Subscribe RSS


Sudahkah kamu berusaha untuk bersedia?
Dua hari lepas, semasa makan-makan dengan ahli rumah, timbul perbincangan berkenaan bila dah jadi suami nanti. Biasanya, apabila disebut fasal perkahwinan, orang sibuk membicarakan perihal pasangan yang hendak dikahwininya. Tetapi yang terharunya saya dalam perbincangan tengah makan itu, kami membicarakan bagaimana keadaan diri kami untuk menjadi suami.
“Al-Quran pun tak banyak baca.”
“Masjid pun tak istiqomah pergi”
“Subuh pun liat nak bangun”
“Kekemasan rumah pun susah nak jaga”
Ya. Bagaimana agaknya bila sudah berkahwin? Mungkin orang sibuk berfikir bagaimana mendalamnya cinta mereka kepada pasangan mereka boleh pergi selepas kahwin nanti. Tetapi entah kenapa, saya berfikir apakah aku ini mampu nak didik isteri dan anak? Mampu nak pimpin mereka untuk dapat redha Allah? Mampu nak didik mereka untuk menghala ke syurga?
Kalau kita berhenti pada persoalan mampu atau tidak, sudah bersedia atau tidak, mungkin hingga mati kita tidak akan dapat jawapannya kalau sekadar berfikir-fikir demikian. Maka saya mewujudkan satu persoalan lain yang lebih ‘bumi’ untuk difikirkan.
“Sudahkah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi suami yang baik?”
Realiti sebuah pekahwinan
Seronok bila kahwin. Saya tak pernah nampak lagi orang yang berduka bila hendak berkahwin. Tetapi saya suka, dalam keseronokan perkahwinan, seseorang itu perlu memandang bahawa perkahwinan adalah gerbang kepada dunia yang lebih besar dan panjang. Jangan dilihat bahawa perkahwinan itu adalah Majlis Perkahwinan yang dihadiri ramai orang, tempohnya hanya sehari, disertai pelbagai program dan majlis makan sahaja. Tetapi selepas Majlis Perkahwinan itu wujud satu perjalanan panjang. Dan bukan keseronokan sahaja yang wujud di dalamnya.
Kita akan tinggal dengan pasangan kita dalam kebanyakan masa 24 jam sehari. Tidur dengannya, bangun dengannya, makan dengannya, tinggal bersamanya, dan bila ada masalah serta cabaran kita bersamanya. Dan tiada orang pada saya, bercita-cita berkahwin hanya sehari dua.
Kemudian bila Allah izin dapat anak, dengan anak pun sedemikian. Kita bersamanya dalam kebanyakan masa 24 jam sehari. Dan saya tak rasa ada orang yang nak anak dia mati selepas 2-3 hari.
Bersama mereka. 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 4 minggu sebulan, 12 bulan setahun, dan entah berapa tahun dalam kehidupan kita. Majoritinya mencecah puluhan.
Kalau tak berusaha untuk bersedia, apakah akan terjadi sepanjang pengharungan alam yang panjang itu?
Suami adalah contoh
Bayangkan ya, dalam sepanjang kehidupan kita berumah tangga nanti, kita adalah seorang yang selalu bangun lewat subuh, jarang sungguh membaca Al-Quran, tidak pula menjaga kebersihan, apatah lagi masih suka melakukan dosa, bagaimana agaknya pasangan kita?
Ini adalah tanggungjawab besar selain memberikan nafkah. Menjadi contoh yang baik kepada isteri dan anak-anak.
Saya tidak dapat membayangkan kita bangun lewat Subuh dan isteri ikut bangun lewat sama kerana kita tak bangun awal Subuh. Anak juga kemudiannya terbiasa bangun lewat Subuh sebab kita tak kejutkannya Solat Subuh.
Saya tidak dapat membayangkan kita jarang sungguh membaca Al-Quran sehingga isteri pun rasa tidak mengapa tidak membaca Al-Quran. Anak juga kemudiannya rasa susah hendak suka dengan Al-Quran sebab kita pun jarang membaca Al-Quran.
Saya tidak dapat membayangkan kita masih suka buat dosa, jauh daripada Allah, sehingga isteri pun nanti rasa tidak kisah atas hal yang sama kerana merasakan itu perkara biasa. Anak juga kemudiannya rasa yang dosa itu bukan dosa sebab dia melihat kita melakukannya seakna itu perkara halal dan mendapat pahala sahaja.
