Subscribe RSS

Assalamualaikum kepada seluruh ikhwah dan akhawat yang amat ana kasihi...

countdown 3 days... Mukhayyam Intensif Siswa-Siswi Islah  
(MISI 2010)

butiran program:


Tempat :  
Sek Hira' Sek 27, Shah Alam

Masa :   
5-20 Jun 2010 , dan Jaulah ke Singapura (optional untuk peserta)

Tempoh :  
14 hari tidak termasuk jaulah

Yuran peserta :  
RM 60 shj...

Category: | 0 Comments



Lifeline 4 Gaza | Break The Siege

Lifeline 4 Gaza, atau Talian Hayat Untuk Gaza adalah satu usaha kerjasama di antara NGO-NGO di Malaysia untuk menyertai kempen antarabangsa bagi menembusi kepungan Israel terhadap Gaza. Lifeline 4 Gaza akan bergerak bersama Free Gaza Movement yang berpangkalan di Cyprus, IHH di Turki,MERC dan Kispa di Indonesia dan NGO-NGO lain dari USA, Greece, Perancis, Sweeden, Jerman, Itali, Venezuela dan lain-lain.

Konvoi tersebut dijangka akan berlepas dari Istanbul pada 15 Mei 2010, disertai 20 kapal dan bot kargo. Konvoi kemanusiaan terbesar di dunia ini akan membawa bantuan asas keperluan seperti bahan pembinaan hospital, bahan perubatan, peralatan sekolah dan bahan-bahan makanan. Mereka juga akan diiringi oleh tokoh-tokoh politik dan tokoh-tokoh kemanusiaan sedunia yang prihatin terhadap krisis kemanusiaan di Gaza.


 

Kepungan

Rejim Zionis Israel telah membina Tembok Kematian di Gaza dan Tebing Barat, yang telah menjadikan Gaza sebagai penjara terbesar di dunia. Tembok yang setinggi 8-12 meter dan sepanjang 850 km itu menjadi senjata utama Rejim Zionis untuk “membunuh” penduduk Gaza serta mencengkam mereka secara perlahan-lahan. Tembok itu telah digunakan untuk menghalang kemasukan bahan-bahan keperluan asas kehidupan termasuk makanan, minyak, bahan perubatan dan lain-lain. Gaza tidak hanya menjadi penjara terbesar tetapi hak untuk hidup rakyat Gaza juga telah dinafikan. Zionis ganas ini telah menggunakan kekuatan lobi mereka untuk menyekat dan melaksanakan embargo ke atas Gaza dengan dokongan Amerika Syarikat, Britain dan kuasa-kuasa besar dunia.
Tidak cukup dengan embargo dan Tembok Kematian, pihak Zionis juga telah menyerang Gaza pada 27 Disember 2008 selama 23 hari. Serangan yang amat brutal itu telah menggunakan senjata-senjata terlarang seperti bom fosforus, peluru uranium dan lain-lain. Mereka telah menggugurkan lebih daripada 1.5 juta kilogram bom dari semua arah iaitu daratan, lautan dan udara.

Hampir keseluruhan infrastruktur utama bandar Gaza hancur. Banyak bangunan-bangunan penting seperti pusat pentadbiran kerajaan, hospital, universiti, masjid, gereja, sekolah, janakuasa elektrik, bekalan air bersih dan lain-lain telah hancur akibat serangan rejim Zionis tersebut yang jelas telah mensasarkan keperluan orang awam.

Kapal kargo, Gazze yang baru dibeli oleh IHH dengan harga USD 850,000 dan berkapasiti 3150 tan.
 
Misi

Kini, IHH dengan sokongan penuh kerajaan Turki dan NGO-NGO antarabangsa dari lebih 17 buah negara lain telah memulakan usaha untuk melaksanakan konvoi talian hayat Gaza yang ke-4 iaitu Lifeline4Gaza selepas kejayaan misi ke-3 konvoi Viva Palestina. Ia merupakan satu usaha besar-besaran yang akan merentasi Laut Mediterranean bermula dari Istanbul, Cyprus dan akhirnya terus ke Gaza mengikut jalan laut. Konvoi ini akan membawa lebih daripada 20 buah kapal dan bot.

