KARISMA adalah akronim bagi Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia, sebuah institusi mahasiswa yang ditubuhkan di atas inisiatif Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melalui Jawatankuasa Institut Pengajian Tinggi JIM (JIM-IPT).
KARISMA adalah akronim bagi Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia, sebuah institusi mahasiswa yang ditubuhkan di atas inisiatif Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melalui Jawatankuasa Institut Pengajian Tinggi JIM (JIM-IPT).
2)Keindahan BersamaMu (KBM) Imtiaz Kospint pada 25-27/03/2010-sudah
ustaziatul alam
Bersama Islam Membina Masyarakat
taaruf sesama kita
ReNunGaN pEnGubaT RiNdu
“Demi Tuhan yang jiwaku berada dalam tanganNya, hendaklah kamu menyuruh kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar, atau nanti Allah akan menghantar azabnya ke atas kamu, kemudian kamu berdoa kepadaNya dan Dia tidak memperkenankan lagi doa kamu” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).
Untuk itu seseorang yang melihat mungkar hendaklah berusaha mencegahnya dengan kadar kemampuannya. Sabda Nabi s.a.w juga: Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemunkaran maka hendaklah dia ubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu maka dengan hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman.” (Riwayat Muslim).
Author: KARISMA Terengganu on
Rabu, November 04, 2009
firman Allah bermksud "Berpegang teguhlah pada tali Allah, janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah kamu akan nikmat yang dikurniakan Allah kpada kamu" - Ali Imran : 103
sabda Rasulullah SAW bermksud "Wajiblah kamu bersama-sama dengan jemaah dan berwaspadalah kamu terhadap perpecahan" - riwayat Al-Tirmizi
berkata Saidina Umar alKhattab r.a "Sesungguhnya tiada Islam melainkan dengan berjemaah, tiada jemaah melainkan dengan kepimpinan dan tiada kepimpinan melainkan dengan ketaatan" riwayat Ahmad "Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala kpd manusia, samalah sperti serigala kpd kambing, ia akan makan kambing yg jauh terpencil dari kumpulannya, maka berhati-hatilah kamu dan hendaklah kamu sentiasa bersam-sama dengan jemaah dan org ramai"
Author: KARISMA Terengganu on
Jumaat, Oktober 30, 2009
Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka.
hadis di atas sudah cukup.... untuk apa yer?? seribu satu makna kepada mereka yakni terutamanya para naqibah merangkap da'ie untuk terus meghulurkan sedikit keringat dalam mendidik jiwa-jiwa yang kekosongan..
mengapa ya apabila ke program seperti katibah dan qiyammullail bertmabah tingi keazaman kita dalam dakwah..
namun sedihnya apabila pulang ke medan 'memancing' sebenar kita acapkali tewas dengan berbagai mehna, cabaran persekitaran atau waqi' kita..
astaghfirullahalazim...banyak-banyak la kita memohon ampun kepada ALLAH s.w.t.. semoga hari mendatang karisma(K-Jim kot...hehehe) akan mampu memberi lebih sumbangan dalam medan dakwah..
salam peperiksaan kepada ikhwah/akhowat sekalian Rabbi Yassir Wala Tuassir....
Author: KARISMA Terengganu on
Selasa, September 08, 2009
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah.. 27-28 Ogos 2009 yang lalu, K-Tganu Utara dengan kerjasama ikhwah/akhawat UK/Rusia yang balik bercuti telah mengadakan satu program ISK (Ini Sejarah Kita) bertempat di al-Amin Kuala Terengganu, Bukit Berangan. Satu kejutan buat kami dipihak penganjur apabila adik-adik yang hadir bagi program ini termasuk penyelaras hampir mencecah 100 orang! SubhanAllah! Adik-adik ini datang dari pelbagai IPT iaitu Universiti Darul Iman M’sia, Universiti M’sia Terengganu, UITM Chendering dan jua Institut Perguruan.
