Subscribe RSS


Pendahuluan:

1.     Taddabbur Surah Maryam 19, ayat ke 71:

“Dan tidaklah dari kamu melainkan akan mendatanginya (neraka jahannam) adalah yang demikian itu bagi Tuhanmu merupakan ketentuan yang telah ditetapkan ”.

1.     “Hatman Maqdhiyya” – Ketentuan yang ditetapkan: 

Setiap orang akan melalui neraka Jahanam yang berada di bawah titian Shirathal Mustaqim. Tiada jalan alternatif dan tidak boleh ditawar-tawar lagi. 

1.     Tarbiyah bersifat “Hatmiyah” – merupakan suatu kemestian/’urgent’/tiada alternatif lain untuk mencapai kebangkitan umat dan terbangunnya Tamadun Islam kecuali melalui proses Tarbiyah.
  
Kemestian Tarbiyah:

1.     Manusia sentiasa terdedah kepada musuh-musuh yang ingin membinasakannya:

      i.        Iblis yang menyesatkan. (Al-A’raf 7:16-17)
     ii.        Orang Kafir yang menghalangi dari mengikuti Jalan Allah. (Al-Anfal 8: 36)
    iii.        Nafsu yang mengajak kepada kejahatan (Yusuf 12:53)

1.     Tarbiyah itu memberikan imuniti (mataanah) kepada Mutarabbi dari segi Maknawiyah (Ruh & Iman), Fikriyah (Pemikiran & Ideologi) serta Tanzhimiyah (Struktur Dakwah).

1.     Tarbiyah juga mempersiapkan Mutarabbi sebagai Jazabiyah ad-Dakwah (Magnet Dakwah) kerana seorang yang mendapat Tarbiyah biasanya disenangi, didekati, dirujuki dan diteladani oleh masyarakat. 

Pendekatan-pendekatan dalam Tarbiyah (al-Asalib fit Tarbiyah Islamiyah):

1.     Pendekatan yang Ideal (al-Uslub an-Nazhori):

      i.        Sha’bun – Tsabiit (Susah, tapi hasilnya terjamin Kekal):

Mentarbiyah itu ibarat menanam pokok buah-buahan:

  • Memilih biji benih yang terbaik.
  • Biji benih ditanam di dalam tapak semaian agar terjaga.
  • Anak pokok dibajai dan disiram secukupnya agar sihat.
  • Setelah akar dan batang cukup kuat, dipindahkan ke tanah kebun.
  • Pokok muda itu terpaksa bersaing dengan tumbuhan lain dan perubahan cuaca untuk terus bertahan.
  • Pokok membesar kuat, akar kukuh menghunjam ke tanah dan cabang melangit.
  • Memberi buah kepada penanamnya dan teduhan kepada makhluk lain. 

“Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat.” (Ibrahim 14:24-25)

  • Kisah Kaab bin Malik RA yang ikhlas menerima hukuman akibat tidak turut serta dalam Perang Tabuk. 
  • Ketika utusan Kerajaan Ghassan datang menawarkan suaka politik dan jawatan di sana, beliau menolaknya sambil berkata, “Ayyu Mushibatin Hadzihi!”
  • Itulah contoh peribadi yang ‘imune’ maknawi, fikriy dan tanzhiminya. Tetap tsabat hingga ke akhirnya. Itulah hasil Tarbiyah!

“Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan memperbuat apa yang Dia kehendaki.” (Ibrahim 14:24-25)
      i.        Thaawiil – Ashiil (Panjang, tapi terjamin Keasliannya):

