Subscribe RSS

perkongsian by Dr Zabidah/Kak Dah (salah seorang naqibah UniSZA Kampus Kota)

Assalamualaikum wrt..
Bertambah semangat rasanya bila mendengar perkongsian2 begini. Dgn perkongsian begini, kita blh mengetahui perkembangan semasa aktiviti2 sahabat2 kita yang dekat maupun jauh.
 
Ana kongsikan sedikit laporan sampel 1st year medic udm kampus kota..
Perancangan last minute, tengah hari semalam baru plan nak buat ari ni, so x sempat nak war2kan kpd akhw yang lain.
Sampel 1st yr medic diadakan pada pg tadi, 20.7.2010 start kul 8 pagi bertempat di pantai rhu, belakang UMT. Disertai oleh 30 orang student 1st yr medic, 8 org 2nd yr medic (anak usrah k jannah) , 4 org fasi UMT + UDM (anak usrah k dah), 3 akhwt penggerak serta 2 akhwt UMT. Dimulakan dengan sarapan pagi nasi minyak bungkus dan air beli sendiri di gerai tepi pantai..(huhu, air ade, cawan x dang nak beli pagi tu), then tazkirah pendek mengenai kebesaran penciptaan Allah oleh ukht nurul nazwa. Diteruskan dengan taaruf ringkas dan games yang dikendalikan oleh usrah 2nd yr medic..melalui sesi taaruf, setiap org dikehendaki memperkenalkan diri n tunjukkan trademark masing2..(em, mostly trademark kartun n korea/japan. ..)
Diteruskan dengan 3 games : mengenal suara binatang, choki2, surat khabar..riuh bebenar dengan 'suara kambing' mengembek..hehe. .setiap games ada mesej tersendiri yang hendak disampaikan.
program di akhiri dgn sesi pengisian perkongsian pengalaman dan relaksasi oleh dr rohayah..program berakhir pada jam 11.30 pagi. selepas ini, penyertaan join usrah dibuka kepada semua secara sukarela. bagi mereka yang masih belum bersedia untuk mengikuti usrah akan diteruskan dgn prgrm2 umum..
 
sekian dulu perkongsian sampel akhawat medic unisza kampus kota..IA, akan menyusul selepas ini sambutan pelajar baru beberapa jurusan lagi..
wallahua'lam. .

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT atas segala kemudahan, keupayaan juga kesihatan yang diberikan sehingga kami (pihak akhawat UniSZA & UMT) berjaya melaksanakan sambutan pelajar baru (SAMPEL) via MABIT bermula Khamis (15 Julai Maghrib) - Jumaat (16 Julai tengahari)..


Berita ni spatutnya di post lbih awal,nmun sikit kekangan buatkan ana x smpat habiskan crita..ikhwah pula sangat mantap,abes sampel trus post,begitu juga akhawat UniSZA Kampus Kota (medic+dietatik)..MABRUK!!


Walaupun program kali ni dirancang adhock bagi menggantikan program ISK yang terpaksa ditunda atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, alhamdulillah segalanya berjalan lancar.
Perancangan yg dibuat bermula Rabu petang dilaksanakan dengan jayakan pada keesokkan harinya..
ini lah kali pertama SAMPEL dilaksanakan di homestay bagi akhawat UniSZA..tahun lepas,kmi hanya laksanakannya di kampus..Alhamdulillah,dimurahkn rezeki..bertukar angin tahun ini!


Bermula dengan solat Maghrib berjemaah (makanan smpai lmbat skit, buka puasa ringan2 dulu), program diteruskan dengan makan malam sambil berkenal-kenalan dengan teman sebelah mnyebelah..Seusai solat Isya' berjemaah, sesi taaruf dimulakan..di dalam 1 halaqah besar terdiri dri 21 akhawat (2penggerak+7pelapis+12pljar baru), setiap akhawat diminta memperkenalkan diri masing..


Seteruskan 1 slot perkongsian oleh Dr Zabidah/Kak Dah aka owner of d house mnngenai kehidupan bru yg bakal ditempuh di IPT..suasana yg santai memudahkan lagi sesi 2 hala dengan adik2 baru..Kemudian beberapa game dijalankan untuk merapatkan lagi para peserta, lebih2 lagi melibatkan 2 IPT..


Gamat seketika rumah pabila slah 1 game, adik2 diminta menggit 1 bar cklat bersama2..walaupun baru berkenalan, mreka sanggup mnyahut cabaran itu..bukan kah Ukhuwah itu Teras Kegemilangan!!(>_<)


Gelak,tawa gembira tidak hanya dibiarkan berterusan tanpa motif..diakhir setiap game, pengajaran/motif permainan diberikan..adik2 juga diminta menyanyikan bersama2 lagu tema program 'Demi Matahari+gaya'...sekitar jam 11.30mlm game dihentikan & diteruskan dengan pembentukan 4 halaqah dan tadarus Al-Quran..Alhamdulillah 2 juzuk Al-Quran dapat dihabis kan sebelum tido! Bagi yg belum mampu melelapkan mata, air teh + biskut disediakan oleh akak2 tuk supper..


