Subscribe RSS

sedikit perkongsian dari ana sepanjang KBM Imtiaz..
sewaktu slot bersama ibu ayah, ana berada dibahagian pendftaran..tatkala itu datang seorang ibu bersama anak kecilnya tuk mendaftar..namun dia meminta ana yng menulis namanya, kerana dia tidak mampu untuk melihat dengan baik..saat itu ana teringat kan slot menulis kad pada anak nanti, jadi sememangnya dari awal lagi ana sudah aim untuk berada dekat dengan makcik itu, untuk membantu jika diperlukan..
sepanjang slot bersama ibu ayah yg dibawa oleh akh sufian, ana berada di hadapan bersama ukht Aini (Trgganu Selatan) yg mengendalikan slide/audio laptop..dari pandangan hadapan ana boleh melihat ayah dan ibu yang teresak2 menangis terutama semasa membacakan doa buat anak2..
kemudian para fasilitator ditugaskan untuk mengedarkan kad ucapan& pen kepada ibu ayah..saat itu ana mengedarkankan kad2 dan pen, dan tika tiba di tempat makcik tadi, fasi lain telah memberikan kad dan pen kepadanya..saat itu juga makcik tadi bertanya kpd fasi tersebut; 'kad nie ada garis-garis tak?'..'x da makcik,kosong je'..'mkcik nak kena tulis kat mana?'..'mkcik boleh tulis di kedua2 bahagian ni'..perbualan terhenti di situ..ana lihat mkcik melihat2 kad tersebut sambil memegang pen..mgkin fasi tadi tidak sedar perkra sebenar..ana mengambil alih tempt fasi tadi..nak terus bertanya untuk tolong menulis takut tersalah cakap & tersinggung hati mkcik itu..jadi ana diamkan saja,smbil pandang ke arah lain..akh sufian telah berikan arahan untuk menulis, tapi mkcik tadi masih memegang2 pen, membalik2 kan kad..pilu rasa hati,wlupun KBM dh lepas, tapi saat menulis ni pun ana boleh rasakan lagi suasana pilu tu..ana beranikan jugak tuk berbual & bertanya..dan sememangnya saat itu mkcik  memang memerlukan seseorang berada dengan nya untuk menulis..alhamdulillah ya Allah..
saat menulis, mkcik menceritakan banyak perkra pada ana terutama tentng kluarga nya..anaknya di Imtiaz adalah anak sulong..dgn dirinya yg tidak bekerja, hnya mnerima sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat setiap bulan,menanggung 3 anak dirumah..harapan yg tinggi diletakkan pada ank sulongnya itu, yg dibahasakan 'kakak' di rumah..segalanya diluahkan & ana cba sedaya mungkin menulis segala isi hati ibu ini..mata yg bengkak x dihiraukan demi memenuhkan kad itu sebelum 'kakak' msuk ke dlm dewan..
itulah antara pengharapan seorng ibu dlm membesarkan anak2nya..
dan pengharapan yg besar juga diletakkan pada kita sebenarnya, agar program2 seperti ini dpt lagi diteruskan..mkcik tdi dijdikan cntoh; sgt percaya pada progrm ini, pada fasi dan seluruh pengendali hingga sanggup berkongsi banyak perihal keluarga walaupun pertama kali berjumpa..dia percaya prgram ini mampu untuk membantu anaknya, dan seharusnyalah kita cuba kekalkannya dan laksanakan dengan sebaik mungkin..insyaAllah

Category: | 0 Comments





bismillahhirrahmanirrahim..
alhamdulillah berakhir sudah KBM Imtiaz kelmarin (26-27mac). satu pengalaman baru buat kami dari K-Terengganu Utara (K-TU) berprogram bersama adik2 kasih sayang bakal hafiz/hafizah..bahkan ada antara peserta yg terlibat telah berjaya menghafaz 30juzuk al-Quran..subhanallah
terima kasih diucapkan kepada para moderator krn sanggup menunggu semua ikh/akh dri k.terengganu hadir sebelum memulakan TOT..pada mlm itu, selepas solat isyak ada majlis solat hajat perdana di UMT sempena exam final yang bermula semalam, dan ada juga fasilitator yang ada ujian dan kelas pada khamis malam..itu sebabnya berlaku sedikit kelewatan..tapi apa-apa pun alhamdulillah TOT dapat dijalankan bermula sekitar 11.59mlm-3.00pg..