Bagaimana? Tidakkah terasa bahawa berusaha ke arah persediaan adalah sesuatu yang urgen?
Yang akan dipersoal di akhirat
Suami, bapa, ketua keluarga, itulah yang paling berat persoalannya di hadapan Allah kelak. Satu perkara yang kita perlu ingat adalah kita akan dibangkitkan di hadapan Allah dan akan dipersoalkan. Maka bagaimana agaknya persediaan kita untuk menjawab persoalan Allah akan hal keluarga kita?
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya) ; mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” Surah At-Tahrim ayat 6.
Bagaimana pula kalau kita yang menjadi penyebab mereka ke neraka? Bukankah itu menyedihkan?
“Katakanlah lagi: “Sesungguhnya orang-orang yang rugi (dengan sebenar-benarnya) ialah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri dan keluarga mereka pada hari kiamat (dengan sebab perbuatan mereka memilih kekufuran atau kederhakaan) . Ingatlah, yang demikian itulah kerugian yang jelas nyata.” Surah Az-Zumar ayat 15.
Adakah kita hendak menjadi orang yang merugikan diri dan keluarganya sekali?
Ketahuilah. Kahwin itu bukan sekadar majlis perkahwinan, dan tanggungjawabnya bukan sekadar nafkah.
Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.” Surah Toha ayat 132.
Dan yang hendak memerintah, pastinya perlu melakukannya bukan?
Memang kalau nak tunggu sempurna tak akan sempurna
Memang kalau sekarang kita tanya diri kita, apakah aku telah sempurna untuk berkahwin, nak jadi contoh, memang tak akan kita mampu jawab sempurna. Jadi, apakah kita tidak boleh berkahwin sebelum sempurna?
Tidak. Saya tidak kata demikian. Memang tidak akan ada manusia yang sempurna.
Tetapi setahu saya, ada manusia yang berusaha ke arah kesempurnaan itu.
Sebab itu, persoalan yang saya timbulkan adalah, apakah kita telah berusaha untuk bersedia?
Semasa bujang kita mula jaga kekemasan, semasa bujang kita sudah usaha menyelesaikan hal Bangun Subuh, semasa bujang kita usaha memperkuatkan hubungan dengan Allah, semasa bujang kita usaha biar diri cinta dengan Al-Quran dan kebaikan, semasa bujang kita sudah usaha meninggalkan dosa-dosa dan memperkemaskan banyak amalan.
Apakah kita telah berusaha membiasakan diri kita untuk menjadi contoh?
Penutup: Saya percaya bahawa rumah tangga yang terbaik, adalah yang Allah redha
Saya percaya bahawa, rumah tangga yang terbaik adalah yang mendapat keredhaan Allah SWT. Dan saya pula percaya bahawa manusia tak akan mampu menjadi baik tanpa usaha. Sebab itu saya kira, hendak membina rumah tangga yang baik, maka manusia perlu berusaha untuk bersedia.
“Ala bro, lepas kahwin nanti baru fikir lah”
Ya. Mungkin boleh. Tetapi bagaimana agaknya kalau terlewat? Baru hendak berubah, anak dan isteri pula telah pekat dengan amal kita sebelum berubah. Bagaimana?
Mengapa bila dikurniakan masa ketika bujang, tidak kita gunakan?
“ala, benda ni benda dah kahwin la bro. Pelajar-pelajar kena fikir belajar aja”
Oho. Maaf. Guru saya kata, hal perkahwinan kena fikir semasa dari tingkatan satu lagi. Ia menjana kematangan. Bukan fikir nak kahwin dengan siapa. Tetapi fikir nak hidup macam mana lepas kahwin nanti.
Maka, apa kata kita jangan lewat-lewatkan usaha kita? Mengapa tidak dari sekarang?
Saya teringat kata-kata seorang ulama’:
“Ada beza orang yang beriman di awal Islam, dengan orang yang beriman selepas Fathu Makkah.”
Fikir-fikirkan.
“Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.” Surah Toha ayat 132




