Subscribe RSS

10
Days to go to


Ramadhan el- Mubarak

 
The purpose of fasting is manifold. Allah (the God Almighty) mentioned in the Holy Book of the Muslims, Quran, that the fasting is prescribed for the believers as it was prescribed for the people before them, so that they may acquire self control and God-consciousness.

Therefore, the purpose of the fasting is to develop God-consciousness, self-control, improvement of health by reducing or eliminating impurities from the body, and to become aware of the plight of the poor, hungry, and the sick. Ramadan is a month of spiritual consciousness and high sense of social responsibility. The fulfillment of one's obligations during the month is rewarded by 70 times.



 



In view of the long hours of fasting, we should consume slow digesting foods including fiber containing-foods rather than fast-digesting foods. Slow digesting foods last up to 8 hours, while fast-digesting foods last for only 3 to 4 hours.

  • Slow-digesting foods are foods that contain grains and seeds like barley, wheat, oats, millet, semolina, beans, lentils, whole meal flour, unpolished rice, etc. (called complex carbohydrates).
  • Fast-burning foods are foods that contain sugar, white flour, etc. (called refined carbohydrates).
  • Fiber-containing foods are bran-containing foods, whole wheat, grains and seeds, vegetables like green beans, peas, sem (papry), marrow, corn, spinach, and other herbs like methie (fenugreek seeds), the leaves of beet root (iron-rich), fruit with skin, dried fruit especially dried apricots, figs and prunes, almonds, etc. The foods eaten should be well-balanced, containing foods from each food group, i.e. fruits, vegetables, meat/chicken/fish, bread/cereals and dairy products. Fried foods are unhealthy and should be limited. They cause indigestion, heart-burn, and weight problems.


Eat
  • Complex carbohydrates at suhur so that the food lasts longer making you less hungry.
  • Dates are excellent source of sugar, fiber, carbohydrates, potassium and magnesium.
  • Almonds are rich in protein and fiber with less fat.
  • Bananas are a good source of potassium, magnesium and carbohydrates.

Drink
As much water or fruit juices as possible between Iftar (breakfast) and bedtime so that your body may adjust fluid levels in time.





Category: | 0 Comments

perkongsian by Dr Zabidah/Kak Dah (salah seorang naqibah UniSZA Kampus Kota)

Assalamualaikum wrt..
Bertambah semangat rasanya bila mendengar perkongsian2 begini. Dgn perkongsian begini, kita blh mengetahui perkembangan semasa aktiviti2 sahabat2 kita yang dekat maupun jauh.
 
Ana kongsikan sedikit laporan sampel 1st year medic udm kampus kota..
Perancangan last minute, tengah hari semalam baru plan nak buat ari ni, so x sempat nak war2kan kpd akhw yang lain.
Sampel 1st yr medic diadakan pada pg tadi, 20.7.2010 start kul 8 pagi bertempat di pantai rhu, belakang UMT. Disertai oleh 30 orang student 1st yr medic, 8 org 2nd yr medic (anak usrah k jannah) , 4 org fasi UMT + UDM (anak usrah k dah), 3 akhwt penggerak serta 2 akhwt UMT. Dimulakan dengan sarapan pagi nasi minyak bungkus dan air beli sendiri di gerai tepi pantai..(huhu, air ade, cawan x dang nak beli pagi tu), then tazkirah pendek mengenai kebesaran penciptaan Allah oleh ukht nurul nazwa. Diteruskan dengan taaruf ringkas dan games yang dikendalikan oleh usrah 2nd yr medic..melalui sesi taaruf, setiap org dikehendaki memperkenalkan diri n tunjukkan trademark masing2..(em, mostly trademark kartun n korea/japan. ..)
Diteruskan dengan 3 games : mengenal suara binatang, choki2, surat khabar..riuh bebenar dengan 'suara kambing' mengembek..hehe. .setiap games ada mesej tersendiri yang hendak disampaikan.
program di akhiri dgn sesi pengisian perkongsian pengalaman dan relaksasi oleh dr rohayah..program berakhir pada jam 11.30 pagi. selepas ini, penyertaan join usrah dibuka kepada semua secara sukarela. bagi mereka yang masih belum bersedia untuk mengikuti usrah akan diteruskan dgn prgrm2 umum..
 
sekian dulu perkongsian sampel akhawat medic unisza kampus kota..IA, akan menyusul selepas ini sambutan pelajar baru beberapa jurusan lagi..
wallahua'lam. .

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT atas segala kemudahan, keupayaan juga kesihatan yang diberikan sehingga kami (pihak akhawat UniSZA & UMT) berjaya melaksanakan sambutan pelajar baru (SAMPEL) via MABIT bermula Khamis (15 Julai Maghrib) - Jumaat (16 Julai tengahari)..