Risalah dari Dr. Muhammad Badie’, Mursyid Am Ikhwanul Muslimin



Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah saw dan para pengikutnya… Al-Quds merupakan taman yang harum semerbak, lokasi yang senantiasa melemparkan senyuman, malamnya dipenuhi dengan selawat dan munajat, dan siangnya dipenuhi perjuangan dan aktiviti-aktiviti dakwah. 

Sejarah Al-Quds adalah sejarah risalah dan perjuangan para rasul, yang diterima dari satu nabi kepada nabi yang lain dan satu dari satu risalah ke risalah yang lain hingga yang terakhir risalah nabi Muhammad saw yang diterima daripada seluruh nabi pada puncak pertemuan di langit yang penuh keberkatan. 
Di hadapan pintu-pintunya gugur syahid para pejuang dan pahlawan dan di sekelilingnya melahirkan para pejuang yang beriman. Di hadapan pintunya sentiasa berlaku pertarungan sengit yang berpanjangan antara kebenaran dan kebatilan yang kadang-kadang kebatilan menang pada awal pertarungan namun pada akhirnya kebenaran akan memenangi dalam pertarungan ini. 

Ketetapan (Tsawabit) yang tidak boleh diubah;
 

  • Palestin dan Al-Quds merupakan sebahagian dari aqidah umat Islam, kerana itu mengambil mudah isu keduanya bererti mengambil mudah ke atas kitab Allah, peradaban ummah dan keimanannya.

Category: | 0 Comments

Bismillahirrahmanirrahim 
Salam ukhwah fillah menemui ikhwah/akhwat kt mana aje antum berada..semoga dlm limpah rahmat Ilahi untuk setiap urusan kalian laksanakan..
maaf atas kelewatan hebahan ini..
insyaAllah kmi warga K-Terengganu Utara (K-TU) akan mengendalikan program Keindahan BersamaMu (KBM) pertama
kami seperti butiran berikut:

tarikh: 26-27 Mac 2010 (25Mac malam TOT fasi)
tempat:
KOSPINT (KOlej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu) @
             nama sekarang Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu 
             KualaTerengganu
peserta: jangkaan 150 orang pelajar tingkatan 4 dan 5

mohon doa ikhwah/akhawat sekalian agar program KBM pertama kami ini dapat dijalankan dengan lancar insyaAllah..syukron,arigato gozaimas kpd ikhwah/akhwat Terengganu Selatan atas segala tunjuk ajar dan sokongan antum..jazakallahu khairan katheera

wallahua'lam..
wassalamu'alaikum wbt


Assalamualaikum wbt ikhwah akhwat yang diredhOi Allah SWT..
jOm meMuhasabah untuK mpErsiapkan diri di meDan daKwah
(gambar rekaan semata-mata)
Sabtu, 13 MAC 2010. Kenderaan bermotor dan bahan api tak dapat dipisahkan. Ada kenderaan bermotor menggunakan petrol, ada yang guna benzene, ada yang guna kerosene, ada juga yang guna NGV. Kenderaan hybrid terbaru menggunakan hydrogen sebagai bahan api. Bagi kereta biasa di Malaysia, bahan api yang popular adalah petrol tanpa plumbum RON 98. Walau apa pun bahan api yang digunakan, yang penting, ia diperlukan untuk menghidupkan enjin seterusnya menggerakkan kereta.
Jom kita ambil sedikit ibrah daripada kisah kereta Perodua Kancil dan minyak petrol tanpa plumbum RON 98.