by : Hilal Asyraf 

Category: | 0 Comments


Tarikh syahid: 22 Mac 2004
1)      Bumi Palestin adalah milik umat Islam yang secara paksa telah dirampas oleh zionis Israel dan hanya boleh direbut kembali dengan kekuatan. Ia adalah tanah wakaf yang tidak sama sekali boleh diserah kan walaupun seinci. Untuk itu umat Islam harus bersedia melakukan segala-galanya demi menebus kembali tanah suci ini.
2)      Jihad di Palestin adalah hak asasi rakyat Palestin. Ia juga WAJIB bagi seluruh umat Islam samada lelaki atau perempuan untuk memerangi ketidakadilan serta terorisme yang dilakukan oleh musuh-musuh Allah SWT. Rakyat Palestin menolak untuk dipisahkan dari masyarakat Arab dan umat Islam seluruh dunia. 
3)      Rakyat Palestin yang sedang berjuang menentang penjajah zionis Israel sewajarnya mendapat sokongan dari pemimpin serta umat Islam seluruhnya. Umat Islam Palestin amat memerlukan bantuan ekonomi setelah bertahun-tahun menghadapi tekanan zionis Israel yang menghancurkan mata pencarian dan kemakmuran bumi Palestin. Rakyat Palestin juga memerlukan sokongan ketenteraan, perubatan, diplomatic dan segala sokongn untuk membantu jihad mereka. 
4)      Menyeru agar jangan sama sekali membina hubungan baik dengan zionis Israel dan menutup kedutaan, konsulat atau perwakilan dagangan zionis Israel di mana pun ia berada. Kami mendesak agar umat Islam aktif memboikot dan menghentikan sebarang hubungan dagang dengan rejim zionis yang kejam dan zalim ini. 
5)      Umat Islam di Palestin memerlukan apa jua bentuk bantuan untuk menamatkan sikap serta permusuhan yang dilakukan di bumi Palestin oleh zionis Israel . Waktunya akan datang seperti yang Allah janjikan dan bersabarlah dengan janji-janji Allah SWT itu. 
6)      Masjid Al-Aqsa perlu diselamatkan oleh seluruh umat Islam daripada rancangan penghancurannya oleh zionis Israel .
7)      Meminta kepada umat Islam supaya membantu rakyat Iraq mengusir penjajah Amerika dari tanahnya. Apa yang dilakukan oleh rakyat Iraq adalah sama dengan kami yang sedang membebaskan Palestin.

Inilah Syeikh Ahmad Yassin seorang pejuang dan pemimpin, walaupun cacat dan bergerak di atas kerusi roda
                 telah memenuhi cita-cita perjuangannya dengan harga yang termahal.
Kata-kata penyair terrenal, Soleh Asymawi yang ditujukan lepada beliau:

“Kau akan tetap menjadi bintang yang bergemerlapan di galaksi jihad kami….
Wahai lumpuh yang telah menggentarkan musuh!”

“Barat mendesak kami menghentikan penentangan. Mereka tidak menyuruh penceroboh-pencerob oh itu meninggalkan tanahair kami. Sebaliknya, menyuruh kami menyerah sahaja dan menyokong penjajahan. Pembunuhan dan pembuangan orang Palestin bukanlah keamanan yang sebenarnya.”
                                                                                                          -Syeikh Ahmad Yassin
Seorang syair moden perihal diri Syeikh Ahmad Yasin:
Kerusi rodanya yang hanya mampu bergerak di ruang yang terbatas,
Telah membuka di hadapanmu ufuk  dan zaman yang luas
Ia (kerusi roda) telah mengajar (manusia) erti perlawanan dan bukannya
Seperti kerusi-kerusi lain (pemimpin Arab) yang lari ketakutan
            Dia (Syeikh Ahmad Yassin) menikmati kelazatan sebuah kematian dan kebenarannya
            Dalam perjuangan menjadi contoh dan ingatan…

Bismillahirrahmanirrahim..
pejam celik, pejam celik..dah berminggu2 kami tidak 'update' di blog ini rupanya..

insyaAllah buat masa terdekat ini, kami akan berkongsi tentang beberapa perkara di blog ini yang kami terima.

semoga dapat kita ambil iktibar dan pengajaran dari setiap perkongsian yang akan diberikan..
wallahua'lam..
wassalamu'alaikum wbt

Category: | 0 Comments

Assalamualaikum kepada seluruh ikhwah dan akhawat yang amat ana kasihi...

countdown 3 days... Mukhayyam Intensif Siswa-Siswi Islah  
(MISI 2010)

butiran program:


Tempat :  
Sek Hira' Sek 27, Shah Alam

Masa :   
5-20 Jun 2010 , dan Jaulah ke Singapura (optional untuk peserta)

Tempoh :  
14 hari tidak termasuk jaulah

Yuran peserta :  
RM 60 shj...

Category: | 0 Comments



Lifeline 4 Gaza | Break The Siege

Lifeline 4 Gaza, atau Talian Hayat Untuk Gaza adalah satu usaha kerjasama di antara NGO-NGO di Malaysia untuk menyertai kempen antarabangsa bagi menembusi kepungan Israel terhadap Gaza. Lifeline 4 Gaza akan bergerak bersama Free Gaza Movement yang berpangkalan di Cyprus, IHH di Turki,MERC dan Kispa di Indonesia dan NGO-NGO lain dari USA, Greece, Perancis, Sweeden, Jerman, Itali, Venezuela dan lain-lain.

Konvoi tersebut dijangka akan berlepas dari Istanbul pada 15 Mei 2010, disertai 20 kapal dan bot kargo. Konvoi kemanusiaan terbesar di dunia ini akan membawa bantuan asas keperluan seperti bahan pembinaan hospital, bahan perubatan, peralatan sekolah dan bahan-bahan makanan. Mereka juga akan diiringi oleh tokoh-tokoh politik dan tokoh-tokoh kemanusiaan sedunia yang prihatin terhadap krisis kemanusiaan di Gaza.