  • Dakwah itu perjalanan yang panjang dan tidak hanya satu generasi yang melaluinya. 
  • Kita hanya penyambung mata rantai panjang dakwah para Rasul, Sahabat RA, Salafussoleh dan du’at terdahulu.  
  • Untuk mencapai tujuan dan sasaran jangka panjang dakwah memerlukan gabungan gerakerja beberapa generasi. (Hammasatus Syabab, wa Hikmatus Syuyukh)
  • Penaklukan Romawi – Rasulullah SAW menjanjikan tertaklukmya Byzantium ketika memukul batu semasa membina parit Perang Khandaq. Namun, Romawi hanya dapat ditakluki beberapa abad kemudiannya ketika zaman pemerintahan Khilafah Uthmaniyah.
  • Betapapun banyak generasi yang berlalu, namun ‘asholah’ tetap dipelihara dan ‘hammasah’ tetap terjaga. Islam yang sampai di Romawi (Byzantium) tetap sama seperti Islam yang diturunkan pada generasi pertamanya iaitu zaman Rasulullah SAW.

Peribadi yang ‘asholah’ – telah teruji dengan panjangnya perjalanan dakwah dan tetap kekal komitmen dan ‘hammasah’nya. (Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan):

  • Abu Ayyub Al-Ansori RA – berusia 90-an ketika menyambut seruan jihad “Infiru Khifafan wa tsiqalan” pada Zaman Khalifah Uthman RA untuk mengharungi lautan ke perairan Yunani menghadapi tentera Romawi.  
  • Ummu Haram RA – tegar menanti setelah dijanjikan Nabi SAW beliau akan syahid bersama-sama angkatan laut pertama umat Islam. Beliau syahid ketika pembukaan Cyprus di masa pemerintahan Khalifah Uthman RA.   
  • Saad bin Abi Waqas RA – “Aku adalah salah seorang daripada 7 orang sahabat  (daripada 10 yang dijamin syurga), dahulu kami bersama Rasulullah SAW dalam sebuah ekspedisi, kami tidak memiliki makanan, sehingga kami makan daun-daun hingga sakit kerongkong kami, akan tetapi sekarang kami bertujuh semuanya menjadi gabernor di beberapa daerah, maka kami berlindung kepada Allah SWT agar tidak menjadi orang yang merasa besar di tengah-tengah manusia tetapi menjadi kecil  di sisi Allah SWT”.

“Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak berapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka…” (At-Taubah 9:42)

      i.        Bathii’un – Ma’mun (Lambat, tapi hasilnya terjamin Selamat):

Tarbiyah ini ibarat lumba lari Jarak Jauh/Marathon, bukan Pecut/100 m:

  • Perlukan kesabaran yang tinggi untuk mencapai sasaran di hadapan dengan kualiti yang terjamin.
  • Larian Marathon memang kelihatan lambat kerana lariannya penuh dengan strategi dan perkiraan.
  • Tenaga juga tidak dibuang secara sia-sia bagi mengekalkan stamina hingga ke garisan penamat dan seterusnya mencapai kemenangan.

Lambatnya Dakwah dan Tarbiyah:

  • Bukan kerana lambatnya para du’at dalam bekerja dan berjuang.
  • Sebaliknya, sunnatullah terhadap proses Tarbiyah ini memang memakan masa yang sangat lama. 
  • Tarbiyah mempunyai tahapan-tahapan yang mesti diikuti dengan penuh saksama.
  • Ia adalah proses yang berterusan, tidak boleh terburu-buru dan memerlukan kesabaran untuk menempuhnya. 
  • Yang paling penting, du’at mentarbiyah manusia yang mempunyai hawa nafsu dan perasaan, bukannya robot yang boleh dprogramkan dengan mudah.

Hasil Tarbiyah:

  • Lahirkan peribadi yang bulat tekadmya (tajarrud), tidak berbelah bagi di antara kebenaran dan kebatilan.
  • Individu yang ditempa di jalan Tarbiyah ini teguh akidahnya, luhur akhlaknya, bersih hatinya serta baik dari segi ta’abbudi, ijtima’i mahupun tanzimi.
  • Keunggulan hasil Tarbiyah itu teruji tatkala seorang Mutarabbi dihadapkan dengan keadaan/situasi yang mencabar integriti keperibadiannya.
  • Hadithul Ifk – Fitnah terhadap Aisyah RA yang menyebabkan kegoncangan dalam rumahtangga Nabi SAW serta menguji integriti Sahabat RA sehingga mereka yang lemah tarbiyahnya turut menyebarkan fitnah tersebut.   
  • Jawapan Isteri Abu Ayyub Al Ansori (yang terjamin kualiti Tarbawinya) – “Wahai Abu Ayyub, jika kau yang menjadi Safwannya (sahabat yang difitnah bersama Aisyah), apakah kau berbuat sebegitu kepada isteri Rasulullah SAW, dan Safwan lebih baik dari kau. Wahai Abu Ayyub, kalau aku yang jadi Aisyah, tidak akan pernah aku mengkhianati Rasulullah SAW, dan Aisyah lebih baik dariku.”


1.     Pendekatan yang Sistematik (al-Uslub al-Minhaji)

At-Tarbiyah An-Nukhbawiyah – Tarbiyah ini berorientasikan melahirkan kader-kader baru/generasi pelapis dakwah. (Mengelakkan “lost of generation”)

Oleh yang demikian, pendekatan yang sistematik ini perlu dilaksanakan melalui 2 strategi utama iaitu:

      i.        Tajmik (Pengumpulan):

  • Mad’u baru dikumpulkan dalam sebuah program/aktiviti yang bersifat umum.
  • Mad’u-mad’u diikat hati mereka untuk komited menghadiri dengan program-program umum.
  • Para du’at menjalankan ‘follow-up’ dan merencanakan Dakwah Fardiyah kepada para mad’u.

      i.        Tajniid (Rekrutment): 
  
  • Mad’u hasil Tajmik tadi akan ‘ditapis’ dan dimasukkan ke dalam sistem Tarbiyah untuk direkrut menjadi kader-kader baru dakwah.  
  • Fokus utama semasa Tajniid adalah membina ‘Qaidah Sulbah – Core Group’ yang akan menjadi muharrik (penggerak) dakwah di masa hadapan. 
  • Mutarabbi akan direkrut di dalam program-program Tarbawi yang bersifat khusus.

Hasilnya:

  • Peristiwa kemurtadan – 2/3 Jazirah Arab nyaris ditimpa gejala murtad pada zaman Khalifah Abu Bakar RA. 1/3 daripadanya sahaja yang selamat. Mereka berada di Mekah, Madinah dan Thaif kerana di sini “core group” dakwah ramai dan terpelihara. 
  • Tawanan Perang Riddah ini kemudian dibina dan direkrut semula pada zaman Khalifah Umar al-Khattab RA. Hasilnya merekalah yang berada di barisan paling hadapan tentera Islam semasa berjihad melawan Empayar Parsi di Perang Qadisiyah.

1.     Pendekatan yang Operasional (al-Uslub at-Tathbiiqi)

Seiring pendekatan secara Sistematik (Tajmik-Tajniid) yang berjalan lancar, ada dua operasi taktikal yang perlu dititikberatkan iaitu:
      i.        At-Tarqiyah (Peningkatan - Vertikel):

  • Dua jenis peningkatan yang perlu ditumpukan di dalam proses Tarbiyah adalah An-Nau’iyah (Kualiti) dan Al-Kammiyah (Kuantiti).
  • An-Nau’iyah (Kualiti) – meningkatkan kualiti akidah, ibadah, akhlak, kefahaman Islam dan kefahaman dakwah para du’at. 
  • Al-Kammiyah (Kuantiti) – meningkatkan jumlah mad’u baru, murabbi baru, penggerak baru, dan du’at baru.

      i.        At-Tausi’ah (Perluasan - Horizontal):

  • Para du’at yang terlatih dan berkualiti ini perlu dijadikan “Bi’tsah ad-Du’ah” (Duta Dakwah) untuk usaha-usaha perluasan dakwah ke daerah-daerah lain. 
  • Rasulullah SAW menghantar duta-duta dakwah seperti Muaz bin Jabal ke Yaman, Mus’ab bin Umair ke Madinah dan Khalid Al-Walid ke Iraq. 
Graf At-Tarqiyah lawan At-Tausi’ah hendaklah sentiasa berkadar langsung bagi mengekalkan keseimbangan dan kestabilan Dakwah dan Tarbiyah
> Akh Abdullah Mujahid<

Category: | 0 Comments

Peristiwa Sya'aban......