Untuk menghasilkan pembakaran dan menggerakkan piston dalam enjin, petrol perlu masuk ke dalam enjin terlebih dulu. Bekalan petrol yang mencukupi untuk enjin sangat penting. Maka, untuk setiap perjalanan, tangki petrol perlu sentiasa diisi.
Dalam sebuah perjalanan, kereta Kancil akan bergerak selagi mana petrol cukup. Sekiranya petrol kering dan tidak diisi, enjin kereta Kancil tak dapat meneruskan kerja lantas membantutkan perjalanan. Jika pedal minyak ditekan walaupun petrol telah kering, enjin akan terus mati. Setelah enjin mati, ia tak dapat dihidupkan terus setelah mengisi petrol ke dalam tangki. Ia tidak semudah memulas punat kunci. Sedikit isipadu petrol perlu di masukkan ke dalam enjin. Kerja ini agak susah dan leceh untuk dilakukan.
Sebab itu lah, isipadu minyak perlu sentiasa berkadar langsung dengan sejauh mana kilometer perjalanan. Lebih jauh dan laju kereta Kancil memecut, lebih banyak petrol yang diperlukan. Bekalan perlu sentiasa cukup. Andai bekalan petrol hampir kering, kereta Kancil perlu singgah di mana-mana stesen minyak untuk isi tangki. Bekalan yang  baru akan menampung perjalanan seterusnya.
Semasa mengisi tangki di stesen minyak, pemilihan jenis bahan api mesti tepat. Jika enjin petrol diisi dengan diesel, rosak lah kereta. Perjalanan terus terhenti. Kena singgah bengkel untuk baiki enjin. Kereta Kancil tersadai 2-3 hari. Rugi masa, rugi tenaga, rugi duit dek kesilapan memilih bahan api.

Petrol Dalam Dakwah dan Tarbiyyah
Dakwah ini perjalanan yang sangat jauh dan panjang. Bekalan yang sufficient atau lebih sangat-sangat diperlukan untuk meneruskan jalan ini. Seorang akh atau ukht akan pendek nafasnya atas jalan ini andai bekalannya tidak mencukupi. Demikian kaitannya dengan petrol RON 98. Tarbiyyah umpama petrol dalam perjalanan dakwah. Usrah, halaqah, daurah, jaulah etc. adalah stesen-stesen minyaknya. Tugas-tugas dakwah tak dapat diteruskan andai bekalan tarbawi tak mencukupi. Bagaimana mungkin seorang akh mampu bergerak sedang jiwanya kosong. Atas dasar apakah yang mampu menggerakkannya di atas jalan dakwah yang panjang dan berliku ini.
Andai seorang dae’i itu terus memaksa dirinya atau dipaksa untuk menjalankan tugas-tugas dakwah sedang bekalannya tidak cukup, mungkin berlaku seperti enjin kereta Kancil yang kehabisan petrol. Ia akan terhenti. Untuk menggerakkannya kembali, usaha yang lebih sukar dan leceh diperlukan, sama macam mengisi petrol ke dalam enjin yang letaknya jauh di dalam bonet.
Begitu juga halnya jika seorang akh mendapatkan bekalan tarbawi yang tidak tepat. Instead of petrol iman, diesel jahiliyyah yang diisi ke dalam tangki enjin hatinya. Jika ini berlaku, rosaklah hati si akh tersebut dan memaksa proses pembaikan yang mungkin memakan masa yang lama. Banyak juga tenaga, masa dan wang yang perlu dilebur. Nauzubillaah.
Begitulah halnya jalan ini. Bekalan iman yang mendalam dan berterusan adalah pembakar enjin dakwah ini. Hanya tarbiyyah yang berterusan mampu membekalkannya.
Bagaimana tarbiyyah kita? Cukupkah untuk perjalanan yang panjang, jauh dan payah ini?
Wallaahua’lam.