 

Kepungan

Rejim Zionis Israel telah membina Tembok Kematian di Gaza dan Tebing Barat, yang telah menjadikan Gaza sebagai penjara terbesar di dunia. Tembok yang setinggi 8-12 meter dan sepanjang 850 km itu menjadi senjata utama Rejim Zionis untuk “membunuh” penduduk Gaza serta mencengkam mereka secara perlahan-lahan. Tembok itu telah digunakan untuk menghalang kemasukan bahan-bahan keperluan asas kehidupan termasuk makanan, minyak, bahan perubatan dan lain-lain. Gaza tidak hanya menjadi penjara terbesar tetapi hak untuk hidup rakyat Gaza juga telah dinafikan. Zionis ganas ini telah menggunakan kekuatan lobi mereka untuk menyekat dan melaksanakan embargo ke atas Gaza dengan dokongan Amerika Syarikat, Britain dan kuasa-kuasa besar dunia.
Tidak cukup dengan embargo dan Tembok Kematian, pihak Zionis juga telah menyerang Gaza pada 27 Disember 2008 selama 23 hari. Serangan yang amat brutal itu telah menggunakan senjata-senjata terlarang seperti bom fosforus, peluru uranium dan lain-lain. Mereka telah menggugurkan lebih daripada 1.5 juta kilogram bom dari semua arah iaitu daratan, lautan dan udara.

Hampir keseluruhan infrastruktur utama bandar Gaza hancur. Banyak bangunan-bangunan penting seperti pusat pentadbiran kerajaan, hospital, universiti, masjid, gereja, sekolah, janakuasa elektrik, bekalan air bersih dan lain-lain telah hancur akibat serangan rejim Zionis tersebut yang jelas telah mensasarkan keperluan orang awam.

Kapal kargo, Gazze yang baru dibeli oleh IHH dengan harga USD 850,000 dan berkapasiti 3150 tan.
 
Misi

Kini, IHH dengan sokongan penuh kerajaan Turki dan NGO-NGO antarabangsa dari lebih 17 buah negara lain telah memulakan usaha untuk melaksanakan konvoi talian hayat Gaza yang ke-4 iaitu Lifeline4Gaza selepas kejayaan misi ke-3 konvoi Viva Palestina. Ia merupakan satu usaha besar-besaran yang akan merentasi Laut Mediterranean bermula dari Istanbul, Cyprus dan akhirnya terus ke Gaza mengikut jalan laut. Konvoi ini akan membawa lebih daripada 20 buah kapal dan bot.

Kempen ini akan diketuai oleh Perdana Menteri Turki sendiri, Recep Tayyip Erdogan. Bantuan tersebut akan dibawa terus ke Gaza dengan menggunakan hubungan diplomatik kerajaan Turki yang memang mempunyai Perjanjian Keselamatan dengan rejim Israel semenjak peperangan dunia yang ke-2 lagi. Mengikut butiran perjanjian tersebut, Israel tidak boleh mengganggu kapal-kapal daripada Turki.

Konvoi ini amat penting kerana sekiranya ia berjaya maka kapal-kapal tersebut akan digunakan untuk menghantar semua barangan keperluan Gaza dari semasa ke semasa. Ini bermakna sekatan embargo Israel ke atas Gaza akan terangkat walaupun Tembok Kematian Israel masih berdiri utuh.

Lifeline 4 Gaza mensasarkan untuk mengutip RM 10 juta bagi membiayai pembelian kapal,kargo, dan barang keperluan yang akan disumbangkan kepada mangsa-mangsa keganasan Israel di Gaza.

Keratan akhbar Sinar Harian 14 April 2010 sewaktu majlis pelancaran Lifeline 4 Gaza.

Apa Tindakan Kita

1.  Hulurkan sumbangan. Bantuan kewangan dan segala bentuk derma merupakan keutamaan ketika ini.

2.  Sebarkan maklumat mengenai misi ini kepada keluarga dan rakan-rakan di Malaysia. Dengan kemajuan teknologi hari ini, penyebaran maklumat menjadi perkara yang amat mudah.

Untuk mereka yang berada di Malaysia, sumbangan boleh disalurkan kepada mana-mana NGO yang bergabung di bawah Lifeline 4 Gaza, terutamanya kepada tabung PACE (JIM) di
Maybank 562209608847
Sila maklumkan kpd Dr Hafidzi melalui sms 0133685367 atau e-mail hafidzi.mohdnoor@gmail.com apabila sumbangan telah dimasukkan ke dalam bank ini.