Sya'aban Kian Bertapak pergi, melangkah bagi membuka tirai Tetamu Agung yang akan bertandang,.................


Namun sebelum Sya'ban melabuhkan tirai, mari kita singkap sejarah yang pernah mengisi ufuk Sya'ban...............


1- Peristiwa Nabi Muhammad s.a.w. melakukan Isra' dan Mikraj

2- Peristiwa pertukaran kiblat.

Allah swt telah mengarahkan Rasul-Nya memindahkan kiblat sembahyang daripada masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis ke Kaabah di Mekah.

di diriwayatkan;

Selepas Rasulullah sampai ke Madinah al-Munawarah, baginda dan para sahabat bersembahyang berkiblatkan Baitulmakdis al-selama lebih kurang enam belas atau tujuh belas bulan. Selepas tempoh tersebut barulah diturunkan wahyu menyuruh baginda berpaling ke Mekah. Peristiwa pertukaran kiblat berlaku di dalam masjid Qiblatain. Suruhan pertukaran kiblat berlaku ketika Rasulullah sedang bersembahyang Asar.

(Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada seorang sahabat al-Bara' bin Azib)

Pertukaran kiblat menjadi isu besar di Madinah. Orang Yahudi mengambil kesempatan menabur fitnah memperlekehkan dakwah Rasulullah.

Lalu diturunkan ayat 142 Surah al-Baqarah;

Akan berkata orang-orang yang kurang akalnya: ''Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblat mereka (Baitulmaqdis) yang dahulunya mereka telah berkiblat kepadanya. Katakanlah: ''Kepunyaan Allah timur dan barat, dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.

(Al-Baqarah: 142)


Peristiwa ini berlaku pada tahun kedua Hijrah pada bulan Syaaban. Kebenaran daripada Allah swt untuk kembali berkiblatkan Kaabah adalah contoh doa Rasulullah yang dikabulkan oleh Allah swt. Ini kerana Rasulullah sudah lama mengangkat tangannya berdoa dan memandang ke langit meminta pertukaran kiblat ke Kaabah. Permintaan Rasulullah tersebut telah diperkenankan oleh Allah swt pada bulan Syaaban.

Perkara itu telah dirakamkan oleh Allah s.w.t. di dalam kitab suci Al-Quran Al-Karim dengan firmannya:


Kerapkali kami melihat engkau (wahai Muhammad) berulang-ulaang menadah ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai, oleh itu palingkanlah muka kearah Al-Masjidil Haram (tempat letaknya kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke kaabah) itu adalah perintah yang benar dari tuhan mereka, dan Allah s.w.t. tidak sekali-kali lali akan apa yang mereka lakukan.

(Al-Baqarah: 144)


Jadi, wajar sekali jangan kita biarkan Sya'aban berlalu begitu sahaja tanpa mengerjakan amal-amal soleh yang telah dilakukan oleh nabi Muhammad s.a.w., Jgn kecewa krn masih ada masa u kita beramal di bulan ini,


Sabda Rasulullah s.a.w. Yang bermaksud: Dari Aishah r.a., katanya :

" ..... Aku tidak melihat Rasulullah s.a.w. berpuasa sebulan genap, sesuatu bulan melainkan bulan Ramadhan, dan aku tidak melihatnya mengerjakan puasa pada bulan yang lain lebih banyak daripada yang dikerjakan dalam bulan Syaaban ".

Antara amal lainnya;

- Banyak melakukan amalan takwa dan taat.

