Seruan kalian penggema syari'at
Sikap kalian ciri pemimpin sejati
Yang meninggikan Islam
Di atas Qur'an dan SunnahSikap kalian ciri bidadari
Pendamping para mujahid
Di bawah cinta sang Robbi
- ar Ruhul Jadid/semangat baru -
KARISMA adalah akronim bagi Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia, sebuah institusi mahasiswa yang ditubuhkan di atas inisiatif Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melalui Jawatankuasa Institut Pengajian Tinggi JIM (JIM-IPT).
Di atas Qur'an dan SunnahSegala puji bagi Allah dan selawat serta salam bagi Rasulullah, kepada para sahabatnya dan semua yang mengikutinya. |
Tiadalah perkara lain yang lebih menakutkan pihak musuh Islam terhadap manusia Muslim yang berada di IPT-IPT seluruh dunia melainkan satu kelompok yang berasaskan Jemaah Harakah Islamiyah. Illuminati sedar bahawasanya ketentuan halatuju, kemantapan, perancangan dan kesinambungan perjuanhan harakah islamiyah bagi sesebuah negara Islam akan bergantung sepenuhnya terhadap kekukuhan manhaj setiap mahasiswa yang bergelar jemaah.
ian Ilmu-Ilmu Islam. Mahasiswa yang memperjuangkan Islam tanpa menyertai jemaah umpama seorang Muslim yang bersolat seorang diri di dalam masjid. Menurut bekas Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Allahyarham Dr. Mustapha Masyur, kerja-kerja secara berjemaah adalah wajib;
olongan berpendidikan iaitu Dr. Adam Weishaupt yang berpendidikan Undang-Undang malah menjadi profesor undang-undang di Universiti Ingolstadt, Jerman. Tidak ada kepimpinan di dalam Illuminati mahupun secret society yang lain seperti Trilateral Commission, Bilderberg Group, Club Rom, Skull & Bones dan sebagainya mengambil individu tidak berpendidikan untuk menerajui organisasi.
asi Zionis, sudah pasti ia menjadi batu bara untuk golongan Illuminati kerana golongan seperti ini sudah pasti tidak duduk diam sahaja memerap ilmu-ilmu itu melainkan ianya dikaji dan disebarkan dengan pelbagai cara. Jemaah yang mempunyai pengetahuan konspirasi Illuminati kemungkinan boleh menjadi penghalang utama kepada perancangan Illuminati untuk menyerap masuk ke dalam parti-parti Islam. Jemaah seperti ini akan sentiasa bertindak memerhati dan menyelongkar segala macam anasir-anasir yang dikira boleh merosakkan parti-parti Islam. Jemaah sebegini sangat proaktif dalam membentuk mekanisme khusus bagi menapis agen-agen tersembunyi di dalam kepimpinan parti. Kemungkinan juga pihak Illuminati hanya boleh memilih jalan menamatkan riwayat golongan ini dengan segala macam kejutan yang tidak diduga bagi memastikan perancangan mereka berjalan dengan sempurna. Namun hakikatnya golongan ini sukar dikesan dan dibukakan rahsia hati mereka.
ang pada pandangan kami paling ditakuti oleh Illuminati. Perkara itu ialah Baitul Muslim. Walaupun agak ganjil bunyinya tetapi perlaksaan Baitul Muslim di semua peringkat harakah Islamiyah kiranya boleh menggugat perancangan Illuminati secara jangka panjang. Ini kerana, objektif Baitul Muslim (BM) adalah melahirkan keluarga Muslim yang berfikrah Islam melalui pasangan-pasangan yang sama fikrahnya. Mahasiswa yang berjemaah walaupun tidak aktif sudah pasti akan terpahat dalam dirinya akan mendidik seluruh ahli keluarganya kelak agar menyertai jemaah. Apabila ramai ahli jemaah dikalangan golongan muda berpelajaran tinggi maka jarum-jarum sekular yang menyuntik dunia ilmu Islam sejak ratusan tahun dahulu mudah dikeluarkan.Alhamdulillah..Jumaat, 15 Januari 2010 dilalui dengan penuh bersemangat oleh kami semua. Seramai 3 ikhwah dan 3 wakil akhawat KARISMA Zon Utara telah menjadi wakil ke Sanggar Kerja di Kerteh, Kemaman.