Category: | 0 Comments

Majlis Makan Amal Talian Hayat Gaza Palestin

Pada 30 April 2010 bertempat di Hotel Primula, Kuala Terengganu suatu program makan amal telah dianjurkan oleh Haluan Palestin Negeri Terengganu. Ana bersama-sama 9 orang ikhwah lain telah secara langsung terlibat dengan program ini bagi mewakili Aqsa Syarif(AS). Wakil dari AS Kuala Terengganu diketuai oleh akh Masrul Ariffin dan akh Wey yang juga merangkap S/U dan pen. S/U. Selain mereka adalah akh izhar(pejuang HAMAS), akh izzat, akh Nik Suhaimi(syeikh UIA yang sedang praktikal), pakcik Asmadi bersama 2 anaknya dan pakcik Syurga(x ingat nama).
Beberapa perkara penting yang ana rasakan penting akan cuba ana kongsikan pada kali ini. Antaranya adalah makanan yang kami makan tidak mampu dihabiskan sepenuhnya dengan kepala ikan siakap yang masih tidak dijamah disebabkan mungkin menu-menu lain yang banyak. Ana bukan berniat untuk bermegah kerana dapat hadir mewakili AS ke hotel ‘berbintang’ di Terengganu ini namun lebih kepada muhasabah kepada diri sendiri.
Tatkala menjamu selera yang jarang-jarang boleh didapati ini, ana dan hadirin turut ‘dijamu’ dengan ucapan dari orang-orang kuat Haluan. Namun, yang paling menarik adalah sesi perkongsian pengalaman oleh Brother Noorazman Mohd Shamsuddin yang juga adalah pengerusi Sekretariat Haluan Palestin Malaysia. Beliau membuat beberapa pendedahan. Antaranya adalah krisis makanan yang hebat di Gaza ini telah menyebabkan pada waktu ini mereka menanam suatu jenis rumput untuk dijadikan makanan. Suatu perkara yang terus menyentap hadirin pada malam itu. Kemudian dia menunjukkan tayangan video konvoi Viva Palestina yang mana telah melalui berbagai cabaran sepanjang perjalanan untuk menyalurkan sumbangan penduduk dunia kepada Gaza.
Bila melihat sambutan dan kemeriahan sepanjang perjalanan itu, ana terasa seakan berada disana memakai mafla palestin dan membawa bendera palestin. Walaubagaimanapun ia bukanlah seindah yang disangka. Bro Noorazman menceritakan detik-detik cemas sewaktu mereka dikepung oleh 20000 polis Mesir yang bersenjata. Pada waktu itu semua jalan masuk ke kawasan itu telah ditutup sehinggakan embassy Malaysia pun tidak dibenarkan masuk melihat pelajar Malaysia yang tinggal di dalam kawasan itu. Sekiranya berlaku pertumpahan darah, pasti mereka akan berkubur disana. Beliau sempat menghantar SMS kepada isterinya sebelum polis Mesir melepaskan batu2 ke arah mereka. Sebelum itu, macam2 ragam dapat dilihat dikala terkepung umpama penduduk Gaza. Ada yang mengalami stress yang amat sangat dan ada yang buat2 seperti bermimpi dan cuba tidur di dalam kereta.
Kemudian dia membawa cerita bagaimana hebatnya adik di Gaza yang berusia 17 yang mana telah ditembak di kepala lalu dibawa ambulans ke Cairo untuk dioperasi. Setelah terjaga dari koma, dia lantas menginginkan supaya dihantar semula ke Gaza kerana katanya ingin mati disana. Bayangkanlah betapa ‘peliknya’ semangat saudara kita disana. Mereka ada peluang untuk duduk ‘selesa’ dengan keluar dari Gaza namun mereka sama sekali tidak pernah terfikir untuk keluar dari bumi Gaza walaupun maut didepan mata mereka pada setiap saat. Sangat hebat kebergantungan mereka kepada Allah merupakan tonik utama mereka ini. Dalam keadaan logik akal, sepatutnya mereka telah lama meninggalkan bumi Gaza dalam apa cara sekalipun.
Setelah itu, Bro Noorazman menceritakan kedasyatan penderaan yang dilakukan zionis laknatullah terhadap pejuang dan penduduk Palestin disana. Setiap inci tubuh badan mereka dijamah dengan seksaan yang maha dasyat. Namun yang paling menakjubkan mereka cekal dan TIDAK PERNAH MERUNGUT dengan situasi mereka disana. Sehinggakan apabila dicabut helaian rambut dengan kulit kepala sekali, tapi mereka boleh berkata, “Alhamdulillah. Pada masa itu ana menyibukkan diri dengan membaca Al-Quran dan tidak merasa apa2..”.
Terdapat banyak lagi cerita-cerita menarik yang sama sekali amat menyentuh hati pada malam itu. Sebelum mengakhiri perkongsian ini ana perlu mengingatkan kita semua bahawa Zionis telah merancang untuk MENGEBOM terowong bawah tanah Masjidil Aqsa yang telah mereka bina pada bulan MEI ini. Justeru amatlah sedihnya sekiranya perkara ini benar-benar berlaku. Bro Noorazman mengharapkan ‘perhatian’ dari masyarakat Malaysia umumnya dan khususnya kepada NGO-NGO termasuk Aqsa Syarif untuk sama-sama memperhebat kutipan derma kerana 10/11 Mei ini pasukan ketiga konvoi Viva Palestina akan ‘BREAK THE SIEGE’ melalui jalan laut dengan bantuan TURKI. Ini merupakan sejarah dunia sekiranya menjadi kenyataan. Sama2lah kita doakan ikh/akhawat. 
Bro Noorazman turut mengharapkan kita untuk sama-sama turun ke Stadium Melawati 8hb ini bagi perhimpunan terbesar Lifeline 4 Gaza yang melibatkan beberapa NGO dan semestinya KARISMA amat diharap dapat bersama-sama seperti seruan akh presiden AO. Begitulah sedikit perkongsian dari wakil AS Kuala Terengganu.
Wallahua’lam

