BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
;
;

.::ahlan wasahlan ikhwah/akhwat semua::.

Sunday, November 8, 2009

mElakAr CinTa FirDAUsi

......Dalam berjuang, pertama sekali marilah kita ikhlaskan diri di hati, ikhlas kerana Allah. Ingatlah, niat yang bercampur baur akan merosakkan amalan, mencemarkan hati, melemahkan pergerakan dan melenyapkan ganjaran. Al-Banna pernah berkata : Apa yang dimaksudkan dengan ikhlas ialah setiap kata-kata, amalan dan jihad saudara Muslim demi Allah, untuk mencari keredhaanNya dan ganjaran baik dariNya tanpa memandang kepada sebarang imbuhan, kemegahan mahupun gelaran. Ikhlas adalah amalan hanya kepada Allah. Menyucikannya dari segala tujuan keduniaan. Amalannya tidak berbau kegelojohan hawa nafsu, mencari keuntungan, jawatan dan pangkat, kemashyuran atau inginkan kedudukan dikalangan manusia serta mengharapkan pujian manusia.

Wahai para mujahideen pejuang agama Allah,

Marilah kita sama-sama periksa di segenap lipatan hati kita, apakah niat sebenar kita. apakah yang mendorong kita untuk sama-sama mendokong perjuangan ini. Jika ada lorong syaitan dan keduniaan maka cubalah menahan diri dari dikuasai oleh syaitan laknatullah dan ikhlaskan lah diri kepada Allah. Hakikatnya, hidup ini tidak akan dipimpin oleh kebenaran, tidak akan berkembang kebaikan, kalimah keadilan tidak akan dijulang, panji-panji kemuliaan dan kemenangan tidak akan berkibar kerana adanya mereka yang menggadaikan prinsip perjuangan, bekerja kerana menginginkan ganjaran keduniaan. Begitulah juga orang yang riak dalam bekerja serta mengharapkan orang melihat dan berbangga dengannya. Yakinlah, hak dan kebaikan akan beroleh kemenangan di tangan orang yang benar-benar ikhlas, yang akur kepada prinsip dan mampu mempengaruhi orang lain, bukan dia terpengaruh dan sentiasa berkorban bukannya mengambil kesempatan dan sentiasa berkorban bukannya mengambil kesempatan dan sentiasa menyumbang bukan yang menerima sumbangan.

Daripada Saidina Umar al-Khattab : Pada suatu hari Saidina Umar al-Khattab keluar ke Masjid Nabawi, lalu dia mendapati Muaz bin Jabal sedang duduk di sisi kubur Nabi dalam keadaan menangis. Saidina Umar bertanya : Apakah yang membuatkan kamu menangis? Aku mendengar Rasulullah bersabda : Sesungguhnya riak yang sedikit itu adalah syirik. Sesiapa yang memusuhi wali Allah sesungguhnya dia telah memerangi Allah secara terang-terangan. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang melakukan kebaikan, bertaqwa dan tidak dikenali. Apabila dia telah tiada, orang tidak merasai kehilangannya dan apabila dia tidak dipanggil, dia tidak dikenali. Hati-hati mereka adalah memberi petunjuk untuk mereka keluar dari debu-debu yang gelap pekat……

- novel melakar cinta firdausi (PTS LITERA UTAMA SDN. BHD) -

Hanya sebagai renungan bersama. Bagi yang belum pernah membaca, mungkin akan katakan ’tak habis2 novel cinta..’ em, apa yang mampu ana katakan ’jangan kerana muka, hati nya kita tak percayai’..mgkin tajuknya mcm novel ’mee cintan’ tpi isinya hanya kita dapat bila membaca dan menghayati..novel nie sebenarnya berkisahkan saudara-saudara seakidah kita di Palestin, digambarkan bagaimana situasi di kem2 pelarian, bagaimana perjuangan saudara kita di sana merangka rancangan demi menyelamatkan muslimin yang ditahan oleh Zionis laknatullah, bagaimana saudara seIslam kita di Malaysia menunjukkan rasa benci akan tindakan Zionis itu dengan mengadakan perhimpunan aman bagi menyuarakan suara Pembebasan Palestin, bagaimana anak2 Palestin sanggup menggadai nyawa demi kalimah SYAHID menjadi milik mereka dan bagaimana seorang mujahidah dari Malaysia snggup berkorban menjadi sukarelawan di Palestin sehingga membawa kepada penangkapannya kerana membantu Palestin..semoga dapat kita ambil iktibar dan pedoman..jazakallah

Wednesday, November 4, 2009

KEPENTINGAN HIDUP BERJEMAAH


firman Allah bermksud "Berpegang teguhlah pada tali Allah, janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah kamu akan nikmat yang dikurniakan Allah kpada kamu" - Ali Imran : 103

sabda Rasulullah SAW bermksud "Wajiblah kamu bersama-sama dengan jemaah dan berwaspadalah kamu terhadap perpecahan" - riwayat Al-Tirmizi

berkata Saidina Umar alKhattab r.a "Sesungguhnya tiada Islam melainkan dengan berjemaah, tiada jemaah melainkan dengan kepimpinan dan tiada kepimpinan melainkan dengan ketaatan" riwayat Ahmad
"Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala kpd manusia, samalah sperti serigala kpd kambing, ia akan makan kambing yg jauh terpencil dari kumpulannya, maka berhati-hatilah kamu dan hendaklah kamu sentiasa bersam-sama dengan jemaah dan org ramai"

Friday, October 30, 2009

Hati yang berbolak-balik...(perkongsian katibah SRIAAKT)

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka.