- Menahan dan menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan maksiat dan dosa. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

" Barangsiapa mengagungkan bulan Syaaban dan bertakwa kepada Allah s.w.t. dan melakukan ketaatan kepadanya dan menahan diri berbuat maksiat, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan memberi keamanan kepadanya dari kemalangan-kemalangan mahupun penyakit-penyakit yang terjadi pada tahun itu seluruhnya ".

- Menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan ibadat-ibadat seperti membaca Al-Quran, bertaubat, beristiqafar, berzikir dan sebagainya. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:

" Barangsiapa menghidupkan malam daripada dua hari raya dan malam pertengahan daripada bulan Sya'ban, hatinya tidak akan mati, manakala hati-hati orang lain mati ".

- Memperbanyakkan sembahyang-sembahyang sunat seperti sembahyang sunat hajat, sunat tahajud, sunat taubat, sunat tasbih dan lain-lain lagi.

- Bersedekah bagi menolong meringankan penderitaan fakir miskin atau anak-anak yatim.

- Melakukan amal-amal kebajikan serta memohon keampunan dua ibu-bapa dan sahabat.

- Memohon restu kehadrat Allah s.w.t. bagi keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

- dan supaya terhindar dari segala bala bencana, mala petaka dan huru-hara bagi diri sendiri, ahli keluarga, kaum muslimin dan muslimat, bangsa dan negara.

- Berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. disetiap bidang amal kebajikan yang kita laksanakan.


Beramallah menurut keimanan masing-masing kalau tidak dapat dilaksanakan semua janganlah ditinggalkan semuanya, lebihan umur kita yang masih tinggal sedikit lagi, hampir sampai ke penghujungnya.

Rebutlah amal-amal sebanyak-banyak yang boleh, bertaubatlah kepada Allah atas dosa-dosa yang banyak, dengan segala kesungguhan untuk bekal kita di akhirat kelak..

“ Sesiapa yang menghendaki(dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikkan dunia itu (sekadar yang kami tentukan) dan ia tidak akan memperolehi sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.”

(As-Syura: 30).

Category: | 0 Comments

Pesta KONVO UniSZA 2010
Pada 25-28 Jul yang lalu, kami telah melibatkan diri dalam bidang dakwah bisnes(untuk wet KTU..hehe)+dakwah fardi(pancing adik2)+dakwah umum dengan mengunakan medium Aqsa Syarif Bhd. Dengan bantuan pOk Madi(bos barang2 Aqsa Syarif+buku2 pustaka ilmiah) maka kabarnya banyak juga dapatan kami(rahsia..hu2). Alhamdulillah, dengan perancangan baik dari pengarah dan timb.pengarah serta bantuan mas’ul kami maka program kali ini sangat berjaya..



BOOTH AQSA SYARIF DI UniSZA





Jika UMT dapat kepercayaan buat program malam amal Palestin secara ad-hoc,kami pulak ditawar 2 tapak “FREE” untuk Aqsa Syarif sejak awal program. Actually pada awalnya kami sedikit kecewa kerana booth kami berada di tempat tidak strategik. Namun, Allah Maha Kuasa..DIA membantu kita dari sudut yang tidak disangka.Subhanallah..

Jualan kami berjalan baik walaupun terdapt sedikit kekangan dari aspek masa di kalangan penggerak. Jualan ini berobjektifkan untuk menjadi medan tajmi ke-2 ’ bagi adik2 yang telah di’DF’ sebelum itu. Justeru itu semua penggerak dikehendaki membawa mad’u mereka ‘bekerja’di gerai. Kami juga turut memberi mereka task dengan mengajak mereka menjadi sukarelawan dengan mengutip derma di medan tapak konsert IKLIM berlangsung. Alhamdulillah, satu pencapaian yang baik dari ikhwah2 yang berhempas pulas(ditegur pok guard kerana mengutip derma..pelik kan) menghabiskan task itu.

Tabung ini telah berjaya mendapatkan kutipan sebanyak RM 1K++. Walaupun tidaklah sebanyak mana namun ini insyaAllah menjadi bekal kami dihadapanNya pada hari kemudian.