Berita ni spatutnya di post lbih awal,nmun sikit kekangan buatkan ana x smpat habiskan crita..ikhwah pula sangat mantap,abes sampel trus post,begitu juga akhawat UniSZA Kampus Kota (medic+dietatik)..MABRUK!!


Walaupun program kali ni dirancang adhock bagi menggantikan program ISK yang terpaksa ditunda atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, alhamdulillah segalanya berjalan lancar.
Perancangan yg dibuat bermula Rabu petang dilaksanakan dengan jayakan pada keesokkan harinya..
ini lah kali pertama SAMPEL dilaksanakan di homestay bagi akhawat UniSZA..tahun lepas,kmi hanya laksanakannya di kampus..Alhamdulillah,dimurahkn rezeki..bertukar angin tahun ini!


Bermula dengan solat Maghrib berjemaah (makanan smpai lmbat skit, buka puasa ringan2 dulu), program diteruskan dengan makan malam sambil berkenal-kenalan dengan teman sebelah mnyebelah..Seusai solat Isya' berjemaah, sesi taaruf dimulakan..di dalam 1 halaqah besar terdiri dri 21 akhawat (2penggerak+7pelapis+12pljar baru), setiap akhawat diminta memperkenalkan diri masing..


Seteruskan 1 slot perkongsian oleh Dr Zabidah/Kak Dah aka owner of d house mnngenai kehidupan bru yg bakal ditempuh di IPT..suasana yg santai memudahkan lagi sesi 2 hala dengan adik2 baru..Kemudian beberapa game dijalankan untuk merapatkan lagi para peserta, lebih2 lagi melibatkan 2 IPT..


Gamat seketika rumah pabila slah 1 game, adik2 diminta menggit 1 bar cklat bersama2..walaupun baru berkenalan, mreka sanggup mnyahut cabaran itu..bukan kah Ukhuwah itu Teras Kegemilangan!!(>_<)


Gelak,tawa gembira tidak hanya dibiarkan berterusan tanpa motif..diakhir setiap game, pengajaran/motif permainan diberikan..adik2 juga diminta menyanyikan bersama2 lagu tema program 'Demi Matahari+gaya'...sekitar jam 11.30mlm game dihentikan & diteruskan dengan pembentukan 4 halaqah dan tadarus Al-Quran..Alhamdulillah 2 juzuk Al-Quran dapat dihabis kan sebelum tido! Bagi yg belum mampu melelapkan mata, air teh + biskut disediakan oleh akak2 tuk supper..


Sekitar jam 5.00pagi, semua akhawat dibangunkan untuk qiamullail dan diteruskan dengan solat subuh berjemaah dan bacaan al-ma'thurat..selesai kendiri, makan pagi yang bermula 7 pagi menghangatkan lagi ukhwah yg kian mekar..insyaAllah pagi itu diteruskan lagi dengan pelbagai jenis permainan beserta nyanyian lagu tema..Alhamdulillah, program berakhir sekitar 11.30 pagi,diakhiri dengan salaman tautan hati..


insyaAllah semoga dipermudahkan buat semua untuk meneruskan pentarbiyahan bagi adik2 SAMPEL ini..wallahua'lam

Salam sejahtera buat semua. Disebabkan kesuntukan masa hanya beberapa gambar sahaja di'upload'


InsyaAllah selepas ini akan di'edit' lagi
-wasssalam-

Sambutan Pelajar Baru (SAMPEL)

Waktu: 1500-1800, 17 Julai 2010

Tempat: Pantai Tok Jembal

Tema:Ukhuwwah Gaza

Program ini sekadar ringan-ringan dan agak santai agar merapatkan hubungan diantara mahasiswa baru. Moga setelah dijalinkan hubungan itu, ia akan berkekalan dan seterusnya bersama-sama membawa kepada keredhaan Allah s.w.t. 

"Daripada Anas bin Malik r.a, Nabi s.a.w bersabda (yang bermaksud): Sesiapa yang inginkan rezekinya diluaskan dan dipanjangkan usianya, maka jalinkanlah hubungan silaturrahim (dengan ihsan)." 