- Program bermula jam 9.15 pagi, dibuka dengan alunan ayat-ayat suci al-Quran, surah al-Hujarat, ayat 1-18 oleh Pengerusi Tarbiah Negeri, pakcik wa ustaz Muzahar , a.k.a uncle Muz.
- Selepas ucapan alu-aluan dan perasmian majlis, sesi pembentangan dimulakan. Ikhwah akhawat dibahagikan kepada 6 kumpulan untuk membincangkan skop-skop program yang berbeza-beza.
- Program berhenti seketika untuk solat jumaat/zohor dan makan tengahari yang kemudiannya disambung sekitar 2.45 ptg.
- Pembentangan terakhir melibatkan perancangan KARISMA Zon Utara menuju FIDAK 2015 (Fikrah Islam Dominan Alam Kampus) dan perangkaan KRA IPT dibentangkan oleh akh Izhar Syafawi(pemangku ameer/timb.pengerusi 1) dan ukhti Siti Sakinah (JK TPSM).
- Antara isi pembentangan merangkumi;
Ø VISI dan MISI FIDAK 2015 yang perlu difahami
Ø VISI - Menjadi sebuah gerakan mahasiswa kontemporari yang menjana perubahan ke arah tertegaknya syariat Islam di Malaysia
Ø MISI - Beriltizam untuk melahirkan mahasiswa du’at soleh wa musleh yang cemerlang dari aspek sakhsiah, kepimpinan dan akademik melalui program pembangunan insan yang komprehensif
- Menggembleng tenaga mahasiswa ke arah merealisasikan Fikrah Islam
(FIDAK) menjelang 2015
Ø Rancangan FIDAK (RF) melibatkan RF 1, RF 2 dan RF 3
Ø RF 1 meliputi TPSM dan Dana, RF 2 merangkumi perhubungan dan targeted tajnid, RF 3 iaitu Public Opinion Leadership (POL) dan Pilihan Raya Kampus (PRK)
Ø Cabaran/permasalahan yang timbul dan kaedah penyelesaian yang
Ø Ahli KARISMA di IPT sekitar Terengganu Zon Utara akan
Ø Membentuk tanzim di Terengganu Zon Selatan agar memudahkan kerja-kerja pentarbiyahan diteruskan di sana
- Sesi soal jawab yang turut diadakan sepanjang pembentangan digunakan sepenuhnya oleh ikhwah akhwat bagi menanyakan perkara yang tidak difahami dan juga melontarkan idea masing2 agar kerja-kerja tersebut dapat terus dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
- Program ini berakhir sekitar 5.30 petang, dengan bacaan doa Rabitah oleh ustaz Mazlan, YDP Kemaman

Alhamdulillah, kelmarin (08 Jan 10) kami di Terengganu telah menerima jaulah delegasi ikhwah akhwat Brunei kira-kira 30 orang. Sambutan delegasi Brunei diadakan di Dedaun Resort, Pantai Batu Buruk. Di resort ini acara sambutan dimulakan dengan solat Isyak berjemaah, sesi taaruf serta makan malam di rumah masing-masing. Kira-kira jam 9.45 mlm semua akhwat bergerak ke rumah ikhwah (sebelah je) untuk meneruskan perancangan aktiviti pada malam itu.
- Acara dimulakan dengan alunan kalamullah, surah al-Kahfi (ayat 1-13) oleh qari Akh Masrul Ariffin dan bacaan tafsir oleh Akh Redhuan.
- Acara diteruskan dengan sedikit perkongsian rohani dengan Ustaz Zawawi.
> dalam menghayati dan berdakwah untuk Islam, sebagai umat Islam kita perlulah bersatu dan bersama berusaha
> jalan dakwah itu hanyalah 1 dan jalan itu lah yang pernah dilalui oleh Rasulullah SAW, para sahabat, dan para pendakwah lain.
> Islam adalah agama ukhuwwah, agama mahabbah yang membawa rahmata
n lil'alamin
> usaha adalah suatu perkara yang sangat penting untuk kita laksanakan diikuti dengan tawakkal kepada Allah Taala. Jika hari ini kita berdoa, ianya mungkin tidak dimakbulkan sekarang, dan kita mungkin tidak kan merasai nikmat apabila doa itu dimakbulkan, namun generasi2 kita seterusnya yang akan dapat merasainya.