Antara aktiviti lain yang kami lakukan adalah membuat tayangan Palestin yang memaparkan lagu-lagu Shoutul Harakah dan turut diselangi halwa dari Maher Zain. Sebenarnya kami mengalami masalah ‘keputusan elektrik’ pada malam pertama, bagaimanapun kami dapat mengatasinya pada malam kedua dan malam berikutnya. Mungkin ini juga tarbiyah dariNya bab kata seorang akh, “saja jer bergelap ni..nak merasai penderitaan penduduk Gaza yang diputuskan elektrik”.

Geleri foto Konvo UniSZA - booth Aqsa Syarif

Hari PERTAMA - menghayati Penderitaan di GAZA..bergelap=)
namun masih ramai yg datang mmbeli dan bertanya; knapa bergelap?..alhamdulillah, masih ramai yg prihatin=)





Hari KEDUA & KETIGA - Alhamdulillah, bekalan elektrik telah tiba=)









dua adik ini menarik perhatian kami..mulanya berdua, kemudian mmanggil ibunya tuk trut sma mnonton vdeo Palestin yg digambarkan sgt mnakutkan dari riak wajah mreka..dari usia mereka lah masyarakat harus dididik dengan isu sejagat seperti isu Palestin..                                                                                             









KUALA LUMPUR – “Alhamdulillah, isteri saya bilang bahawa makanan ini luar biasa ada peningkatan gizi setelah berhari-hari makan yang itu-itu saja. Sampaikan salam terima kasih kami dan segenap warga kepada siapa pun yang memberi makanan bergizi ini. Semoga berkah dan Allah membalasnya dengan balasan yang jauh lebih baik,” demikian bicara Ustaz Wahyu Bobi dari Indonesia ketika mengulas sumbangan yang diterimanya pada Ramadan  lepas.
Menjelang Ramadan 1431 Hijrah yang bakal tiba kira-kira seminggu lagi, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) sekali lagi melancarkan program Rayuan Ramadhan bagi membantu umat Islam yang kurang bernasib baik di seluruh dunia.

“Tahun ini merupakan tahun ke-12 program Rayuan Ramadhan sejak ia dilancarkan pada 1999. Program ini adalah program penajaan berbuka puasa dan sedekah kepada mereka yang lebih memerlukan,” kata Pengarah Program, Tuan Yaacob Tuan Sof dalam satu sidang media di ibu pejabat JIM, Taman Melawati dekat sini pagi tadi.