[Rawahu Syaikhani]
Wallahualam.~~~

Category: | 0 Comments

Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
30 Jun 2010 bersamaan 17 Rejab 1431
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memandang serius isu yang dibangkitkan akhir-akhir ini mengenai kaitan di antara apa yang dilabel sebagai fahaman Wahabi dengan kumpulan pengganas serta yang mengaitkan pula beberapa tokoh dan NGO Islam dengannya.  Sebagai sebuah organisasi Islam, IKRAM berpegang kepada jalan damai dalam mencapai matlamat dan visi Islam serta melakukan aktiviti mengikut lunas undang-undang yang sah.
IKRAM menganggap perbezaan pandangan dengan kumpulan fahaman Wahabi perlu ditangani menurut adab dan akhlak berbeza pendapat dalam Islam.  Perbezaan pendapat harus ditangani dengan bijaksana melalui diskusi dan wacana ilmiah, sebaik-baiknya secara tertutup, dan bukan dengan perantaraan media. Usaha untuk  mengaitkan perbezaan pendapat dengan memberi label adalah sesuatu yang tidak sihat, apatah lagi mengaitkan perbezaan ini dengan keganasan.  Sebarang dakwaan yang dibuat perlu disokong dengan bukti yang kukuh bagi membolehkan bukti itu dinilai, yang terdakwa mengemukakan hujah balas dan dengan itu penganiayaan dan kezaliman terhindar.
Aktiviti keganasan tidak wajar dikaitkan dengan mana-mana aliran, kerana yang terlibat terdiri daripada pengikut pelbagai aliran.  Mereka lahir daripada salah-faham terhadap Islam dan perjuangannya.  IKRAM menyarankan pihak polis bertindak secara profesional, tidak memihak dan adil agar kepentingan negara dan setiap orang rakyatnya terjaga.
Umat perlu kembali kepada prinsip perbezaan pendapat, sesuatu yang mengkayakan kita, selagi kita mengamalkannya dengan baik. Semua pihak hendaklah bergerak kehadapan membina negara Malaysia yang harmoni, maju dan makmur serta saling bekerjasama membangun kehidupan masyarakat agar sejahtera dan maju.
Dr. Mohd Parid Sheikh Haji Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

Category: | 0 Comments

dari akh Suffian...
 
Salam,

A giant ship engine failed. The ship's owners tried one expert after another, but none of them could figure but how to fix the engine. 
Then they brought in an old man who had been fixing ships since he was a young. He carried a large bag of tools with him, and when he arrived, he immediately went to work. He inspected the engine very carefully, top to bottom. 
Two of the ship's owners were there, watching this man, hoping he would know what to do. After looking things over, the old man reached into his bag and pulled out a small hammer. He gently tapped something. Instantly, the engine lurched into life. He carefully put his hammer away. The engine was fixed!
A week later, the owners received a bill from the old man for ten thousand dollars. 


"What?!" the owners exclaimed. "He hardly did anything!"
So they wrote the old man a note saying, "Please send us an itemized bill." 

The man sent a bill that read: 

Tapping with a hammer...... . ........ ........ $ 2.00
Knowing where to tap......... ........ ......... $ 9,998.00 

 
Moral of story is . . . . . . . . .... .. . 

"Effort is important, but knowing where to make an effort makes all the difference"

Category: | 0 Comments

Berikut adalah senarai resolusi MISI '10 yang telah disyurakan..


1. Penggerak wajib sebagai nuqaba' atau co-nuqaba'.

2. Mengadakan perkongsian MISI '10 di lokaliti.

3. Wujudkan perhubungan antara tanzim setiap zon, sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

4. Mengadakan mukhayyam intensif di lokaliti.

5. Hadir Titian '10 sebagai reunion Misi '10.

6. Mengadakan aktiviti penggerak setiap minggu (iftar, riadah).

7. Qiamullail individu dan jama'ie (hari, minggu, bulan).

8. Melibatkan semua anak-anak usrah dengan program JIM IPT.

9. Meletakkan matlamat 1 penggerak, 1 mad'u.


"Saat kekalahan itu bermula apabila kamu berasa lemah dalam perjuangan dan saat kemenangan itu bermula apabila kamu melawan perasaan lemah itu." (Syed Qutub)

                                   .::Salam Perjuangan Buat Semua Sahabat::.

Category: | 3 Comments

ketika khusyuk mendengar penyampaian dari ustaz arif KONSIS


Adakah anda golongan yang bekerja(hal nahnu qaumun amaliyun)..

alhmdulillah..ana percaya kita adalah tergolong dalam golongan yang bekerja sekiranya kita beruusaha melahirkan murobbi seperti yang dikehendaki Hassan al-Banna..menjadi pendokong semata2 dan menumpang untuk bernaung amatlah merugikan............


kosong jer tu..masak aper tu ikwah sekalian..jaga2 hangit nasi..hehe

Ini antara aktiviti paling juara sekali di pihak ikhwah..walaupun pengerusi majlis semasa majlis penutup banyak 'komen' tapi kita ambillah yang positif..sumer kita perlu belajar..terer macammanepun memasak pasti ada kelemahannya..ayam masak merah pedas adalah antara resepi yang menjadi bualan peserta MISI2010..saper la agaknye MC tu yerk..

bila pulak MISI hendak dilaksanakan di pantai timur..(hampir sume ikhwah dah boleh kechek kelate..hehe) 

Historical event for the next UA...kata-kata ayahanda presiden IKRAM "we're not begin from zero".. 

boleh rujuk http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2010&dt=0621&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_16.htm

bersama ini dikongsikan lirik lagu IKRAM..(turut ada di Youtube)
http://www.youtube.com/watch?v=INqswNhvlOk