>sekarang kita perlu fikirkan apa yang perlu kita capai di masa akan datang
>apakah persediaan kita untuk kekal berada di jalan Allah, dari aspek pembinaan peribadi muslim, baitul muslim dan seterusnya
>aqidah yang kuat adalah amat diperlukan dalam setiap insan, kerana kita merupa
kan generasi/aset penerus perjuangan mereka2 yang lepas dan masa depan Islam adalah terletak pada diri kita
>dakwah ini teletak di atas 3 tonggak iaitu; mairufatullah (mengenal Allah), solahunnas (keperibadian yg unggul) dan mahabbah ( kasih sayang antara sesama insan)
>berkata Imam Hasan al-Banna; ' perkara pertama yg aku minta secara praktikal untuk memuhasabah diri kita semua, antaranya adalah;
~ ada masa dalam seharian untuk membaca alQuran
~ hafal sekurang2 nya 1 ayat sehari
~ jaga saat muhasabah diri sebelum tidur
~ jangan abaikan solat sunat rawatib
~ utamakan solat di masjid (lelaki) secara berjemaah dan di awal waktu
- acara diteruskan dengan ucapan dari wakil Terengganu dan wakil delegasi Brunei
- acara kemudiannya diikuti selingan video oleh akh redhuan yang begitu teruja dengan video2 koleksinya
- seterusnya ikhwah Terengganu masing2 menunjukkan bakat terpendam bersama ikhwah akhawat lain menasyidkan lagu semangat ' bingkai kehidupan'
- acara sambutan delegasi ini berakhir kira-kira pukul 11.15malam
Perwakilan Terengganu merupakan pembahas keempat dalam sesi pertama perbahasan ucaptama presiden ustaz Abdullah Omar(AO). Ana terpilih dengan izin Allah menjadi pembahas ke-4 setelah diadakan undian pada malam hari yakni selepas tamat majlis yang penuh dengan ‘aksi mendebarkan’ bab kata pak cik Zaid(boleh tanya perwakilan dan pemerhati kita).
Sesi perbahasan dimulakan dengan wakil ikhwah Usim Nilai dan Usim KL sebelum akh sasterawan KARISMA. Beliau menyampaikan beberapa idea. Yang mampu diingat oleh ana adalah menghasilkan lebih ramai penulis dari kalangan KARISMA sendiri kerana dilihat amat kurang menyinar walaupun tentu ramai dari ikh/akh ini yang berpotensi namun kurang digilap. Ucapan baik dari ketiga-tiga perwakilan. Ana lebih fokus kepada bahan yang akan dibawa dalam ucapan ana menyebabkan agak kurang memberi perhatian.
Pertamanya ucapan terima kasih diucapkan kepada mereka yang menyumbang idea, tenaga dan masa untuk membantu ana menyusun isi ucapan. Alhmdulillah setelah melalui perbincangan dengan perwakilan dan pemerhati ikhwah(Izhar, Mus’ab & Hazwan IPGM) pada malam dan pagi itu ana telah menyentuh tiga point utama(dengan izin). Antaranya adalah:
1) firman Allah dalam surah As-saff ayat 10,11:
Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui.
Isu Dana & TPSM
Untuk mendepani RF2 dalam tahun baru ini seperti ucapan Presiden. Sewajarnya RF1 sudah dihadam oleh lokaliti.
Senario di Terengganu Zon Utara telah ana bawa sebagai contoh kepada mungkin lokaliti lain. Seperti kita sedia maklum, program-program tarbawi seperti daurah dan katibah telah acapkali kita dan JIM IPT anjurkan namun sememangnya masih ada ruang yang boleh diperkemas. Sesuatu yang ana tidak sentuh adalah MPSM..para nuqaba’(terutama yang membaca artikel ini) diharapkan dapat lebih proaktif dalam memahami keperluan FIDAK ini. Sesuatu yang menyedihkan sekiranya naqib/ah tidak faham keterdesakan FIDAK yang turut menjadi misi KARISMA. Ana turut menekankan situasi di lokaliti Terengganu Zon Utara yang ‘ketandusan’ dana dan hal ini tidak boleh dipandang ‘sepi’ lagi oleh naqib dan ahli tanzim.
Justeru amat besar harapan kita yang mana ada idea dari qiyadah lokaliti untuk member portfolio kepada timbalan presiden/ameer untuk memegang JK Dana dan JK Pehubungan(networking) yang menjadi agenda dalam RF2 insyaAllah. Namun semuanya perlu disyurakan. Para naqib turut secara automatis merupakan qiyadah yang akan membantu kelancaran tanzim. Untuk pengetahuan semua kredit patut diberi kapada JK TPSM lokaliti kita kerana mendapat pujian dari KNL disebabkan komitmen yang ditunjukkan lokaliti Terengganu Utara.