(Bukhari : no. 15, Muslim : no. 60, Tirmizi : no. 2548 Nasaie : no. 4901)



hadis di atas sudah cukup....
untuk apa yer??
seribu satu makna kepada mereka yakni terutamanya para naqibah merangkap da'ie untuk terus meghulurkan sedikit keringat dalam mendidik jiwa-jiwa yang kekosongan..

mengapa ya apabila ke program seperti katibah dan qiyammullail bertmabah tingi keazaman kita dalam dakwah..

namun sedihnya apabila pulang ke medan 'memancing' sebenar kita acapkali tewas dengan berbagai mehna, cabaran persekitaran atau waqi' kita..

astaghfirullahalazim...banyak-banyak la kita memohon ampun kepada ALLAH s.w.t..
semoga hari mendatang karisma(K-Jim kot...hehehe) akan mampu memberi lebih sumbangan dalam medan dakwah..

salam peperiksaan kepada ikhwah/akhowat sekalian
Rabbi Yassir Wala Tuassir....

secebis kata..wallahualam..



Tuesday, September 8, 2009

Ini Sejarah Kita - membuka lembaran baru




Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah.. 27-28 Ogos 2009 yang lalu, K-Tganu Utara dengan kerjasama ikhwah/akhawat UK/Rusia yang balik bercuti telah mengadakan satu program ISK (Ini Sejarah Kita) bertempat di al-Amin Kuala Terengganu, Bukit Berangan. Satu kejutan buat kami dipihak penganjur apabila adik-adik yang hadir bagi program ini termasuk penyelaras hampir mencecah 100 orang! SubhanAllah! Adik-adik ini datang dari pelbagai IPT iaitu Universiti Darul Iman M’sia, Universiti M’sia Terengganu, UITM Chendering dan jua Institut Perguruan.

Jumlah yang hadir bukan hanya mereka yang terlibat dengan SAMPLE di IPT bahkan kebanyakkan nya adalah mereka yang tidak telibat lngsung dengan SAMPLE. Program dimulakan dengan pndaftaran ikhwah/akhawat (Khamis 27/08/09 – petang). Tempat untuk menginap bagi akhawat (asalnya 2 tmpat – library dan bilik mesyuarat) terpaksa dibuka lagi 1 tempat (kelas) oleh muallim Redhuan (pengarah projek a.k.a JK TPSM K-Tganu Utara) berikutan jumlah akhawat yang sangat ramai. Masa yang ada sebelum iftar digunakan sepenuhnya oleh para AJK dan fasilitator ikhwh/akhwt dengan mengadakan TAARUF. Seterusnya Iftar ringan (kurma+kuih+air), bersolat jemaah dan Iftar disambung kembali (“,). Sementara menunggu waktu isyak para akhwat mengadakan tadarus satu juzuk bagi setiap kumpulan dan seusai terawih berjemaah, slot MUQADDIMAH ISK bermula yang mana dibentangkan oleh Akhi Shahridwan. Setiap peserta jua disediakan 1 buku berkaitan ISK. Slot pertama ditangguhkan kira-kira 11.00 mlm. Sebelum melelapkan mata, pihak ikhwah menutup mlm mreka dengan bertadarus mengikut kumpulan.

Pagi Jumaat 7 Ramadhan yang penuh barakah dimulakan dengan qiammullail fardhiyyah dan witir jamaie, jua disusuli sahur bersama-sama, solat Subuh berjemaah dan tazkirah Subuh yang disampaikan oleh Pak Cik Sabri (YDP K.Trgganu). Wlaupun juadah untuk bersahur mengalami sedikit masalah, semunya berjaya diatasi dengan jayanya antara kerjasama Makcik Masita, Makcik Khadijah serta bantuan akhwat2.Hingga ada yang mengupas telur utk sahur sambil mendengar slot! (“,) makruk!

Slot pagi diteruskan lagi dengan sambungan slot MUQADDIMAH dan seterusnya slot kedua, SEERAH oleh akhi Azmi. Sewaktu solat Jumaat waktu para peserta akhawat dipenuhkan dengan slot oleh akhwat UK/Rusia, antaranya game Teka Kenalan, solat berjemaah dan perkongsian akhawat. Slot 3 INI PERANAN KITA kemudiannya dibentangkan oleh Akhi Aslam termasuk sedikit tayangan video yang berjaya membangkitkan kembali semangat para peserta dalam mempelajari sejarah Islam ini hingga akhirnya.program selama 2hari 1 mlm ini berakhir kira-kira pukul 11.00 mlm. Walaubagaimana pun, berlaku sedikit kesalah fahaman di bahagian pengangkutan hingga menyebabkan peserta terpaksa menunggu lama untuk pulang ke IPT masing2. Alhamdulillah semua berjaya diselesaikan dan pulang ke IPT masing2 sebelum jam menginjak ke pukul 12.00mlm..