IKRAM

Lirik oleh: Mohamed Hatta Shaharom & SaffOne

Lagu oleh: Saff One

Hak Cipta: Pertubuhan IKRAM Malaysia, 2010

Puluhan tahun telah kian berlalu
Jamaah dibina tanpa jemu
Pahit getir kita harung bersama
Manis juang nikmatnya terasa
Dalam usrah kita subur tarbiah
Janji setia dipatuhi
Dalam gerak kita menyusun langkah
Amalan syura diyakini
Azam digenggam penuh tabah
Membina IKRAM untuk ummah
Ukhuwah teras kegemilangan
Syariah menjadi pegangan
Demi redha Allah
Kita menjulang dakwah
Berpandukan al-Qur’an
Menuruti as-Sunnah
IKRAM wadah perjuangan

part yang dihighlight itu cukup menyentuh hati..masyaAllah
semoga jamaah akan terus bersinar

Category: | 0 Comments

Satu perkongsian dari seorang ukhti..

Kita ditampar dengan tamparan realiti yang amat kuat: Israel laknatullah mengotakan sumpahnya akan menghalang bantuan kemanusiaan tiba kepada rakyat palestin jauh lebih awal dari yang dijangka. Nyata
Israel adalah kaum yang kuat berpegang pada sumpah. israel tak perlu takut kecaman dunia akibat melanggar undang-undang antarabangsa dan undang-undang moral manusia. Kan dunia ni memang israel yang punya?

umat islam yang ditampar dengan realiti pun bangun dari mimpi-mimpi yang panjang. dalam masa satu malam tiba2 palestin masuk ke facebook-facebook kita. tiba2 palestin masuk ke dalam doa-doa kita. tiba2 palestin masuk ke dalam sembang-sembang kita. syukur alhamdulillah atas kesedaran ini.

tetapi palestin dan mereka2 yang menanti syahid di atas kapal Mavi Marmara tidak perlukan simpati kita, mereka sedang menanti syahid yang akan terus menghantar ke pintu syurga! Mereka sedang menikmati
keindahan, jadi simpati untuk apa? Simpati adalah atas perkara2 yang sedih, bukan berita gembira seperti syahid.

Bersimpati lah kepada diri sendiri. Mereka dapat syahid kita dapat apa?

Berhentilah berazam untuk menjadi burung pipit yang mencurah air ke atas api yang membakar Nabi Ibrahim a.s. Kisah burung pipit itu untuk mendorong kita bergerak, tapi takkan selama2nya ingin mencurah air
sahaja. kalau semua orang nak jadi burung pipit, siapa yang nak mengganti tempat Nabi Ibrahim yang dibakar api? Burung pipit atas kudratnya yang lemah itu, mencurahkan air itu adalah satu tugasan yang
sangat mulia kerana setimpal dengan batasan tenaganya. tapi kita ini manusia bukan?, dan Nabi Ibrahim yang dibakar dalam api itu manusia seperti kita juga. Jadi berazamlah untuk berjuang seperti
Nabi Ibrahim, sampai sanggup dibakar dalam api demi agama ini.Mereka yang di atas kapal itu sedang berusaha mencari ketinggian darjat Nabi Ibrahim insyaAllah, dengan menghantar diri ke dalam api yang marak menyala. Lalu kita yang di luar api inilah burung-burung pipit yang panik melihat api yang sedang marak. tapi kita sudah berbuat apa pun?

sorak-sorai dan hingar-bingar yang kita ciptakan setiap kali sesuatu musibah menimpa ke atas palestin sememangnya perlu, untuk mengingatkan penduduk dunia, bahawasanya kita ini, umat islam, masih ada, masih
bernafas, walaupun nafasnya nyawa-nyawa ikan sahaja. hingar-bingar ini akan menyedarkan umat manusia bahawa masih ada satu bilion penduduk islam lagi di atas muka bumi ini yang akan sentiasa mendoakan
kesejahteraan palestin.

tapi nanti bila piala dunia bola sepak bermula hingar-bingar ini akan senyap semula. atau bila one in a million musim baru bermula palestin akan hilang semula. saya berani jamin, kalaupun semua yang di atas kapal Mavi Marmara itu syahid, anugerah juara lagu tahun ini akan berlangsung juga. hari ini kita mengutuk israel laknatullah, besok kita beratur untuk beli tiket ke anugerah juara lagu.

dalam usrah saya pernah menyuarakan perkara yang sama, lalu seorang adik memberitahu, “biasalah tu, manusia kan sentiasa berfikiran, yang lepas tu lepas lah, kehidupan harus diteruskan bagi yang masih tinggal’

lalu jawapannya apa?
ingatlah, palestin tak perlukan tangisan kita, walaupun keluar air mata darah sekalipun, mereka lebih jelek melihat tangisan itu yang hanya meraih simpati. Betul, mereka perlukan doa kita, tetapi mereka mahukan doa yang bergerak. Bukan doa yang statik di atas tikar sembahyang. Mereka perlukan perajurit2 yang sanggup meninggalkan kesenangan2 duniawi ini dan bangkit bergerak menyedarkan manusia2
lain, bahawasanya untuk membebaskan palestin hanya boleh dengan menjadi world order, seperti yang sedang disandang oleh israel dan sekutunya amerika.  dan utnuk menjadi world order ini kita tidak ada pilihan lain selain bermula dari bawah, iaitu membentuk individu2 muslim.

