Subscribe RSS

Assalamualaikum ikhwah/akhwat...nukilan hati....

Sesungguhnya, aku telah faham bahawa da'wah ini da'wah Allah dan da'wah kepada Allah.
Maka seandainya hati aku sendiri kosong tanpa Allah, apa mungkin aku memimpin mereka ke arahNya?

Sesungguhnya, aku telah faham bahawa da'wah ini da'wah Allah dan da'wah kepada Allah.
Maka sekiranya aku masih lagi gagal mencintai Allah wa Rasul melebihi segala cinta yang lainnya, adakah aku masih bertanggapan bahawa mereka yang aku da'wahi akan mencintai Tuhan dan Rasulnya itu?

Alangkah susahnya mendidik hati..sedangkan ia adalah pandangan Tuhan..menjadi wadah rebutan malaikat & syaitan..

Alangkah susahnya mendidik hati..bila dipuji sombong menghiasi diri, bila diuji pencaci dibenci sehingga berdendam sampai mati..
Didiklah hati..menuju jalan kebenaran demi mencari redha Ilahi

Sesaat matamu berkedip, ingat lah Allah..
Sedetik jantungmu berdegup, ingat lah Allah..
Sehalus budimu ditabur, ingat lah Allah..
&
Seikhlas hatimu ditaut, ingat lah Allah..


Bismillahirrahmanirrahim

Syukur kehadrat Allah SWT, Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, penentu segala kejadian, yang dengan izinNya dapat kami K-Terengganu Utara, dengan kerjasama padu tenaga pengajar Al-Amin melaksanakan Kem Kepimpinan (Qiadi 2010) di SRI Al-Amin Kuala Terengganu, Gong Badak bermula Khamis (28/Jan/10) hingga Jumaat (29/Jan/10), 2 hari 1 malam. Bertemakan ‘Qudwah Hasanah’, kem ini melibatkan adik-adik pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua serta penolong kelas tahun 3, 4, 5 dan 6 al-Amin K.Trg seramai 51 orang (27 banin, 24 banat). Sekitar 5.45 petang program bermula dengan sesi pendaftaran di mana peserta diberikan 1 sampul surat tertulis namanya dan ditulis nama kumpulan di dalam sampul tersebut. Namun ia adalah amanah untuk tidak dibuka sehingga diberitahu pada malamnya. Selesai pendaftaran, semua peserta dibenarkan untuk bermain/riadah.