Bismillahirrahmanirrahim
Banin bersama-sama bermain bola sepak, manakala banat bermain bola jaring. 6.30ptg peserta dipanggil semula untuk membersihkan diri/bersiap untuk makan malam dan solat maghrib berjemaah. Seusai solat maghrib berjemaah, banin di pecahkan kepada 3 kumpulan, manakala banat membentuk 2 kumpulan dan usrah dijalankan dalam kumpulan tersebut mengikut kreativiti fasi sendiri. Antaranya penceritaan tentang tokoh Islam seperti Sultan Muhammad al-Fateh, Salahuddin al-Ayubi, Salman al-Farisi, Umar al-Faruk dan diceriakan juga apabila ada fasi meminta adik-adik usrahnya menyanyikan lagu 25 Rasul serta 20 sifat Allah. Seusai solat Isyak berjemaah, ice breaking, pencarian ahli kumpulan dengan cara membunyikan/menggayakan haiwan yang ditulis dalam sampul, taaruf fasi dan pencarian fasi dimulakan. Slot 1 diteruskan lagi, apabila adik-adik peserta diminta membuat logo dan menyediakan 1 army yell kumpulan masing-masing. Slot dihentikan seketika dengan alunan lagu tema ‘Demi Matahari’bersama persembahan gaya oleh fasi,
kemudiannya diikuti oleh para peserta. Kemudian disambung kembali dengan pembentangan army yell dan logo kumpulan.
Sekitar 11.20 malam, peserta diberi minum malam, dan diteruskan dengan slot Muhasabah, melibatkan penghayatan diri sebagai hamba Allah, dan pengorbanan ibu ayah.
Hari pertama selesai sekitar 1.45 pagi.
Selepas makan pagi dan bersiap diri, slot seterusnya dibawa oleh akh Ihsan dengan tajuk tazkirah Rasulullah Pimpinan Tauladan. Semua banin banat terus bersemangat menulis dan menyalin tazkirah yang diberikan untuk menjawab soalan diakhir slot. Seterusnya selepas minum pagi, slot terakhir iaitu permainan konflik dimulakan. 1 helaian cerita diberikan pada setiap kumpulan, dimana para peserta perlu mencari seorang pesalah dan mempertahankan keputusan tersebut dengan hujah-hujah yang kukuh. Seusai slot permainan, banin bersurai untuk bersiap ke masjid, manakala banat tinggal di dewan bagi meneruskan slot muslimat. Banat di bahagikan kepada 5 kumpulan (Mekah, Gaza, Jordan, Iran, Mesir) dan bermain permainan boom. Ia diteruskan lagi dengan tayangan Palestin dan penceritaan oleh ukht Sakinah tentang saudara-saudara seIslam di Palestin, diikuti permainan terakhir ’makanan boikot & tak boikot’. Selepas urus diri dan solat zohor berjemaah, para peserta berkumpul dan diberi taklimat oleh guru disiplin Al-Amin, makan tengahari, dan dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua/penolong kelas. Selesai sesi taklimat, sesi penyampaian hadiah dimulakan. Pelajar terbaik keseluruhan banin dimenangi oleh adik MOHD FIRDAUS ABDU RAHMAN, banat oleh adik ADILAH SYAHIRAH ABDULLAH, paling aktif AHMAD RASYHDAN SYAZWAN RAHAMAN dan paling kreatif MINHAH MARDHIYYAH SAIFULIZAM. Kem Qiadi ini berakhir sekitar jam 4.30 petang.
Setiausaha Kem Qiadi SRI Al-Amin K.Trg
ana kena banyak belajar dengan antum nih..
tadi kebetulan hafal ayat 43 surah an-Nahl, "bertanyalah kepada yang mengetahui, sekiranya kamu tidak mengetahui"
an kelik nanti antum kena curahkan ilmu2 ni taw..
tahniah ukht ju..peningkatan dalam penulisan. moga ikhwah/akh lain juga kena meringankan diri untuk berlatih menulis..seiring dengan keinginan pimpinan KNL yang mahu membina da'ie 5 star..
wallahhua'lam