Mohd Ikhsan Khalid
Wakil AS Kuala Terengganu
Karisma K-Terenganu Utara
p/s: AS = Aqsa Syarif bukan Amerika Syarikat..huhuhu
 “Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik..” (Al-Ma’idah:82)

Category: | 6 Comments

Ikhwah wa akhawat fillah,
Renungi mutiara-mutiara berharga di bawah ini...
Semoga ianya dapat menggilap permata semangat yang pudar, agar ia kembali bersinar,insyaALLAH.. .

Di dalam kita melaksanakan amal dakwah kepada Allah, kita berhadapan dengan bermacam-macam ujian. Jelasnya, Allah menguji kita dan melihat tahap keikhlasan, pengorbanan dan kepekaan kita untuk membuktikan cinta kita kepadaNya. Ikhwah dan akhawat, kita melalui berbagai liku dakwah, berhadapan dengan berbagai masalah, ada yang secara individu dan ada yang secara berjama'ie. Bagaimana kita bereaksi atau bertindak, pada umumnya ada 2 aspek yang boleh kita lihat:

1. Seperti terjadinya di Perang Uhud, walaupun tentera Muslimin telah 'kalah' tetapi pada hakikatnya menang, kerana mereka telah mengetahui dan menyedari kelemahan mereka i.e. ketidak-patuhan terhadap arahan Rasulullah untuk tidak turun dari bukit dan cinta mereka kepada dunia sehingga turun untuk merebut ghanimah  ATAU
2. Seorang da'ie itu membuat perancangan, perencanaan, bertanya dan berbincang dan membuat berbagai andaian apa yang akan berlaku, sehingga semasa dia bertapak di mana saja, dia akan meminamakan kesalahan
 
Jadi bagi kita pula, yang mana satu? Nak buat kesilapan, dan kemudian belajar daripadanya atau berwaspada, membuat andaian dan mengambil segala precaution supaya tidak akan melambatkan pergerakan kereta dakwah. Walaupun begitu, dengan mengambil segala usaha untuk tidak berbuat kesalahan, kadang kala kita diuji. Itu kehendak Allah untuk memperkuatkan diri kita.
 
Jelasnya, ujian Allah itu merupakan sunnah yang harus dilalui oleh setiap da'ie. Ujian ini akan meneguhkan orang yang ikhlas dan akan melucutkan orang yang tidak mampu. Semoga Allah membantu kita untuk jadi orang yanglebih 'matured' di dalam persada yang penuh dengan duri tetapi ada cahaya pada penghujung jalanNya. 

Pesanan HAB di dalam 10 wasiat yang beliau telah tinggalkan, "Kurangkan bergurau senda, sesungguhnya umat yang berjihad tidak mengenali kecuali keseriusan". Berhijrahlah kita bersama dengan pesanannya.



- ukhti Hana Insyirah- 

Category: | 2 Comments

Oleh: Al-Ustaz Mustafa Masyhur

Assalamualaikum wa rahmatullah!



Artikel ini berdasarkan huraian Ustaz Mustafa Masyhur dalam bukunya, "القدوة على طريق الدعوة" Al-Qudwah Ala Toriq Ad-Dakwah (Tauladan Sepanjang Jalan Dakwah). Perkara-perkara yang dihuraikan hendaklah diambil sebagai panduan atau rujukan dan menggabungkan diri dalam sesebuah jemaah untuk menunaikan tanggungjawab dakwah yang diwajibkan ke atasnya. Huraian ini tidak bertujuan untuk menimbulkan perbezaan dan persengketaan antara jemaah sedia ada, tetapi sebaliknya mengharapkan agar jemaah-jemaah tersebut kembali kepada hakikat kesatuan ummah sejagat berdasarkan prinsip-prinsip haraki Islam dan dengan izin Allah S.W.T.


