Subscribe RSS


Category: | 0 Comments


>


Alhamdulillah..seperti yang kami war-warkan sebelum ini, suatu follow up akan dibuat bagi adik-adik yang tercicir semasa SAMPEL UMT/UDM seminggu selepas minggu orientasi dulu. Hasilnya selepas mendapat mandat dari Dr. Rohayah, alhmdulillah kami berjaya meneruskan GEMPUR besar-besaran(tak la besar mana pun). Hopefully, proses penerusan tarbiyah mereka seterusnya akan dipermudahkan ALLAH(ini misi lagi besar). Emm..Khusyuknya pak syeikh kita ni berkongsi nasihat dengan adik-adik walaupun terpaksa merempit jauh melepasi gergasi.

Halaqah bersama adik-adik yang cukup bercahaya dengan wajah riang mereka. Seusai sahaja maghrib berjemaah, kami mendapat kebenaran untuk berdiskusi dalam surau itu. Sesungguhnya tidak disangka-sangka memang sesuai keadaan surau itu bagi program kali ini. Bagi adik-adik medic ini mungkin mereka menganggap program ini biasa sahaja dan masa untuk mereka hilangkan ‘stress’ program akademik yang mereka lalui walaupun baru sebulan mengambil kursus perubatan di UDM. Biasalah, nak jadi yang terbaik mesti perlu berkorban banyak.



Riangnya adik-adik ini bila tiba waktu makan. Mungkin semua tidak sbar lagi nak sampai ke restoran yang dituju. Alhamdulillah Dr. Azim(abang Azim) turut akan menyertai kami di sana nanti.


Masing-masing sudah bersedia di bilik santapan. Namun kami terpaksa menunggu pak syeikh yang lambat disebabkan terpaksa keluar sebentar selepas majlis halaqah di surau berdekatan dengan restoran Sri Aman Seafood ini.

Sebelum makan, sedikit perkongsian daripada abang Azim yang baru sahaja bergraduasi sem lepas. Sekarang ini sedang HO(housemanship) kalo tidak silap. Input-input yang amat menarik bagi kami semua yang bukannya mengambil kursus perubatan.

Dalam pukul 11mlm mjlis selesai dengan berlakunya sedikit peristiwa yang agak melucukan. Hanya kami yang tahu. Moga menjadi kenangan semua AJK. Chayok, terutamanya untuk asyraf dan annas yang akan menjadi naqib bagi adik-adik ini.-perjuangan belum selesai 3.22(4/8/09)

Category: | 0 Comments