Maka perbaikilah dirimu, dan serulah orang lain untuk menjadi baik!

Betulkah denagn cara ini kita akan dapat membebaskan palestin? 

wallahua’lam. 
Segala keputusan adalah di tangan Allah jua. tetapi disinilah kita boleh menjadi burung pipit, apabila Allah bertanya kelak apa perbuatan kita apabila palestin disembelih israel, moga2 kita boleh menjawab denagn jawapan 


As-Syahid Imam Hassan AlBanna:
“Saya sudah menyeru manusia ke arah kebaikan di waktu pagi, petang dan
di waktu cuti saya”

Begitulah yang dimahukan, beralasan seperti burng pipit, tetapi bekerja seperti nabi Ibrahim a.s

Allahua’lam.

Category: | 0 Comments

Di atas M/S Mavi Marmara, di Laut Tengah, 180 mil dari Pantai Gaza.

Sudah lebih dari 24 jam berlalu sejak kapal ini berhenti bergerak karena sejumlah alasan, terutama menanti datangnya sebuah lagi kapal dari Irlandia dan datangnya sejumlah anggota parlemen beberapa negara Eropa yang akan ikut dalam kafilah Freedom Flotilla menuju Gaza. Kami masih menanti, masih tidak pasti, sementara berita berbagai ancaman Israel berseliweran.

Ada banyak cara untuk melewatkan waktu – banyak di antara kami yang membaca Al-Quran, berzikir atau membaca. Ada yang sibuk mengadakan halaqah. Beyza Akturk dari Turki mengadakan kelas kursus bahasa Arab untuk peserta Muslimah Turki. Senan Mohammed dari Kuwait mengundang seorang ahli hadist, Dr Usama Al-Kandari, untuk memberikan kelas Hadits Arbain an-Nawawiyah secara singkat dan berjanji bahwa para peserta akan mendapat sertifikat.

Wartawan sibuk sendiri, para aktivis – terutama veteran perjalanan-perjalan an ke Gaza sebelumnya – mondar-mandir; ada yang petantang-petenteng memasuki ruang media sambil menyatakan bahwa dia “tangan kanan” seorang politisi Inggris yang pernah menjadi motor salah satu konvoi ke Gaza.

Activism

Ada begitu banyak activism, heroism…Bahkan ada seorang peserta kafilah yangmengenakan T-Shirt yang di bagian dadanya bertuliskan “Heroes of Islam” alias “Para Pahlawan Islam.” Di sinilah terasa sungguh betapa pentingnya menjaga integritas niat agar selalu lurus karena Allah Ta’ala.

Yang wartawan sering merasa hebat dan powerful karena mendapat perlakuan khusus berupa akses komunikasi dengan dunia luar sementara para peserta lain tidak. Yang berposisi penting di negeri asal, misalnya anggota parlemen atau pengusaha, mungkin merasa diri penting karena sumbangan material yang besar terhadap Gaza.

Kalau dibiarkan riya’ akan menyelusup, na’udzubillahi min dzaalik, dan semua kerja keras ini bukan saja akan kehilangan makna bagaikan buih air laut yang terhempas ke pantai, tapi bahkan menjadi lebih hina karena menjadi sumber amarah Allah Ta’ala.

Mengerem

Dari waktu ke waktu, ketika kesibukan dan kegelisahan memikirkan pekejaan menyita kesempatan untuk duduk merenung dan tafakkur, sungguh perlu bagiku untuk mengerem dan mengingatkan diri sendiri. Apa yang kau lakukan Santi? Untuk apa kau lakukan ini Santi? Tidakkah seharusnya kau berlindung kepada Allah dari ketidak-ikhlasan dan riya’? Kau pernah berada dalam situasi ketika orang menganggapmu berharga, ucapanmu patut didengar, hanya karena posisimu di sebuah penerbitan? And where did that lead you? Had that situation led you to Allah, to Allah’s blessing and pleasure, or had all those times brought you Allah’s anger and displeasure?