Jumlah yang hadir bukan hanya mereka yang terlibat dengan SAMPLE di IPT bahkan kebanyakkan nya adalah mereka yang tidak telibat lngsung dengan SAMPLE. Program dimulakan dengan pndaftaran ikhwah/akhawat (Khamis 27/08/09 – petang). Tempat untuk menginap bagi akhawat (asalnya 2 tmpat – library dan bilik mesyuarat) terpaksa dibuka lagi 1 tempat (kelas) oleh muallim Redhuan (pengarah projek a.k.a JK TPSM K-Tganu Utara) berikutan jumlah akhawat yang sangat ramai. Masa yang ada sebelum iftar digunakan sepenuhnya oleh para AJK dan fasilitator ikhwh/akhwt dengan mengadakan TAARUF. Seterusnya Iftar ringan (kurma+kuih+air), bersolat jemaah dan Iftar disambung kembali (“,). Sementara menunggu waktu isyak para akhwat mengadakan tadarus satu juzuk bagi setiap kumpulan dan seusai terawih berjemaah, slot MUQADDIMAH ISK bermula yang mana dibentangkan oleh Akhi Shahridwan. Setiap peserta jua disediakan 1 buku berkaitan ISK. Slot pertama ditangguhkan kira-kira 11.00 mlm. Sebelum melelapkan mata, pihak ikhwah menutup mlm mreka dengan bertadarus mengikut kumpulan.
Pagi Jumaat 7 Ramadhan yang penuh barakah dimulakan dengan qiammullail fardhiyyah dan witir jamaie, jua disusuli sahur bersama-sama, solat Subuh berjemaah dan tazkirah Subuh yang disampaikan oleh Pak Cik Sabri (YDP K.Trgganu). Wlaupun juadah untuk bersahur mengalami sedikit masalah, semunya berjaya diatasi dengan jayanya antara kerjasama Makcik Masita, Makcik Khadijah serta bantuan akhwat2.Hingga ada yang mengupas telur utk sahur sambil mendengar slot! (“,) makruk!
Slot pagi diteruskan lagi dengan sambungan slot MUQADDIMAH dan seterusnya slot kedua, SEERAH oleh akhi Azmi. Sewaktu solat Jumaat waktu para peserta akhawat dipenuhkan dengan slot oleh akhwat UK/Rusia, antaranya game Teka Kenalan, solat berjemaah dan perkongsian akhawat. Slot 3 INI PERANAN KITA kemudiannya dibentangkan oleh Akhi Aslam termasuk sedikit tayangan video yang berjaya membangkitkan kembali semangat para peserta dalam mempelajari sejarah Islam ini hingga akhirnya.program selama 2hari 1 mlm ini berakhir kira-kira pukul 11.00 mlm. Walaubagaimana pun, berlaku sedikit kesalah fahaman di bahagian pengangkutan hingga menyebabkan peserta terpaksa menunggu lama untuk pulang ke IPT masing2. Alhamdulillah semua berjaya diselesaikan dan pulang ke IPT masing2 sebelum jam menginjak ke pukul 12.00mlm..
Author: KARISMA Terengganu on
Selasa, Ogos 04, 2009
>
Alhamdulillah..seperti yang kami war-warkan sebelum ini, suatu follow up akan dibuat bagi adik-adik yang tercicir semasa SAMPEL UMT/UDM seminggu selepas minggu orientasi dulu.Hasilnya selepas mendapat mandat dari Dr. Rohayah, alhmdulillah kami berjaya meneruskan GEMPUR besar-besaran(tak la besar mana pun). Hopefully, proses penerusan tarbiyah mereka seterusnya akan dipermudahkan ALLAH(ini misi lagi besar). Emm..Khusyuknya pak syeikhkita ni berkongsi nasihat dengan adik-adik walaupun terpaksa merempit jauh melepasi gergasi.
Halaqah bersama adik-adik yang cukup bercahaya dengan wajah riang mereka. Seusai sahaja maghrib berjemaah, kami mendapat kebenaran untuk berdiskusi dalam surau itu. Sesungguhnya tidak disangka-sangka memang sesuai keadaan surau itu bagi program kali ini. Bagi adik-adik medic ini mungkin mereka menganggap program ini biasa sahaja dan masa untuk mereka hilangkan ‘stress’ program akademik yang mereka lalui walaupun baru sebulan mengambil kursus perubatan di UDM. Biasalah, nak jadi yang terbaik mesti perlu berkorbanbanyak.
Riangnya adik-adik ini bila tiba waktu makan. Mungkin semua tidak sbar lagi nak sampai ke restoran yang dituju. Alhamdulillah Dr. Azim(abang Azim) turut akan menyertai kami di sana nanti.