Dua puluh (20) perkara asasi yang perlu ada pada sebuah Jemaah Islam Contoh ialah :

1) Tujuan menegakkan jemaah ini ialah kerana Allah dan memiliki segala ciri-ciri Rabbani, serta mencari keredhaanNya (mardatillah). Jemaah ini jauh dari matlamat keduniaan seperti mencari kemasyhuran , kedudukan atau suka menonjolkan diri. Jemaah ini hendaklah juga jauh dari dorongan-dorongan jahilliyah seperti taa'sub kelompok, batas-batas geografi atau kenegaraan dan seumpamanya. Perkara seperti ini akan merosakkan amalnya dan membawa jemaah ke arah kegagalan.

2) Jemaah Islam ini hendaklah menjaga dirinya supaya ia tidak tunduk di bawah kehendak orang tertentu, kerajaan ataupun apa sahaja, sekiranya berlaku ia memberi kesan buruk kepada gerakan dakwahnya atau mempengaruhi mesej dakwah.

3) Jemaah ini dibangunkan atas tujuan yang menyeluruh dan bersepadu, iaitu menegakkan agama Allah di bumi ini dengan mendirikan Negara Islam Sedunia. Manhajnya adalah berdasarkan apa yang diperlukan untuk mencapai tujuan ini, selagi menepati syariah Islam. Jemaah tidak sepatutnya mengongkong dirinya dalam perkara-perkara juz'i dalam Islam.

4) Kefahaman jemaah ini terhadap Islam hendaklah menyeluruh (syumul) dan pendekatan dakwah yang digunakan juga adalah bersifat menyeluruh (syamil). Kefahaman Islam dan mesej dakwah yang dibawa mesti bertepatan dengan al-Quran dan as-Sunnah Rasulullah saw, dan bersih dari sebarang kesamaran, penyelewengan dan perbezaan pendapat yang boleh memecah-belahkan orang-orang Islam.

5) Jemaah ini mestilah bersifat universal (alamiyyah) dan tidak tertakluk pada batas-batas negeri dan suku bangsa, kerana dakwah Islam adalah ditujukan kepada sekalian alam. Jemaah ini juga menekankan bahawa orang-orang Islam semuanya adalah umat yang satu (wahdatul ummah) dan dengan sifat alamiyyahnya, jemaah ini berjuang untuk menegakkan Negara Islam Alamiyyah, bukan Negara Islam Geografi. (rujuk karangan Ust Said Hawa, 'Durus fil Amal al-Islami') .

6) Jemaah ini mestilah mengikut methodologi dan cara (manhaj dan uslub) yang digunakan oleh Rasulullah saw ketika baginda mendirikan negara Islam; dengan mementingkan perkara-perkara seperti menanam Aqidah Tauhid dan Iman dalam hati, mengutamakan kekuatan persaudaraan dan penyatuan umat Islam, mengambil kira prinsip jihad dan ketenteraan, membina keluarga Islam dan tarbiyyah anak-anak dan lain-lain lagi. Perlu ditegaskan bahawa penggunaan kekuatan senjata sebelum aqidah dan penyatuan umat Islam akan membawa kepada perpecahan umat Islam dan kemudaratan yang besar.

7) Jemaah ini hendaklah menjaga amalannya dari mencari propaganda dan menunjuk-nunjuk kerana ini boleh menghilangkan sifat keikhlasan dan ganjaran pahala. Anggota jemaah ini hendaklah mengutamakan dirinya untuk terus berdakwah dan bekerja untuk Islam dan menghindarkan dirinya dari sebarang sifat tercela (mazmumah), perdebatan, prasangka, menabur fitnah dan 'tajassus' dan apa sahaja yang boleh menimbulkan perselisihan dan kurang daya prodaktif dalam dakwah. (surah al-Hujurat: 11-13)

8) Jemaah ini bekerja mengikut perancangan yang sempurna dan realistik. Segala tindakan yang diambil bukanlah secara spontan ataupun hanya reaksi yang tidak dikaji terlebih dahulu kerana ini boleh mengakibatkan risiko atau natijah yang buruk. Membangunkan individu, keluarga dan masyarakat dalam semua lapisan umat Islam dilakukan atas dasar taqwa sebagai persediaan sebelum mendirikan Negara Islam.

9) Jemaah ini mengambil berat tentang semua aspek pendidikan dan pekerjaan yang dikehendaki; iaitu aspek rohani, jasmani, mental dan ilmu. Dari segi politik jemaah ini hendaklah melahirkan suara Islam dengan jalan kesedaran politik, dan tidak semestinya dengan cara berparti atau jauh sekali dari mengamalkan putar-belit ataupun kemelut parti sekular. Dari segi komunikasi, jemaah ini mementingkan peranan sebaran am, akhbar, penulisan serta apa jua cara yang dapat menyebarkan dakwah serta menolak kekeliruan yang boleh timbul dari fitnah musuh atau sesiapa sahaja.