Sekitar jam 5.00pagi, semua akhawat dibangunkan untuk qiamullail dan diteruskan dengan solat subuh berjemaah dan bacaan al-ma'thurat..selesai kendiri, makan pagi yang bermula 7 pagi menghangatkan lagi ukhwah yg kian mekar..insyaAllah pagi itu diteruskan lagi dengan pelbagai jenis permainan beserta nyanyian lagu tema..Alhamdulillah, program berakhir sekitar 11.30 pagi,diakhiri dengan salaman tautan hati..


insyaAllah semoga dipermudahkan buat semua untuk meneruskan pentarbiyahan bagi adik2 SAMPEL ini..wallahua'lam

Salam sejahtera buat semua. Disebabkan kesuntukan masa hanya beberapa gambar sahaja di'upload'


InsyaAllah selepas ini akan di'edit' lagi
-wasssalam-

Sambutan Pelajar Baru (SAMPEL)

Waktu: 1500-1800, 17 Julai 2010

Tempat: Pantai Tok Jembal

Tema:Ukhuwwah Gaza

Program ini sekadar ringan-ringan dan agak santai agar merapatkan hubungan diantara mahasiswa baru. Moga setelah dijalinkan hubungan itu, ia akan berkekalan dan seterusnya bersama-sama membawa kepada keredhaan Allah s.w.t. 

"Daripada Anas bin Malik r.a, Nabi s.a.w bersabda (yang bermaksud): Sesiapa yang inginkan rezekinya diluaskan dan dipanjangkan usianya, maka jalinkanlah hubungan silaturrahim (dengan ihsan)." 

[Rawahu Syaikhani]
Wallahualam.~~~

Category: | 0 Comments

Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
30 Jun 2010 bersamaan 17 Rejab 1431
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memandang serius isu yang dibangkitkan akhir-akhir ini mengenai kaitan di antara apa yang dilabel sebagai fahaman Wahabi dengan kumpulan pengganas serta yang mengaitkan pula beberapa tokoh dan NGO Islam dengannya.  Sebagai sebuah organisasi Islam, IKRAM berpegang kepada jalan damai dalam mencapai matlamat dan visi Islam serta melakukan aktiviti mengikut lunas undang-undang yang sah.
IKRAM menganggap perbezaan pandangan dengan kumpulan fahaman Wahabi perlu ditangani menurut adab dan akhlak berbeza pendapat dalam Islam.  Perbezaan pendapat harus ditangani dengan bijaksana melalui diskusi dan wacana ilmiah, sebaik-baiknya secara tertutup, dan bukan dengan perantaraan media. Usaha untuk  mengaitkan perbezaan pendapat dengan memberi label adalah sesuatu yang tidak sihat, apatah lagi mengaitkan perbezaan ini dengan keganasan.  Sebarang dakwaan yang dibuat perlu disokong dengan bukti yang kukuh bagi membolehkan bukti itu dinilai, yang terdakwa mengemukakan hujah balas dan dengan itu penganiayaan dan kezaliman terhindar.
Aktiviti keganasan tidak wajar dikaitkan dengan mana-mana aliran, kerana yang terlibat terdiri daripada pengikut pelbagai aliran.  Mereka lahir daripada salah-faham terhadap Islam dan perjuangannya.  IKRAM menyarankan pihak polis bertindak secara profesional, tidak memihak dan adil agar kepentingan negara dan setiap orang rakyatnya terjaga.
Umat perlu kembali kepada prinsip perbezaan pendapat, sesuatu yang mengkayakan kita, selagi kita mengamalkannya dengan baik. Semua pihak hendaklah bergerak kehadapan membina negara Malaysia yang harmoni, maju dan makmur serta saling bekerjasama membangun kehidupan masyarakat agar sejahtera dan maju.
Dr. Mohd Parid Sheikh Haji Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

Category: | 0 Comments

dari akh Suffian...
 
Salam,

A giant ship engine failed. The ship's owners tried one expert after another, but none of them could figure but how to fix the engine. 
Then they brought in an old man who had been fixing ships since he was a young. He carried a large bag of tools with him, and when he arrived, he immediately went to work. He inspected the engine very carefully, top to bottom. 
Two of the ship's owners were there, watching this man, hoping he would know what to do. After looking things over, the old man reached into his bag and pulled out a small hammer. He gently tapped something. Instantly, the engine lurched into life. He carefully put his hammer away. The engine was fixed!
A week later, the owners received a bill from the old man for ten thousand dollars. 


"What?!" the owners exclaimed. "He hardly did anything!"
So they wrote the old man a note saying, "Please send us an itemized bill." 

The man sent a bill that read: 

Tapping with a hammer...... . ........ ........ $ 2.00
Knowing where to tap......... ........ ......... $ 9,998.00 

 
Moral of story is . . . . . . . . .... .. . 

"Effort is important, but knowing where to make an effort makes all the difference"

Category: | 0 Comments