Bendahari JIM itu seterusnya menambah, sasaran pada tahun ini adalah sebanyak RM500,000 yang akan digunakan untuk menaja 100,000 orang umat Islam di 14 buah negara. Negara-negara yang terbabit adalah Palestin, MIndanao, Indonesia, Rohingya, Vietnam, Kemboja, Selatan Thailand, Sri Lanka, Sudan, Afghanistan, Pakistan, Bangladesh dan Iraq. Turut tidak dilupakan adalah umat Islam di Malaysia iaitu tajaan berbuka puasa untuk 35,000 orang melalui dua buah institusi pertubuhan itu iaitu Hidayah Center (sebuah Pusat Sokongan Saudara Baru) dan Raudhatus Sakinah (sebuah Pusat Bimbingan Remaja Puteri).
Turut hadir dalam majlis pelancaran tersebut adalah Setiausaha Agung JIM, Nahar Md Nor, Konsultan Rayuan Ramadhan JIM, Wan Mohd Zukri, Ahli Jawatankuasa Ramadhan Qurban JIM, Abdul Hafidz Hashim dan sekretariat Rayuan Ramadhan JIM.
Bagi menghilangkan kesangsian orang ramai yang mungkin bimbang dengan sumbangan yang diberikan, Wan Mohd Zukri menjelaskan, “Sebenarnya pertubuhan-pertubuhan (NGO) yang dipilih untuk bekerjasama dengan JIM di negara-negara tersebut terdiri daripada mereka yang kami telah kenal lama. Selain program ini, kami juga banyak mengadakan program usaha sama lain seperti Qurban, Aqiqah dan sebagainya.” Beliau turut mengharapkan bantuan pihak media untuk menguar-uarkan program Rayuan Ramadhan JIM ini kerana katanya, “rakyat Malaysia memang suka menyumbang.”
Hal ini ternyata ada kebenarannya kerana pada tahun lepas sahaja, JIM telah berjaya memperoleh sumbangan melebihi RM170,000 daripada rakyat Malaysia. Bagi yang telah menyumbang, Tuan Yaacob merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kerana mereka telah bersama-sama membantu menjayakan program ini.
Dengan memetik kelebihan bersedekah dalam ayat 261, surah al-Baqarah, beliau seterusnya menyeru semua rakyat Malaysia untuk turut serta dalam program ini dengan menyumbang mengikut kemampuan masing-masing. Sumbangan boleh dilakukan secara individu, berkeluarga atau berkelompok dengan melibatkan institusi seperti surau, masjid, rakan-rakan sepejabat, persatuan-persatuan dan sebagainya.
Brosur dan borang penyertaan telah diedarkan di seluruh negara bagi memudakan orang ramai membuat sumbangan. Sumbangan juga boleh dibuat melalui transaksi perbankan ke dalam akaun ‘Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia’ di Bank Islam Malaysia Berhad (nombor akaun 12113010005797) atau di Bank Muamalat Malaysia Berhad (nombor akaun 14030000391713).
Orang ramai juga boleh menghubungi terus Sekretariat Program Rayuan Ramadan di talian 03-41089669 atau 03 -41053159, melalui sistem pesanan ringkas (SMS) di talian 019-3696650, e-mel ramadhan-qurban@jim.org.my atau melayari laman web www.rayuan-ramadhan.jim.org.my untuk keterangan lanjut.

Category: | 0 Comments

10
Days to go to


Ramadhan el- Mubarak

 
The purpose of fasting is manifold. Allah (the God Almighty) mentioned in the Holy Book of the Muslims, Quran, that the fasting is prescribed for the believers as it was prescribed for the people before them, so that they may acquire self control and God-consciousness.

Therefore, the purpose of the fasting is to develop God-consciousness, self-control, improvement of health by reducing or eliminating impurities from the body, and to become aware of the plight of the poor, hungry, and the sick. Ramadan is a month of spiritual consciousness and high sense of social responsibility. The fulfillment of one's obligations during the month is rewarded by 70 times.



 



In view of the long hours of fasting, we should consume slow digesting foods including fiber containing-foods rather than fast-digesting foods. Slow digesting foods last up to 8 hours, while fast-digesting foods last for only 3 to 4 hours.

  • Slow-digesting foods are foods that contain grains and seeds like barley, wheat, oats, millet, semolina, beans, lentils, whole meal flour, unpolished rice, etc. (called complex carbohydrates).
  • Fast-burning foods are foods that contain sugar, white flour, etc. (called refined carbohydrates).
  • Fiber-containing foods are bran-containing foods, whole wheat, grains and seeds, vegetables like green beans, peas, sem (papry), marrow, corn, spinach, and other herbs like methie (fenugreek seeds), the leaves of beet root (iron-rich), fruit with skin, dried fruit especially dried apricots, figs and prunes, almonds, etc. The foods eaten should be well-balanced, containing foods from each food group, i.e. fruits, vegetables, meat/chicken/fish, bread/cereals and dairy products. Fried foods are unhealthy and should be limited. They cause indigestion, heart-burn, and weight problems.


Eat
  • Complex carbohydrates at suhur so that the food lasts longer making you less hungry.
  • Dates are excellent source of sugar, fiber, carbohydrates, potassium and magnesium.
  • Almonds are rich in protein and fiber with less fat.
  • Bananas are a good source of potassium, magnesium and carbohydrates.

Drink
As much water or fruit juices as possible between Iftar (breakfast) and bedtime so that your body may adjust fluid levels in time.





Category: | 0 Comments