:


  1. bersifat warak dari melakukan perkara-perkara yang syubhat.
  2. memelihara penglihatan
  3. memelihara lidah
  4. bersifat pemalu

Rasulullah s.a.w bersabda:

Iman itu mempunyai tujuh puluh cabang atau enam puluhcabang, maka yang paling utama ialah ucapan Lailaha Illallah (Tidak ada tuhan yang sebenarnya melainkan Allah) dan yang paling rendah ialah membuang duri dari jalan dan sifat malu ialah satu cabang dari iman.’(Hadis riwayat Baihaqi).


  1. bersifat lemah lembut dan sabar

Akhlak yang mulia dan indah sudah ditunjuk oleh para anbiyak. antara contoh teladan dari Nabi Muhammad Saw ialah :

Pada suatu ketika datang seorang Yahudi menuntut hutang daripada Rasulullah s.a.w dengan berkata: "Kamu dari Bani Abd. Manaf adalah bangsa yang suka melambat-lambatkan pembayaran hutang". Ketika itu Umar bin Al-Khattab ada bersama dan dia hampirhampir memenggal leher Yahudi itu, lalu Rasulullah s.a.w berkata kepadanya: "Wahai Umar! Sepatutnya engkau menyuruhnya meminta kepadaku dengan cara yang baik dan menuntut aku juga membayar dengan baik".


Amalan yang perlu dilakukan :


1. berusaha mengamalkan sebanyak mungkin sifat-sifat mahmudah

2. sedaya mungkin meninggalkan sifat-sifat mazmumah

3. menghormati yang tua,mengasihi yang muda

4. tidak berkawan dgn orang yg berkelakuan buruk

5.menunjukkan akhlak yang baik walau mungkin dibalas buruk


Category: | 0 Comments

SOHIHUL IBADAH = IBADAH YANG BETUL

Sohihul ibadah/ibadah yang benar adalah perbuatan yang dilaksanakan semata-mata kerana Allah Taala. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra mengenai 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari akhirat. Salah satu dari 7 golongan tersebut adalah pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah Taala. Ibadah yang di maksudkan bukan hanya bersolat, puasa, zakat, dan berzikir semata-mata. Ianya merangkumi setiap perbuatan yang di lakukan setiap hari, waktu dan ketika hatta sekecil-kecil perkara seperti mengerdip mata jua akan dikira ibadah. Setiap yang kita sebagai seorang muslim laksanakan akan di kira ibadah jika ianya diniatkan dan dilakukan ikhlas kerana Allah Taala.


Rasulullah SAW bersabda :

“Sesungguhnya setiap perbuatan itu adalah dengan niat, dan sesungguhnya bagi setiap manusia itu (balasan) apa yang telah diniatkan”


Bahkan Allah jua telah berfirman dalam surah al-Zalzalah (ayat 7-8) yang bermaksud :


“Sesiapa yang mengerjakan kebajikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula”


Setiap hari kita telah pun berjanji pada Allah sekurang-kurangnya di dalam solat fardhu sebanyak 5 kali, iaitu 1825 kali setiap tahun. Cuba kita darabkan dengan umur kita sekarang, sudah ribuan kali kita berjanji kepada Allah, tapi sudahkah kita penuhi segala janji-janji itu dengan sempurna? Semoga setiap amalan kita kan diterimaNya sebagai satu ibadah. InsyaAllah


Amalan yang perlu dilakukan:


  1. Sentiasa mengingati Allah dalam segala hal dan keadaan
  2. Melazimi solat jemaah di surau dan masjid
  3. Memperbanyakkan solat malam


”Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan

lebih tetap betul bacaannya” (Surah Al-Muzammil 73: Ayat 6)


  1. Melazimi bacaan al-ma’thurat pagi dan petang
  2. Menyebarkan salam, menunaikan nazar
  3. Bersugi/bersiwak sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk
  4. beriktikaf di bulan Ramadhan jika berpeluang
  5. Tidak menolak untuk melaungkan azan (ikhwah) dan menjadi imam solat
  6. Ikhlaskan segala perbuatan kerana Allah