10) Jemaah contoh ini jangan sekali-kali meninggi diri serta sentiasa membuat perbandingan dengan jemaah-jemaah Islam yang lain dan tidak menganggap jemaahnya sahaja yang sempurna dan benar dan jemaah lain adalah sesat. Jangan memperkecil-kecilkan usaha jemaah-jemaah lain tetapi sebaliknya carilah ruang-ruang untuk bekerjasama. Hendaklah ia sentiasa berusaha ke arah penyatuan (wahdatul ummah) dengan jemaah-jemaah lain dan sentiasa bersabar, berlapang dada dan menerima segala kritikan dengan baik. Dengan izin Allah swt, kita semua mengharapkan akan tiba masanya, hilanglah semua nama-nama, gelaran dan perbezaan teknikal antara semua jemaah yang ada sekarang dan digantikan dengan satu Jemaah Muslimun.

11) Jemaah ini hendaklah bercampur-gaul dengan semua orang dari segenap lapisan tidak kira bangsa, warna kulit, bahasa ataupun pangkat, demi mematuhi konsep alamiyyah yang disarankan. Mereka adalah ladang dakwah dan tapak semaian yang perlu disediakan terlebih dahulu sebelum mendirikan Negara Islam.

12) Jemaah ini mempunyai peraturan yang kemas serta organisasi (tanzim) yang tersusun, yang menentukan tujuan kerja dan cara-cara berdakwah. Anggota jemaah adalah terdiri daripada mereka yang telah dididik (ditarbiyyah) sepenuhnya dan membentuk sof-sof yang terpilih dan tidak dicampuri anasir-anasir yang tidak sihat, demi menjamin penerusan serta mesej dakwah yang dibawanya.

13) Konsep syura hendaklah diamalkan dalam setiap peringkat dan menggalakkan ahlinya supaya terus berbincang dan mengeluarkan pendapat serta kritikan yang membina kepada mereka yang memegang tanggungjawab tertentu atau pimpinan. Konsep ketaatan dan kepatuhan dalam perkara yang bukan maksiat sentiasa ditekankan.

14) Jemaah ini sentiasa bersifat sederhana dan tidak melampau, samada dalam aspek pemikiran seperti isu kafir-mengkafir dan isu perbezaan jemaah-jemaah Islam; atau dalam aspek gerakan seperti menggunakan kekerasan dalam tindakan dan perkataan, kecaman, dan fitnah sewenang-wenangnya. Dari segi aqidah dan ibadah, jemaah ini tidak bertolak-ansur langsung.

15) Sentiasa memeriksa tanggungjawab serta mengikuti isu-isu semasa yang dihadapi oleh umat Islam seluruh dunia dan sama-sama memberi sumbangan sekadar mampu. Sentiasa menyeru orang-orang Islam agar sama-sama memberi sumbangan bagi tujuan menghidupkan semangat perpaduan serta sama-sama merasa tanggungjawab terhadap apa yang berlaku pada umat Islam keseluruhannya.

16) Sentiasa berwaspada dengan tipu-helah musuh Islam dan sentiasa bersabar, melakukan pengorbanan dan banyak bermunajat kepada Allah apabila menanggung penderitaan dan kecaman semasa berdakwah.

17) Jemaah ini sentiasa menekankan kepentingan dakwah dan penegakan Negara Islam Alamiyyah kepada anggotanya sebagai sumbangan kepada generasi akan datang. Ganjaran daripada Allah akan datang kepada mereka yang beriman dan bersabar.

18) Jemaah ini sentiasa memikirkan langkah-langkah masa depan serta bergerak (muharrik) untuk menyediakan kemahiran dalam berbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi, perundangan, dakwah, kesihatan, ketenteraan, sosial dan lain-lain lagi.

19) Jemaah ini hendaklah mengambil kesempatan dalam setiap penerokaan baru samada dalam bidang pemikiran, pengalaman-pengalaman dakwah, ataupun kajian sains selagi ia tidak menyalahi prinsip Islam.

20) Jemaah ini sentiasa mengingatkan anggotanya bahawa keberkesanan dakwah dan natijah perjuangan tidak semestinya terlaksana semasa hayat mereka, tapi sebaliknya adalah urusan Allah swt dan dengan izinNya sahaja. Masa perjuangan yang diambil adalah diukur dengan 'umur dakwah' dan bukan umur individu anggota tersebut. Kejayaan akan menjelma bagi mereka yang beriman seperti janji Allah dalam surah an-Nur ayat 55.

Wallahu A'lam bis Sowaab..

Category: | 0 Comments