Subscribe RSS




Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah.. 27-28 Ogos 2009 yang lalu, K-Tganu Utara dengan kerjasama ikhwah/akhawat UK/Rusia yang balik bercuti telah mengadakan satu program ISK (Ini Sejarah Kita) bertempat di al-Amin Kuala Terengganu, Bukit Berangan. Satu kejutan buat kami dipihak penganjur apabila adik-adik yang hadir bagi program ini termasuk penyelaras hampir mencecah 100 orang! SubhanAllah! Adik-adik ini datang dari pelbagai IPT iaitu Universiti Darul Iman M’sia, Universiti M’sia Terengganu, UITM Chendering dan jua Institut Perguruan.

Jumlah yang hadir bukan hanya mereka yang terlibat dengan SAMPLE di IPT bahkan kebanyakkan nya adalah mereka yang tidak telibat lngsung dengan SAMPLE. Program dimulakan dengan pndaftaran ikhwah/akhawat (Khamis 27/08/09 – petang). Tempat untuk menginap bagi akhawat (asalnya 2 tmpat – library dan bilik mesyuarat) terpaksa dibuka lagi 1 tempat (kelas) oleh muallim Redhuan (pengarah projek a.k.a JK TPSM K-Tganu Utara) berikutan jumlah akhawat yang sangat ramai. Masa yang ada sebelum iftar digunakan sepenuhnya oleh para AJK dan fasilitator ikhwh/akhwt dengan mengadakan TAARUF. Seterusnya Iftar ringan (kurma+kuih+air), bersolat jemaah dan Iftar disambung kembali (“,). Sementara menunggu waktu isyak para akhwat mengadakan tadarus satu juzuk bagi setiap kumpulan dan seusai terawih berjemaah, slot MUQADDIMAH ISK bermula yang mana dibentangkan oleh Akhi Shahridwan. Setiap peserta jua disediakan 1 buku berkaitan ISK. Slot pertama ditangguhkan kira-kira 11.00 mlm. Sebelum melelapkan mata, pihak ikhwah menutup mlm mreka dengan bertadarus mengikut kumpulan.

Pagi Jumaat 7 Ramadhan yang penuh barakah dimulakan dengan qiammullail fardhiyyah dan witir jamaie, jua disusuli sahur bersama-sama, solat Subuh berjemaah dan tazkirah Subuh yang disampaikan oleh Pak Cik Sabri (YDP K.Trgganu). Wlaupun juadah untuk bersahur mengalami sedikit masalah, semunya berjaya diatasi dengan jayanya antara kerjasama Makcik Masita, Makcik Khadijah serta bantuan akhwat2.Hingga ada yang mengupas telur utk sahur sambil mendengar slot! (“,) makruk!

Slot pagi diteruskan lagi dengan sambungan slot MUQADDIMAH dan seterusnya slot kedua, SEERAH oleh akhi Azmi. Sewaktu solat Jumaat waktu para peserta akhawat dipenuhkan dengan slot oleh akhwat UK/Rusia, antaranya game Teka Kenalan, solat berjemaah dan perkongsian akhawat. Slot 3 INI PERANAN KITA kemudiannya dibentangkan oleh Akhi Aslam termasuk sedikit tayangan video yang berjaya membangkitkan kembali semangat para peserta dalam mempelajari sejarah Islam ini hingga akhirnya.program selama 2hari 1 mlm ini berakhir kira-kira pukul 11.00 mlm. Walaubagaimana pun, berlaku sedikit kesalah fahaman di bahagian pengangkutan hingga menyebabkan peserta terpaksa menunggu lama untuk pulang ke IPT masing2. Alhamdulillah semua berjaya diselesaikan dan pulang ke IPT masing2 sebelum jam menginjak ke pukul 12.00mlm..

Category: | 0 Comments