2) Strategic Position
Ustaz AO telah membangkitkan hal ini dalam ucapan dasarnya. Sudah pasti ada sesuatu yang berlaku yang mungkin cuba ditegur oleh akhi Presiden. Ana menyebut bahawa kita menyokong penuh untuk setiap ahli dalam system tarbiah kita agar mencari bidang tertentu untuk menabur bakti terutamanya selepas bergraduasasi. Pakcik Zaid dalam ucapan perasmian PKN turut menyeru kita untuk fokus kepada lapangan tertentu seperti masalah remaja(ABJZ), hal semasa(Palestin & human right) etc. Jika ingin mendalami sirah pun mungkin boleh dikecilkan lagi skopnya supaya lebih expert.
41. Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui.
Jika anda pelajar teknologi makanan sekalipun, fikirlah cara-cara untuk menyumbang kepada agama Islam yang kita cintai ini. Bidang belajar formal kita seharusnya menjadi penghalang kita dalam mengejar cinta illahi.
3) Isu Kebajikan
Ana memulakan point terkahir ini dengan ucapan maaf kepada JK Kebajikan KNL kerana kurang memberi tumpuan kepada program kebajikan di lokaliti. Sebelum ini banyak daripada hal kebajikan ini turut menjadi perhatian JK TPSM. Sewajarnya pada tahun ini K-Tganu Zon Utara untuk memperbaiki program kebajikan ini yang mana pentingnya untuk menunjukkan betapa concern kita kepada ikh/akh yang lain.
Ana mengakhiri ucapan yang serba kekurangan itu dengan memetik kata-kata Al Maududi dalam bukunya ‘peranan pelajar’ :
‘‘Pelajar-pelajar yang sedang berada di universiti-universiti dan fakulti-fakulti tentulah sudah besar, matang, mempunyai kesedaran dan boleh membezakan di antara buruk dan baik. Begitu juga pelajaran yang diterimanya membolehkan mereka mengetahui identiti mereka jika mereka mahu dan juga membolehkan mereka maju ke hadapan jika mereka bergerak. Segala kerumitan dalam hal ini bukanlah menjadi beban kerajaan semata-mata, bahkan menjadi tanggungjawab pelajar-pelajar juga. Pelajar-pelajar adalah muda-muda belaka.....’’
Anatara isi kandungan lain dalam perbahasan adalah:
a)keperluan melahirkan Da’ie Five Star yang sarat dengan softskills.
b) nama KARISMA yang telah diguna platform lain
c) utarakan sokongan kepada HEPA dan kerajaan sekiranya apa yang mereka utarakan bertepatan dengan syarak.(media,blog etc)
TENTATIF PROGRAM MUKHAYYAM IPT 2009 -
TAMAN PERTANIAN SEKAYU, HULU TERENGGANU
31 DIS 09 - 02 JAN 10
Hari Pertama
5.00 pm : Pendaftaran
6.00 pm : Makan Malam (Beli)
7.30 pm : Solat Maghrib
: Solat Isyak
9.00 pm : Takruf & ais breaking serta pembahagian kumpulan, pembahagian tajuk
persembahan
: Pengisian Fikrah (Himaasatusy Syabab,wa Hikmatusy Syuyuh)
–AkhMuzahar
11.00 pm : Tadabur Qur’an
Hari Kedua
4.30 am : Qiam
5.45 am : Solat Subuh
: Al mathurat (Suatu Pengenalan) (Akh Ariffin)
7.00 am : Urus diri
8.00 am : Sarapan pagi (Nasi Lemak)
8.30 am : Explorasi Alam Inovasi
10.30 am : Minum pagi
10.45 am : Hayatus Sahabah
12.00 pm : Makan Tengah Hari
: Persiapan Solat Jumaat
1.00 pm : Solat Jumaat / Ummahatul Mukminat
3.00 pm : Jungle Tracking
6.30 pm : Makan Malam
7.15 pm : Solat Maghrib
: Kuliah Maghrib (Akhlak) oleh Akh Roslan
8.16 pm : Solat Isyak
9.00 pm : Persembahan
12.00 am : Hirasah (Setiap 1 jam/kumpulan)
Hari Ketiga
6.00 am : Solat Subuh
Kuliah Subuh (Akhlak oleh Akh….)
