......Dalam berjuang, pertama sekali marilah kita ikhlaskan diri di hati, ikhlas kerana Allah. Ingatlah, niat yang bercampur baur akan merosakkan amalan, mencemarkan hati, melemahkan pergerakan dan melenyapkan ganjaran. Al-Banna pernah berkata : Apa yang dimaksudkan dengan ikhlas ialah setiap kata-kata, amalan dan jihad saudara Muslim demi Allah, untuk mencari keredhaanNya dan ganjaran baik dariNya tanpa memandang kepada sebarang imbuhan, kemegahan mahupun gelaran. Ikhlas adalah amalan hanya kepada Allah. Menyucikannya dari segala tujuan keduniaan. Amalannya tidak berbau kegelojohan hawa nafsu, mencari keuntungan, jawatan dan pangkat, kemashyuran atau inginkan kedudukan dikalangan manusia serta mengharapkan pujian manusia.
Wahai para mujahideen pejuang agama Allah,
Marilah kita sama-sama periksa di segenap lipatan hati kita, apakah niat sebenar kita. apakah yang mendorong kita untuk sama-sama mendokong perjuangan ini. Jika ada lorong syaitan dan keduniaan maka cubalah menahan diri dari dikuasai oleh syaitan laknatullah dan ikhlaskan lah diri kepada Allah. Hakikatnya, hidup ini tidak akan dipimpin oleh kebenaran, tidak akan berkembang kebaikan, kalimah keadilan tidak akan dijulang, panji-panji kemuliaan dan kemenangan tidak akan berkibar kerana adanya mereka yang menggadaikan prinsip perjuangan, bekerja kerana menginginkan ganjaran keduniaan. Begitulah juga orang yang riak dalam bekerja serta mengharapkan orang melihat dan berbangga dengannya. Yakinlah, hak dan kebaikan akan beroleh kemenangan di tangan orang yang benar-benar ikhlas, yang akur kepada prinsip dan mampu mempengaruhi orang lain, bukan dia terpengaruh dan sentiasa berkorban bukannya mengambil kesempatan dan sentiasa berkorban bukannya mengambil kesempatan dan sentiasa menyumbang bukan yang menerima sumbangan.
Daripada Saidina Umar al-Khattab : Pada suatu hari Saidina Umar al-Khattab keluar ke Masjid Nabawi, lalu dia mendapati Muaz bin Jabal sedang duduk di sisi kubur Nabi dalam keadaan menangis. Saidina Umar bertanya : Apakah yang membuatkan kamu menangis? Aku mendengar Rasulullah bersabda : Sesungguhnya riak yang sedikit itu adalah syirik. Sesiapa yang memusuhi wali Allah sesungguhnya dia telah memerangi Allah secara terang-terangan. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang melakukan kebaikan, bertaqwa dan tidak dikenali. Apabila dia telah tiada, orang tidak merasai kehilangannya dan apabila dia tidak dipanggil, dia tidak dikenali. Hati-hati mereka adalah memberi petunjuk untuk mereka keluar dari debu-debu yang gelap pekat……
- novel melakar cinta firdausi (PTS LITERA UTAMA SDN. BHD) -
Hanya sebagai renungan bersama. Bagi yang belum pernah membaca, mungkin akan katakan ’tak habis2 novel cinta..’ em, apa yang mampu ana katakan ’jangan kerana muka, hati nya kita tak percayai’..mgkin tajuknya mcm novel ’mee cintan’ tpi isinya hanya kita dapat bila membaca dan menghayati..novel nie sebenarnya berkisahkan saudara-saudara seakidah kita di Palestin, digambarkan bagaimana situasi di kem2 pelarian, bagaimana perjuangan saudara kita di sana merangka rancangan demi menyelamatkan muslimin yang ditahan oleh Zionis laknatullah, bagaimana saudara seIslam kita di Malaysia menunjukkan rasa benci akan tindakan Zionis itu dengan mengadakan perhimpunan aman bagi menyuarakan suara Pembebasan Palestin, bagaimana anak2 Palestin sanggup menggadai nyawa demi kalimah SYAHID menjadi milik mereka dan bagaimana seorang mujahidah dari Malaysia snggup berkorban menjadi sukarelawan di Palestin sehingga membawa kepada penangkapannya kerana membantu Palestin..semoga dapat kita ambil iktibar dan pedoman..jazakallah
mungkin boleh letak front page buku ker...baru menarik tok kita selongkar kedai2 buku..hehhe..
mcm kena jer nih...