Kempen ini akan diketuai oleh Perdana Menteri Turki sendiri, Recep Tayyip Erdogan. Bantuan tersebut akan dibawa terus ke Gaza dengan menggunakan hubungan diplomatik kerajaan Turki yang memang mempunyai Perjanjian Keselamatan dengan rejim Israel semenjak peperangan dunia yang ke-2 lagi. Mengikut butiran perjanjian tersebut, Israel tidak boleh mengganggu kapal-kapal daripada Turki.

Konvoi ini amat penting kerana sekiranya ia berjaya maka kapal-kapal tersebut akan digunakan untuk menghantar semua barangan keperluan Gaza dari semasa ke semasa. Ini bermakna sekatan embargo Israel ke atas Gaza akan terangkat walaupun Tembok Kematian Israel masih berdiri utuh.

Lifeline 4 Gaza mensasarkan untuk mengutip RM 10 juta bagi membiayai pembelian kapal,kargo, dan barang keperluan yang akan disumbangkan kepada mangsa-mangsa keganasan Israel di Gaza.

Keratan akhbar Sinar Harian 14 April 2010 sewaktu majlis pelancaran Lifeline 4 Gaza.

Apa Tindakan Kita

1.  Hulurkan sumbangan. Bantuan kewangan dan segala bentuk derma merupakan keutamaan ketika ini.

2.  Sebarkan maklumat mengenai misi ini kepada keluarga dan rakan-rakan di Malaysia. Dengan kemajuan teknologi hari ini, penyebaran maklumat menjadi perkara yang amat mudah.

Untuk mereka yang berada di Malaysia, sumbangan boleh disalurkan kepada mana-mana NGO yang bergabung di bawah Lifeline 4 Gaza, terutamanya kepada tabung PACE (JIM) di
Maybank 562209608847
Sila maklumkan kpd Dr Hafidzi melalui sms 0133685367 atau e-mail hafidzi.mohdnoor@gmail.com apabila sumbangan telah dimasukkan ke dalam bank ini.