Kalau hanya sekedar penghargaan manusia yang kubutuhkan di sini, Subhanallah, sungguh banyak orang yang jauh lebih layak dihargai oleh seisi dunia di  sini. Mulai dari Presiden IHH Fahmi Bulent Yildirim sampai seorang Muslimah muda pendiam dan shalihah yang tidak banyak berbicara selain sibuk membantu agar kawan-kawannya mendapat sarapan, makan siang dan malam pada waktunya… Dari para ‘ulama terkemuka di atas kapal ini, sampai beberapa pria ikhlas yang tanpa banyak bicara sibuk membersihkan bekas puntung rokok sejumlah perokok ndableg.

Kalau  hanya sekedar penghargaan manusia yang kubutuhkan di sini, Subhanallah, di tempat ini juga ada orang-orang terkenal yang petantang-petenteng karena ketenaran mereka.

Semua berteriak, “Untuk Gaza!” namun siapakah di antara mereka yang teriakannya memenangkan ridha Allah?Hanya Allah yang tahu.

Gaza Tak Butuh Aku

Dari waktu ke waktu, aku perlu memperingatkan diriku bahwa Al-Quds tidak membutuhkan aku. Gaza tidak membutuhkan aku. Palestina tidak membutuhkan aku.

Masjidil Aqsha milik Allah dan hanya membutuhkan pertolongan Allah. Gaza hanya butuh Allah. Palestina hanya membutuhkan Allah. Bila Allah mau, sungguh mudah bagiNya untuk saat ini juga, detik ini juga, membebaskan Masjidil Aqsha. Membebaskan Gaza dan seluruh Palestina.

Akulah yang butuh berada di sini, suamiku Dzikrullah-lah yang butuh berada di sini karena kami ingin Allah memasukkan nama kami ke dalam daftar hamba-hambaNya yang bergerak – betapa pun sedikitnya – menolong agamaNya. Menolong membebaskan Al-Quds.

Sungguh mudah menjeritkan slogan-slogan, Bir ruh, bid dam, nafdika ya Aqsha… Bir ruh bid dam, nafdika ya Gaza!

Namun sungguh sulit memelihara kesamaan antara seruan lisan dengan seruan hati.

Cara Allah Mengingatkan

Aku berusaha mengingatkan diriku selalu. Namun Allah selalu punya cara terbaik untuk mengingatkan aku.

Pagi ini aku ke kamar mandi untuk membersihkan diri sekedarnya – karena tak mungkin mandi di tempat dengan air terbatas seperti ini, betapa pun gerah dan bau asemnya tubuhku.

Begitu masuk ke salah satu bilik, ternyata toilet jongkok yang dioperasikan dengan sistem vacuum seperti di pesawat itu dalam keadaan mampheeeeet karena ada dua potongan kuning coklaaat…menyumbat lubangnya! Apa yang harus kulakukan? Masih ada satu bilik dengan toilet yang berfungsi, namun kalau kulakukan itu, alangkah tak bertanggung- jawabnya aku rasanya? Kalau aku mengajarkan kepada anak-anak bahwa apa pun yang kita lakukan untuk membantu mereka yang fii sabilillah akan dihitung sebagai amal fii sabilillah, maka bukankah sekarang waktunya aku melaksanakan apa yang kuceramahkan?

Entah berapa kali kutekan tombol flush, tak berhasil. Kotoran itu ndableg bertahan di situ. Kukosongkan sebuah keranjang sampah dan kuisi dengan  air sebanyak mungkin – sesuatu yang sebenarnya terlarang karena semua peserta kafilah sudah diperingatkan untuk menghemat air – lalu kusiramkan ke toilet.

Masih ndableg.

Kucoba lagi menyiram…

Masih ndableg.

Tidak ada cara lain. Aku harus menggunakan tanganku sendiri…
Kubungkus tanganku dengan tas plastik. Kupencet sekali lagi tombol flush. Sambil sedikit melengos dan menahan nafas, kudorong tangan kiriku ke lubang toilet…

Blus!

Si kotoran ndableg itu pun hilang disedot pipa entah kemana…

Lebih dari 10 menit kemudian kupakai untuk membersihkan diriku sebaik mungkin sebelum kembali ke ruang perempuan, namun tetap saja aku merasa tak bersih. Bukan di badan, mungkin, tapi di pikiranku, di jiwaku.

Ada peringatan Allah di dalam kejadian tadi – agar aku berendah-hati, agar aku ingat bahwa sehebat dan sepenting apa pun tampaknya tugas dan pekerjaanku, bila kulakukan tanpa keikhlasan, maka tak ada artinya atau bahkan lebih hina daripada mendorong kotoran ndableg tadi.

Allahumaj’alni minat tawwabiin…

Allahumaj’alni minal mutatahirin…

Allahumaj’alni min ibadikas-salihin…

29 Mei 2010, 22:20


by : Santi Soekanto
Ibu rumah tangga dan wartawan yang ikut dalam kafilah Freedom Flotilla to Gaza Mei 2010.


Assalamualaikum wbkt.