Masing-masing sudah bersedia di bilik santapan. Namun kami terpaksa menunggu pak syeikh yang lambat disebabkan terpaksa keluar sebentar selepas majlis halaqah di surau berdekatan dengan restoran Sri Aman Seafood ini.
Sebelum makan, sedikit perkongsian daripada abang Azim yang baru sahaja bergraduasi sem lepas. Sekarang ini sedang HO(housemanship) kalo tidak silap. Input-input yang amat menarik bagi kami semua yang bukannya mengambil kursus perubatan.
Dalam pukul 11mlm mjlis selesai dengan berlakunya sedikit peristiwa yang agak melucukan. Hanya kami yang tahu. Moga menjadi kenangan semua AJK. Chayok,terutamanya untuk asyraf dan annas yang akan menjadi naqib bagi adik-adik ini.-perjuangan belum selesai 3.22(4/8/09)
Author: KARISMA Terengganu on
Rabu, Julai 29, 2009
Perjalanan mencariDURIAN yang gUGUrrr..eheehehehe.....
Jauh tau perjalanan..tapi menarik apabila MEREMPIT untuk pulang sebelum maghrib. Berkorban untuk adik-adik yang bakal disambut keesokan harinya.
pengorbanan-pengorbanan!!
Sampai-sampai dalam pukul 4.00 petang kami terus takruf sebentar dan solat diimamkan oleh akhi Khairi. Alhamdulillah...rezeki lepas solat kot. Syoknya dapat makan durian ramai-ramai. Rambutan pun ada. Harap-harap lepas program ini tak ramai yang sakit tekak atau kena ‘batuk’..nauzubillahi min zalik.. Khabarnya ada ikhwah dariRusia dan Amerika..masyaAllah.
Jazakallah muallim yang menjadi antara individu yang ‘busy’ kerana ditugaskan untuk mengangkut kami dari UDM dan UMT. Tidak ketinggalan Fath yang juga bertungkus lumus.Nampaknya tak sia-sia dapat ‘motor baru’.
Sesi terakhir program SAMPEL’09 iaitu sesi penggulung daripada AJK program. Kami terpaksa bergegas kerana hari sudah semakin gelap. Nyata masa amat mencemburui kami.walaupun sekejap namun impak yang besar diharapkan oleh kami(ikhwah) bagi sesi mendatang ini. Namun terdapat 5-6 orang yang tertinggal/terlepas peluang bagi SAMPEL ini. InsyaAllah program followup bagi mereka akan kami buat dalam masa terdekat.
Author: KARISMA Terengganu on
Selasa, Julai 07, 2009
Oleh : Pakcik Roslan
MISI ‘09
19Jun 2009
‘Human cannot give anything, but ALLAH can give us everything’
-kata2 azimat pakcik Roslan-
Semua yang kita buat niat kan kerana Allah, walau banyak mana pun kita berhabis untuk dapatkan mad’u kita, walau berpeluh jerih berulang alik dri 1 tempat ke tempat yg lain untuk DF mad’u kita,ingat lah bahawasanya mad’u kita itu tak dapat berikan kita apa2..tetapi Allah akan balas
semua itu dengan ganjaran berlipat ganda di akhirat kelak..insyaAllah..
Dakwah ialah menyeru dan boleh dikelaskan kepada 2 iaitu dakwah ammah (umum/ramai2) dan dakwah fardhiyyah (perseorangan/1 to 1). DF adalah bertujuan untuk merekrut para ‘core amilien’ iaitu orang yang akan kita bawa untuk bekerja dengan kita membawa dakwah ini/sebagai pelapis.
DF ini merangkumi beberapa ciri iaitu :
targeted mad’u : mencari di surau,mjlis2 ilmu, kenal pasti betul2 mad’u yang akan kita bawa itu,jumpa mad’u secara perseorangan dan berkenalan secara rapat dengannya
interaktif : para dai’e perlu jelas dengan mesej yang ingin disampaikan pada mad’u
hubungan peribadi : pergi berjumpa dengan mad’u,menunjukkan peribadi yang baik kerana dai’e adalah cermin kepada dakwahnya,dan menghidupkan nilai2 Islam dalam peribadi para du’at
detailed message : para du’at perlu tahu semua perkara yang berkemungkinan akan ditanya oleh mad’u,perlu tahu tentang perkara berkaitan Islam dan dakwah, dan menggunakan uslub(teknik) dakwah kita sehingga membawanya kepada Allah.