Al Mathurat
6.30 am : Bertolak Pulang
Bismillah..Assalamualaikum ikhwah akhwat yg di rahmati Allah sekalian...
Alhamdulillah, dengan berakhirnya PKN 09, dengan ini ana ingin memaklumkan berikut adalah jawatankuasa Karisma Nasional bagi tahun 2010
Presiden : Abdullah Omar Muhamad Fuad
Timb. Presiden : Khairul Fadhli Ismail
Naib Presiden 1 : Izzudin Khairul Anuar
Naib Presiden 2/Ketua SISMA : *
Setiausaha Agung : Samihah Mohd Nor
Bendahari : Muhammad Fitri Hassan
JK TPSM
- Mohd Iqbal Hakim Mohd Adnan
- Mohd Hafizuddin Abdul Mukti
- Nur Nazihah Muhammad Nassir
- Fadhilah Md Nor
JK Dana
- Mashita Abd. Razak
- Izahana Haron
JK Dakwah
-Salwa Mustafa Din
JK HEA
- Nihlah Johari
JK HEK
- Auzan Hasanuddin Sazali
- Al Amin Mohamed Sultan
JK Media
- Mohd Hafiz Kassim
- Wan Abdullah Mujahid Hasanuddin
JK Kebajikan
- Nur Idayu Abd Rahman
- Hanaa' Abdul Rahman
* Jawatan Ketua SISMA akan diumumkan selepas Retreat KNL kerana masih dalam perbincangan..Mudah-mudahan kita dapat bersama -sama bekerja dengan bersungguh-sungguh ke arah menjayakan misi kedua KARISMA, FIDAK 2015..
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.
(as-Soff 61:4)
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
(as-Soff 61:10-11)
Next year will be different, insyaAllah
Wassalam
- SETIAUSAHA AGUNG KNL -
Selamat bersidang buat wakil-wakil perwakilan dan pemerhati
PERWAKILAN
Mohd Ikhsan Khalid : Ameer K-Terengganu Utara
Izhar Syafawi Ahmad : Timb. Ameer K-Terengganu Utara
Zaharah Abd Mutalib : PIC IPT UMT
PEMERHATI
Muhamad Hazwan bin Hamidan : PIC IPGM Dato' RazaliSyed Syukri bin Syed Ahmad : PIC UiTM Dungun
Amirul Aiman bin M Kamal : PIC UiTM Dungun
Mohiddin Md Isa : Ahli (K-Terengganu Utara)
Amni Azwin Md Amin : Ahli (K-Terengganu Utara)
Muhamad Mus'ab Muzaharr : Ahli (K-Terengganu Selatan)
PERHIMPUNAN KARISMA NASIONAL 2009 (PKN 09)
& SAMBUTAN 10 TAHUN KARISMA
InsyaAllah akan berlangsung pada 25 & 26 DISEMBER 2009
bersamaan dengan 8 & 9 MUHARRAM 1431H
(JUMAAT & SABTU) di Masjid Umar Al- Khattab Bukit Damansara
Yuran Pendaftaran : RM 35 (2 hari 1 malam + cenderamata)
Anjuran KARISMA Nasional
Dengan Kerjasama KARISMA Petaling Jaya
udah tahun 1430 H bersama pelbagai memori suka duka terutama terhadap umat Islam di dunia ini.1431 H pula menjengah, yang bakal kita selusuri..Apakah setiap duka yang kita lalui selama berada di tahun 1430 H akan berterusan kita alami? Adakah saudara-saudara seakidah kita di Palestin, di Iraq, di Selatan Thai, akan kekal ditindas seperti di tahun 1430 H? Setiap kali datang tahun baru,sama ada tahun masihi mahupun tahun hijrah, azam baru, matlamat baru, impian baru kita cipta untuk di kecapi.. namun sebagai seorang Islam ada tak kita selitkan dalam azam kita itu untuk membantu saudara-saudara seakidah kita, samada melalui bantuan tenaga, material, kewangan walau doa sekali pun? Isu Palestin yang telah lama bergolak dengan serangan udara Israel ke Genting Gaza, hujanan bom dan peluru berpandu dari pesawat pejuang Israel menjadi agenda utama perbincangan antara pertubuhan-pertubuhan Islam, NGO-NGO Islam, wakil-wakil negara demi mencari kesepakatan untuk membantu saudara-saudara seakidah kita. Bantuan kewangan, perubatan, makanan,pakaian dihulurkan berterusan dari serata dunia. Ia dilihat seakan 1 dunia sedang menyokong Palestin, negara Islam yang ditindas, namun hakikatnya, masih ada diantara kita yang masih bersenang lenang, memandang enteng