1.      Terdapat beberapa soalan asas yang sering ditanya berhubung dengan penyertaan NGO Malaysia dalam Misi Flotilla Life Line for Gaza (LL4G), misi kemanusiaan ke Gaza. Berikut dicoretkan beberapa noktah yang insyAllah dapat memberi sedikit gambaran latarbelakang Misi LL4G ini.
2.      Misi Kemanusiaan LL4G adalah inisiatif secara formal ke empat yang pernah dilakukan untuk membantu saudara-saudara kita di Gaza dalam menghadapi cengkaman ganas rejim zionis Yahudi. Misi-Misi ini diterajui oleh NGO-NGO dari seluruh dunia bagi memberi bantuan asas yang diperlukan oleh penduduk Gaza yang telah terkepung semenjak lebih 3 tahun yang lalu. Misi LL4G ini adalah misi terbesar melalui laut yang pernah diusahakan dan disertai oleh NGO-NGO dari lebih 50 negara, dari pelbagai latarbelakang agama dan bangsa. Peneraju dan pengendali utama Misi LL4G ini adalah IHH (Insan Hak ve Hurriyetleri Insani Yardim Vakfi), sebuah NGO terkemuka Turki dengan mendapat sokongan penuh Kerajaan Turki.
3.      Misi LL4G melibatkan 9 buah kapal dengan 3 daripadanya dari Turki. Tiga buah kapal dari Turki ini akan belayar daripada pelabuhan Antalya menuju ke Laut Mediterranean di mana mereka akan bergabung dengan 6 buah lagi kapal di satu lokasi yang telah ditetapkan di sekitar perairan Cyprus, sebelum memulakan perjalanan menerobos sekatan tentera laut Israel menuju ke Gaza. Enam buah kapal berkenaan akan membawa bahan bantuan, termasuk bahan bangunan untuk membina semula bangunan sekolah, hospital dan perumahan yang dihancur-leburkan oleh Israel selama 23 hari serangannya di penghujung 2008 dan awal 2009.
4.      Penglibatan NGO Malaysia dalam Misi LL4G ini terbahagi kepada dua iaitu (1) Gabungan lebih 50 NGO dari seluruh Malaysia di bawah kendalian IHH, dan (2) NGO di bawah kendalian Free Gaza Movement di mana Perdana Global Peace Malaysia adalah salah satu NGO berkenaan.
5.      Bagi penyertaan di bawah kendalian IHH, setiap peserta perlu mengemukakan permohonan melalui koordinator negara masing-masing di mana HALUAN Palestin adalah koordinator bagi Malaysia. Pemilihan peserta perlu melalui saringan kesesuaian termasuk aspek keselamatan. Difahamkan terdapat kuota yang diperuntukkan bagi sesebuah negara atau organisasi bagi tujuan ini. Media dan penyertaan NGO mempunyai kuota berasingan.
6.      Dalam Misi LL4G di bawah kendalian IHH ini, Malaysia diwakili oleh 6 NGO utama iaitu HALUAN, JIM, PACE, AQSA SYARIF, Yayasan Amal dan Muslim Care. Manakala dari segi bilangan peserta, HALUAN diwakili oleh 3 orang, JIM seorang yang juga mewakili PACE dan AQSA SYARIF, Yayasan Amal 1 orang, dan Muslim Care 1 orang. Selain itu, team media yang besama Misi LL4G Malaysia kendalian IHH adalah terdiri dari 5 orang iaitu 3 orang dari ASTRO AWANI dan 2 orang mewakili media dalaman HALUAN dan Akhbar Sinar. Dalam team media ini, 2 orang daripada mereka adalah aktivis HALUAN manakala seorang aktivis QASA SYARIF.
7.      Memandangkan Misi LL4G adalah misi kemanusiaan yang melibatkan penyaluran bantuan berbentuk material dan juga projek, sumbangan kewangan dari setiap peserta NGO adalah elemen penting dalam menetukan penyertaan dalam misi ini. Dalam hubungan ini JIM telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM200,000 melalui IHH untuk membeli pelbagai barangan dan peralatan yang diperlukan, dan seterusnya membawanya ke Gaza melalui Misi LL4G ini. Di samping itu, kutipan yang terkumpul melalui kempen intensif 48 jam yang berjumlah kira-kira RM200,000 juga insyaAllah akan disampaikan kepada sasaran-sasaran yang ditetapkan.
8.      Media memainkan peranan penting dalam menjayakan Misi Lifeline 4 Gaza ini. Oleh itu setiap kumpulan akan berusaha untuk mendapatkan penyertaan media. Pada awalnya Misi LL4G di bawah kendalian IHH bercadang untuk membawa TV3 dalam kumpulan ini, namun di saat akhir pihak TV3 telah menarik diri dan difahamkan akan bersama kumpulan Free Gaza Movement. Usaha utuk mendapatkan khidmat Bernama TV juga mengalami kegagalan. Dengan inisiatif yang dijalankan oleh AQSA SYARIF, team LL4G ini akhirnya disertai oleh ASTRO AWANI. AQSA SYARIF adalah penaja utama dalam membawa ASTRO AWANI dalam Misi LL4G ini.
9.      Semua peserta Misi LL4G di bawah kendalian IHH akan belayar di atas kapal Mavi Marmara, sebuah kapal penumpang yang boleh memuatkan seramai 1,080 penumpang. Namun bagi tujuan pelayaran ini, Mavi Marmara hanya akan membawa kira-kira 700 penumpang sahaja. Mavi Marmara yang telah berlepas dari Istanbul pada 24 Mei 2010 dalam satu majlis yang gilang gemilang kini telah berlabuh di Pelabuhan Antalya, Selatan Turki dan akan mengambil peserta misi sebelum berlepas ke Gaza. Sebagaimana yang kita sedia maklum, pelepasan ke Gaza tertangguh untuk beberapa hari disebabkan oleh kelewatan pelepasan kapal dari Greece. Maklumat terkini membayangkan pelayaran ke Gaza insyaAllah akan berlepas pada 27 Mei 2010 selepas Zohor.