Untuk marhalah memenangi mad’u, pakcik Roslan tetap compilekan memjadi 4 cara :
memenangi hati - bersifat kemanusiaan,bertanya khabar,ambil tahu masalah,belanja makan,tunjuk tempat untuk beli barangan keperluan bagi adik2 junior baru masuk
memenangi jiwa - menghidupkan jiwanya dengan berbicara tentang keimanan,keperluan beraama,siapa Allah,siapa kita. tahu tentang perkara umum sperti tempat2 dalam negeri,isu semasa,sukan
memenangi pemikiran - jika dah dapat menangi hati dan jiwa,mad'u tersebut dah boleh diajak sertai usrah,cuba bentuk manusia yang izzah dengan Islam kerana Islam bukan agama peribadi tetapi adalah agama masyarakat
memenangi amalan - mengajak beramal dengan amalan Islam,mengawal mad'u sebagai seorang sahabat tanpa merimaskan nya
Masalah yang akan timbul dalam DF
kekangan masa - banyak masa diperlukan dalam dakwah,namun ingatlah bahawa Allah akan sentiasa ada untuk menolong hamba2nya yang mengajak kepada kebenaran
kekangan sumber - masalah perbelanjaan boleh berlaku pada permulaan untuk menarik mad'u tapi jangan lupa apa yang dibelanjakan fisabilillah adalah sesuatu yang sangat mulia di sisi Allah Taala
lambat pulangannya - lambat untuk kita melihat hasilnya,namun berusaha semampu kita kerana kita hanya mampu berusaha,bertawakkal namun Allah jua lah yang menentukan sama ada mahu memberi hidayah padanya @tidak
Faktor kejayaan DF
keikhlasan - niat lillahi taala,insyaAllah kita tak akan kecewa.dalam Islam tiada istilah kegagalan, yang penting adalah usaha bukan apa yang akan kita dapat
kesungguhan - plan how to tackle mad'u,berusaha bersungguh2 untuk dapatkan hatinya dan doalah kepada Allah agar dipermudahkan usaha dakwah kita
kesabaran - tabah hadapi pelbagai kerenah dan sikap para mad'u.ada yang mudah marah,ada yang suka mengajuk,ada yang suka dibelanja tetapi tak suka membelanja.jangan mudah marah atau amik hati.adukan segalanya padaNya..'dengan mengingati Allah hati2 akan menjadi tenang'
Pergaulan ialah bercampur lainan jantina dalan 1 tempat, berlaku pandang memandang,komunikasi,interaksi juga percakapan.
Hukum asal pergaulan silang jantina ini adalah haram dan ini berlandaskan kepada beberapa hadith seperti :
”perempuan jangan musafir kecuali bersama mahram”
”lelaki tidak harus masuk dalam rumah perempuan kecuali bersamanya ada mahram”
”lelaki tidak harus berkhalwat dengan perempuan kecuali bersama mahram”
Pergaulan silang jantina ini diharuskan kerana 2 sebab iaitu darurah dan haajah. Contoh darurah ialah bergaul kerana melindungi wanita yg bersendirian dlm perjalanan. Manakala contoh kes2 haajah pula adalah :
muamalat – jual beli
tugas kehakiman
memberi kesaksian
tugas penguatkuasaan
jihad fi sabilillah
tunggu giliran rawatan di hospital/klinik
Pergaulan silang jantina mengikut adat kebiasaan
jaga adab dan hukum Islam
menutup aurat
tidak tabarruj
menundukkan pandangan
bercakap dengan suara normal
tiada percampuran melampau lelaki dan perempuan
Pergaulan silang jantina dalam organisasi
-perlulah menjaga hukum Islam dalam (hukum akhlak,adab,niat) dan luar (hukum syariat)
-kekalkan kesederhanaan dan tidak menyusahkan kerjasama yang dilaksanakan
-tidak ’double standard’ antara wadah lain,ahli yang bukan ikhwah akhawat
-memastikan suasana wara’, jauh dari fitnah dan syubhat serta sentiasa hazar (berjaga2)