Friday, August 7, 2009

Jom Play Iman..StOp Wahan


Tuesday, August 4, 2009

sampel datang lagi....


>


Alhamdulillah..seperti yang kami war-warkan sebelum ini, suatu follow up akan dibuat bagi adik-adik yang tercicir semasa SAMPEL UMT/UDM seminggu selepas minggu orientasi dulu. Hasilnya selepas mendapat mandat dari Dr. Rohayah, alhmdulillah kami berjaya meneruskan GEMPUR besar-besaran(tak la besar mana pun). Hopefully, proses penerusan tarbiyah mereka seterusnya akan dipermudahkan ALLAH(ini misi lagi besar). Emm..Khusyuknya pak syeikh kita ni berkongsi nasihat dengan adik-adik walaupun terpaksa merempit jauh melepasi gergasi.

Halaqah bersama adik-adik yang cukup bercahaya dengan wajah riang mereka. Seusai sahaja maghrib berjemaah, kami mendapat kebenaran untuk berdiskusi dalam surau itu. Sesungguhnya tidak disangka-sangka memang sesuai keadaan surau itu bagi program kali ini. Bagi adik-adik medic ini mungkin mereka menganggap program ini biasa sahaja dan masa untuk mereka hilangkan ‘stress’ program akademik yang mereka lalui walaupun baru sebulan mengambil kursus perubatan di UDM. Biasalah, nak jadi yang terbaik mesti perlu berkorban banyak.



Riangnya adik-adik ini bila tiba waktu makan. Mungkin semua tidak sbar lagi nak sampai ke restoran yang dituju. Alhamdulillah Dr. Azim(abang Azim) turut akan menyertai kami di sana nanti.


Masing-masing sudah bersedia di bilik santapan. Namun kami terpaksa menunggu pak syeikh yang lambat disebabkan terpaksa keluar sebentar selepas majlis halaqah di surau berdekatan dengan restoran Sri Aman Seafood ini.

Sebelum makan, sedikit perkongsian daripada abang Azim yang baru sahaja bergraduasi sem lepas. Sekarang ini sedang HO(housemanship) kalo tidak silap. Input-input yang amat menarik bagi kami semua yang bukannya mengambil kursus perubatan.

Dalam pukul 11mlm mjlis selesai dengan berlakunya sedikit peristiwa yang agak melucukan. Hanya kami yang tahu. Moga menjadi kenangan semua AJK. Chayok, terutamanya untuk asyraf dan annas yang akan menjadi naqib bagi adik-adik ini.-perjuangan belum selesai 3.22(4/8/09)

Wednesday, July 29, 2009

SAMPEL 'moh raikan'


Perjalanan mencari DURIAN yang gUGUrrr..eheehehehe.....

Jauh tau perjalanan..tapi menarik apabila MEREMPIT untuk pulang sebelum maghrib. Berkorban untuk adik-adik yang bakal disambut keesokan harinya.

pengorbanan-pengorbanan!!

Sampai-sampai dalam pukul 4.00 petang kami terus takruf sebentar dan solat diimamkan oleh akhi Khairi. Alhamdulillah...rezeki lepas solat kot. Syoknya dapat makan durian ramai-ramai. Rambutan pun ada. Harap-harap lepas program ini tak ramai yang sakit tekak atau kena ‘batuk’..nauzubillahi min zalik.. Khabarnya ada ikhwah dari Rusia dan Amerika..masyaAllah.


Jazakallah muallim yang menjadi antara individu yang ‘busy’ kerana ditugaskan untuk mengangkut kami dari UDM dan UMT. Tidak ketinggalan Fath yang juga bertungkus lumus.Nampaknya tak sia-sia dapat ‘motor baru’.

Sesi terakhir program SAMPEL’09 iaitu sesi penggulung daripada AJK program. Kami terpaksa bergegas kerana hari sudah semakin gelap. Nyata masa amat mencemburui kami.walaupun sekejap namun impak yang besar diharapkan oleh kami(ikhwah) bagi sesi mendatang ini. Namun terdapat 5-6 orang yang tertinggal/terlepas peluang bagi SAMPEL ini. InsyaAllah program followup bagi mereka akan kami buat dalam masa terdekat.

Let’s continue our works…InsyaAllah

Al-Amr bi al-Ma’ruf Dan al-Nahy ‘An al-Munkar

“Demi Tuhan yang jiwaku berada dalam tanganNya,
hendaklah kamu menyuruh kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar,
atau nanti Allah akan menghantar azabnya ke atas kamu,
kemudian kamu berdoa kepadaNya dan Dia tidak memperkenankan lagi doa kamu”
(Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

Untuk itu seseorang yang melihat mungkar hendaklah berusaha mencegahnya dengan kadar kemampuannya.
Sabda Nabi s.a.w juga: Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemunkaran maka hendaklah dia ubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu maka dengan hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman.”

(Riwayat Muslim).