Category: | 0 Comments

Assalamu ‘alaikum wbt

InsyaAllah,bagi memenuhi masa cuti yang terluang ini, kami k-tganukiter ingin berkongsi sedikit mengenai 10 muwasafat yang seharusnya ada dalam diri setiap mukmin..Setiap minggu, kami akan menghuraikan 2 muwasafat..kami juga memohon kerjasama antum semua untuk menegur kami jika ada tersilap dalam menghuraikannya. Dalam setiap huraian mengenai 10 muwasafat ini, kami juga kan sertakan perkara-perkara yang boleh kita lakukan bagi membolehkan kita mencapai 10 muwasafat tersebut,insyaAllah. Semoga kita kan mendapat berkat dan redhaNya.

SALIMUN AQIDAH = AQIDAH YANG SEJAHTERA
Salimun aqidah/aqidah yang sejahtera merupakan suatu aspek yang amat penting bagi setiap insan yang bergelar muslim. Aqidah yang salim ini hanya mampu dicapai jika kita mengamalkan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah, dengan cara kita memahami setiap isi Al-Quran dan As-Sunnah..

”Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu sebuah Kitab (Al-Quran) yang mengandungi kemuliaan untuk kamu, maka mengapa kamu tidak memahaminya?” [al-Anbiya’ 21:10]

Setiap muslim wajib beri’tiqad dengan i’tiqad yang benar; iaitu i’tiqad ahli sunnah wal jamaah. I’tiqad bererti mempercayai dengan yakin tanpa syak dan ragu-ragu. Ia juga diertikan sebagai iman. Dalam aspek aqidah, ia melibatkan tiga bahagian iaitu;

I.Ilahiyyat (ketuhanan)
– beri’tiqad secara ijmal (umum) bahawa Allah bersifat dengan segala sifat
kesempurnaan dan beri’tiqad secara tafsil (terperinci) dengan mengetahui perkara
wajib, mustahil dan harus bagi Allah Taala
II. Nubuwwat (kenabian)
–beri’tiqad dengan kewujudan para rasul dan nabi serta meyakini
kebenaran mereka
III. Sam’iyyai/ghaibiyyat (perkara-perkara ghaib)
– beri’tiqad bahawa adanya perkara-perkara ghaib seperti
malaikat,syurga,neraka,ajal,maut,hari kiamat,azab kubur dan sebagainya.

Aqidah lah akan memandu kita ke jalan yang sebenarnya-benarnya. Jika mantap aqidah kita, maka kan mantapkan kehidupan kita di dunia ini dan insyaAllah jua di akhirat kelak.

”Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebutkan nama Allah, maka gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, maka bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.” [Al Anfal 8:2]
Amalan yang perlu dilakukan :
1. beriman bahawa Allah tuhan Yang Maha Esa dan tidak menyekutukanNya dengan
sesuatu yang lain
2. perbanyakkan membaca dan memahami isi Al-Quran
3. membaca dan mempelajari tafsir Al-Quran
4. mempelajari hadith Rasulullah dan mengamalkannya
5. melakukan sesuatu ikhlas kerana Allah Taala
6. mengingati 99 nama Allah dan mengamalkan dalam kehidupan

"Allah s.wt mempunyai sembilan puluh sembilan nama, kurang satu seratus. Sesiapa yang menghafaznya akan memasuki syurga. Allah itu ganjil (tunggal) dan menyukai (bilangan) yang ganjil." (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)
7. mengimani rukun-rukun Iman
8. tidak berhubung dengan jin
9. tidak menilik nasib,memuja kubur,percaya adanya sial
10. menerima segala ketentuan qada’ dan qadar Allah dengan hati terbuka
11. bersyukur dengan setiap kurniaan Ilahi

Category: | 0 Comments