MAKLUMAT LANJUT..JOm KLIK DISINI


Assalamualaikum wbt ikhwah akhwat..
sedikit perkongsian buat peneman bekalan di jalan Dakwah dan Tarbiyyah nie..moga terus ISTIQAMAH kami doakan...buat pencari kebenaran..renungilah...bait ini ditujukan khas buat antum di luar sana yang dahagakan IMAN dan ISLAM
10 MAC 2010, RABU. Masyarakat muslim cukup unik binaan strukturnya. Islam mendidik individu-individunya agar setiap orang daripada mereka menjadi satu unit yang lengkap lagi melengkapi. Dia seumpama batu-bata yang teguh, disusun bersama batu bata yang lain dalam binaan yang besar.
Proses ini bermula sejak pembentukan masyarakat Islam pertama di bawah petunjuk Nabawi. Antara seruan pertama Islam ialah sabda Rasul s.a.w (yang bermaksud):
“Allah memberi hidayah melalui kamu seorang lelaki lebih baik bagi kamu daripada unta Humr an-Ni’am
(jenis unta yang paling tinggi nilainya)” [Muttafaq ‘alaih)
Semenjak saat itu, setiap individu daripada generasi awal Islam memikul fikrah Islamiah dan aqidah yang
murni dalam pemikiran mereka, begitu juga keimanan yang mendalam dan mantap di dalam jiwa-jiwa mereka.

Sehingga ianya terserlah dalam kata-kata, tingkah laku dan gerak diam mereka. Setiap individu di kalangan mereka seolah-olah membentuk sebuah umat. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w terhadap peribadi Abu ‘Ubaidah al-Jarrah: “Dia diutuskan sebagai sebuah umat”

Category: | 0 Comments

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ikhwah akhawat yang dikasihi Allah SWT
insyaAllah sekali lagi kita kan terus mengeratkan lg tali ukhwah kita dengan termeterainya 
....MuKhayyam FaMiLi de peNyu 2010...



Tempat : Taman Pertanian Sekayu, tentu sekali di Ganu kiter..
Tarikh : 12-13/03/2010 (masa start 9.00am insyaAllah)...
timing jage makcik pakcik iey...





12/03/2010

09.00-09.30am : Pendaftaran
09.30-10.30am  : Taklimat dan Taaruf (ice breaking)-divide into single and famili..
10.30-12.00pm : Pembersihan Kawasan dan mendirikan Khemah dah ade Dorm..
12.00-02.00pm : ISOMA (istirehat+solat+mandi)
03.00-05.00pm : Explorace in all area of Sekayu waterfall (all participant cmpulsry)
05.00-07.00pm : Ikhwah ke Sekayu Lagoon + akhwat persiapan menuju senja
07.30-09.00pm : Solat Maghrib+Baca Qalamullah+Solat Isyak
09.00-11.00pm : Acara masak memasak + tayangan video buat anak-anak


13/03/2010

05.00am            : Qiam Jamaie (jangan tak tidor)
06.00am            : Subuh Berjemaah
06.30-07.00am : tazkirah Subuh oleh Syabab kiter al-akh Izhar Syafawi tentang "...."
08.00-09.00am : Riadah Pagi + Solat Dhuha
09.00-12.00pm : Persembahan daerah dan Quiz dan sesi penutup..
12.00pm-12.30pm--berkemas dan bersurai

Category: | 6 Comments


Assalamualaikum ikhwah akhwat yang disayangi Allah swt..

sudah lama ana tak mencoretkan bait kata-kata dalam blog kita nie..tersa kOsong sebenarnya diri ini...
namun disudut hati lagi terasa kOsong andai ana meninggalkan tanpa pengisian..ia kan menggugat iman..

insyaAllah shbt/shbiah..ayuh kita REFRESH balik iman kita..mOga tak dOwn selamanya...
sedikit perkOngsian buat teman-teman yang dikasihi kerana Allah...


Tamayyuz ertinya berbeza.
Setelah kita Islam, kita adalah berbeza dari orang lain yang tidak Islam. Beza pada aqidah awalnya dan beza dari segi pemikiran, pandangan hidup, matlamat dan neraca. Ini telah ditunjukkan oleh Generasi awal Islam.

Category: | 1 Comment

Dari barisan usrah
Dan dari umbi tarbiah
Muncullah sinaran fikrah
Islah terus meniti masa

Dari dewan selesa ke jalanan yg berhaba
Pejuang keadilan dan penjulang kebenaran
Bersama islam membina ummah
Usaha daulatkan syariah
Agar hidup penuh barakah

Category: | 0 Comments