Selamat Aliman
Ahli Misi LL4G mewakili JIM/PACE/AQSA SYARIF

Antalya, Turki
26 Mei 2010

Category: | 0 Comments

Salam ikhwah dan akhawat yang dikasihi..
Sama-sama kita bandingkan diri kita dengan definisi Al Banna mengenai
siapa itu akh yang berjuang:

“Aku mampu membayangkan akh al-Mujahid itu sebagai seorang lelaki yang
senantiasa melakukan persiapan dan menyiapkan perlengkapannya, mampu
menguasai fikiran yang memenuhi setiap sudut jiwanya dan seluruh
bahagian hatinya. Dia senantiasa berfikir memusatkan perhatian
sepenuhnya terhadap persiapan yang terus menerus. Apabila dipanggil ia
menyahut, apabila diajak ia menanggapi, datang dan perginya, perkataan
dan bicaranya, kebenaran dan kelakarnya, tidak melampaui batas.

Dia tidak melaksanakan tugas selain dari yang telah diletakkan oleh
keadaan dan tuntunan atasnya, dan dia berjihad di jalannya. Anda dapat
membaca pada raut muka dan kilauan matanya, dan mendengar dari gerakan
lidahnya semua apa yang bergelora di dalam hatinya, kesengsaraan yang
tersimpan di dalam hati, semua tujuannya benar dan bersungguh-sungguh
pelaksanaannya, cita-citanya tinggi dan sasarannya jauh untuk memenuhi
jiwanya.”

Ayuh ikhwah..tinggalkan cita2 kanak2mu.. tingkatkan peribadi, muliakan
maruah muslim dan berkerjalah!
Nyawa kita tak lama ikhwah..mengembaral ah mencari mad'u2..tinggalkan
bilik2 selesa..tiada nilai semua itu melainkan hidup sebagai seorang
daie..Da'wah ini tidak akan berjaya bila daienya hanya memberikan
masa2 lapangnya..hanya berfikir tentang ummah ketika slot akhbar
islami dalam usrah shj..adakah antum yakin syurga dapat antum peroleh
dengan ijazah2 BMed, Masters dan PhD antum?
Kembalilah renung2 betul priority hidup sebelum malaikat maut datang
secara mengejut...
Allahumma thabbitna 'indal maut bi la ilaha illallah....

Harith dan Wardiah
OZ



Istanbul- Ahad 23 mei 2010. Jam 10 malam waktu Istanbul, di hadapan pejabat IHH Insani Yardim Vakfi di Fateh, bersempena dengan keberangkatan konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza, telah diadakan acara kesyukuran sempena kemasukan Peter Vanner 63 tahun, ke dalamagama Islam. Peter yang merupakan seorang berasal daripada Isle of Wrights, England, kemudiannya menukar nama beliau kepada Muhammad Fatih.

Acara tersebut berlangsung sederhana dan sangat mengharukan, di antara anggota rombongan ada yang memberikan hadiah spontan berupa kopiah, baju jubah dan tasbih. Turut hadir memberikan ucapan tahniah dan doa selamat kepada Peter termasuklah Dr. Nawaf Takruri Ketua Persatuan Ulama Palestina di Syria, Syekh Abdul Ghani Atamimi Ketua Persatuan Ulama Palestina di Luar Negeri, dan juga hadir Ust Ferry Nur, ketua KISPA Indonesia.

Laungan takbir bergema di depan pejabat IHH pada malam itu sebagai ungkapan haru atas hidayah dan anugerah yang telah diberikan Allah kepada Muhammad Fatih. Beliau pernah menyertai rombongan Viva Palestina ke-3 pada bulan Januari tahun 2010 yang lalu, sekarang dengan penuh kesedaran yang tinggi masuk ke dalam agama Islam.