tiap apa yang telah terjadi pada saudara seakidah kita. Bukan hanya di Palestin, di Selatan Thailand contohnya, umat Islam berada dalam keadaan cukup sengsara. Ke mana sahaja mereka pergi, ada kegusaran melanda hati, seakan ada mata-mata sedang memerhati, umpama diri sedang menuju mati.Jika berada di luar rumah, berkemungkinan kan di tembak seperti seorang guru agama Islam dan anak lelakinya berumur 13 tahun terbunuh selepas melalui pusat wilayah pada lewat malam, seorang calon pentadbiran tempatan Islam ditembak mati ketika pulang mengerjakan solat di sebuah masjid di Pattani, seorang wanita Islam pula yang merupakan sukarelawan pasukan keselamatan kampung ditetak mati di ladang getah di tempatnya bekerja di wilayah Pattani..Bukan hanya di luar rumah tidak selamat, bahkan tempat yang selama ini digunakan untuk berlindung terik panas dan lebat hujan juga diceroboh,. Seperti mana yang telah berlaku pada sebuah keluarga apabila penembak menyerbu rumah mereka, melepaskan tembakan ke arah penghuni dan melarikan diri yang membawa kepada kematian 3 orang Islam, bahkan ada juga seorang lelaki Islam telah mati ditembak di dalam rumah ketika sedang berbuka puasa. Begitu banyak siksaan, herdikan, cercaan, hinaan, kesakitan, kepayahan dan kesedihan terpaksa ditanggung oleh saudara-saudara kita ini. Itu hanya lah sebahagian dari jerit perih yang mereka lalui. Kita yang berada di Malaysia, satu tanah bertuah dikurniakan Allah kepada kita, yang mana dapat merasa nikmat keamanan tanpa sebarang peperangan melanda, seharusnya bermunajat bersyukur kepada Ilahi di atas segala nikmat ini. Sepertimana firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 10:
natullah. Ayuh kita buktikan, kita hari ini sudah perlu memikirkan relung strategik yang bakal dimasuki selepas menamatkan pengajian di IPT dalam meneruskan kerja-kerja dakwah. Perlu difikirkan mulai hari ini, “Apakah bentuk sumbangan yang aku boleh lakukan? Adakah aku boleh menyumbang dalam kebajikan masyarakat? Dakwah kampus? Dakwah masyarakat majmuk? Isu antarabangsa? Dakwah melalui media dan penulisan? Dakwah remaja sekolah? Atau di mana?” (Abdullah Omar – Presiden KARISMA 2009, ucapan dasar PKN 09)..Segala kerja dakwah ini lah yang akan memacu kita ke arah menaikkan kembali Islam, menegakkan kembali segala syariat Islam dan membentuk kembali umat Islam yang berpegang teguh pada tali AllahNantikan program MUKHAYYAM IPT anjuran JIM IPT Kuala Terengganu dengan kerjasama KARISMA Terengganu Utara bermula 31 Dis 09 - 02 Jan 10 bertempat di Taman Pertanian Sekayu. Terbuka kepada semua IPT di Terengganu dan juga yang mengikuti tarbiyah JIM.
Setiausaha Mukhyyam de Penyu..Tganu kiter
Assalamualaikum ya akhi ya ukhti
Assalamualaikum ya akhi ya ukhti
Salam salam hai saudaraku
Semoga Allah merahmatimu
Salam salam wahai semua
Semoga hidup jadi bahagia
Bila hati terasa sedih
Bila jiwa terasa hampa
Mungkin kita sudahlah lupa
Berzikir tenangkan jiwa
Bila langkah sempit di dunia
Rezeki dicari alangkah susah
Mungkin kita sudahlah lupa
Sedekah lapangkan harta
Dalam hidup semua bekerja
Kadang salah bahkan berdosa
Jangan-jangan berputus asa
Ampunan Allah selalu terbuka
Dalam hidup tiada sempurna
Kadang khilaf kadang terlupa
Jangan-janganlah putus asa
Ampunan Allah selalu terbuka