Category: | 0 Comments

Majlis Makan Amal Talian Hayat Gaza Palestin

Pada 30 April 2010 bertempat di Hotel Primula, Kuala Terengganu suatu program makan amal telah dianjurkan oleh Haluan Palestin Negeri Terengganu. Ana bersama-sama 9 orang ikhwah lain telah secara langsung terlibat dengan program ini bagi mewakili Aqsa Syarif(AS). Wakil dari AS Kuala Terengganu diketuai oleh akh Masrul Ariffin dan akh Wey yang juga merangkap S/U dan pen. S/U. Selain mereka adalah akh izhar(pejuang HAMAS), akh izzat, akh Nik Suhaimi(syeikh UIA yang sedang praktikal), pakcik Asmadi bersama 2 anaknya dan pakcik Syurga(x ingat nama).
Beberapa perkara penting yang ana rasakan penting akan cuba ana kongsikan pada kali ini. Antaranya adalah makanan yang kami makan tidak mampu dihabiskan sepenuhnya dengan kepala ikan siakap yang masih tidak dijamah disebabkan mungkin menu-menu lain yang banyak. Ana bukan berniat untuk bermegah kerana dapat hadir mewakili AS ke hotel ‘berbintang’ di Terengganu ini namun lebih kepada muhasabah kepada diri sendiri.
Tatkala menjamu selera yang jarang-jarang boleh didapati ini, ana dan hadirin turut ‘dijamu’ dengan ucapan dari orang-orang kuat Haluan. Namun, yang paling menarik adalah sesi perkongsian pengalaman oleh Brother Noorazman Mohd Shamsuddin yang juga adalah pengerusi Sekretariat Haluan Palestin Malaysia. Beliau membuat beberapa pendedahan. Antaranya adalah krisis makanan yang hebat di Gaza ini telah menyebabkan pada waktu ini mereka menanam suatu jenis rumput untuk dijadikan makanan. Suatu perkara yang terus menyentap hadirin pada malam itu. Kemudian dia menunjukkan tayangan video konvoi Viva Palestina yang mana telah melalui berbagai cabaran sepanjang perjalanan untuk menyalurkan sumbangan penduduk dunia kepada Gaza.
Bila melihat sambutan dan kemeriahan sepanjang perjalanan itu, ana terasa seakan berada disana memakai mafla palestin dan membawa bendera palestin. Walaubagaimanapun ia bukanlah seindah yang disangka. Bro Noorazman menceritakan detik-detik cemas sewaktu mereka dikepung oleh 20000 polis Mesir yang bersenjata. Pada waktu itu semua jalan masuk ke kawasan itu telah ditutup sehinggakan embassy Malaysia pun tidak dibenarkan masuk melihat pelajar Malaysia yang tinggal di dalam kawasan itu. Sekiranya berlaku pertumpahan darah, pasti mereka akan berkubur disana. Beliau sempat menghantar SMS kepada isterinya sebelum polis Mesir melepaskan batu2 ke arah mereka. Sebelum itu, macam2 ragam dapat dilihat dikala terkepung umpama penduduk Gaza. Ada yang mengalami stress yang amat sangat dan ada yang buat2 seperti bermimpi dan cuba tidur di dalam kereta.
Kemudian dia membawa cerita bagaimana hebatnya adik di Gaza yang berusia 17 yang mana telah ditembak di kepala lalu dibawa ambulans ke Cairo untuk dioperasi. Setelah terjaga dari koma, dia lantas menginginkan supaya dihantar semula ke Gaza kerana katanya ingin mati disana. Bayangkanlah betapa ‘peliknya’ semangat saudara kita disana. Mereka ada peluang untuk duduk ‘selesa’ dengan keluar dari Gaza namun mereka sama sekali tidak pernah terfikir untuk keluar dari bumi Gaza walaupun maut didepan mata mereka pada setiap saat. Sangat hebat kebergantungan mereka kepada Allah merupakan tonik utama mereka ini. Dalam keadaan logik akal, sepatutnya mereka telah lama meninggalkan bumi Gaza dalam apa cara sekalipun.
Setelah itu, Bro Noorazman menceritakan kedasyatan penderaan yang dilakukan zionis laknatullah terhadap pejuang dan penduduk Palestin disana. Setiap inci tubuh badan mereka dijamah dengan seksaan yang maha dasyat. Namun yang paling menakjubkan mereka cekal dan TIDAK PERNAH MERUNGUT dengan situasi mereka disana. Sehinggakan apabila dicabut helaian rambut dengan kulit kepala sekali, tapi mereka boleh berkata, “Alhamdulillah. Pada masa itu ana menyibukkan diri dengan membaca Al-Quran dan tidak merasa apa2..”.
Terdapat banyak lagi cerita-cerita menarik yang sama sekali amat menyentuh hati pada malam itu. Sebelum mengakhiri perkongsian ini ana perlu mengingatkan kita semua bahawa Zionis telah merancang untuk MENGEBOM terowong bawah tanah Masjidil Aqsa yang telah mereka bina pada bulan MEI ini. Justeru amatlah sedihnya sekiranya perkara ini benar-benar berlaku. Bro Noorazman mengharapkan ‘perhatian’ dari masyarakat Malaysia umumnya dan khususnya kepada NGO-NGO termasuk Aqsa Syarif untuk sama-sama memperhebat kutipan derma kerana 10/11 Mei ini pasukan ketiga konvoi Viva Palestina akan ‘BREAK THE SIEGE’ melalui jalan laut dengan bantuan TURKI. Ini merupakan sejarah dunia sekiranya menjadi kenyataan. Sama2lah kita doakan ikh/akhawat. 
Bro Noorazman turut mengharapkan kita untuk sama-sama turun ke Stadium Melawati 8hb ini bagi perhimpunan terbesar Lifeline 4 Gaza yang melibatkan beberapa NGO dan semestinya KARISMA amat diharap dapat bersama-sama seperti seruan akh presiden AO. Begitulah sedikit perkongsian dari wakil AS Kuala Terengganu.
Wallahua’lam

Mohd Ikhsan Khalid
Wakil AS Kuala Terengganu
Karisma K-Terenganu Utara
p/s: AS = Aqsa Syarif bukan Amerika Syarikat..huhuhu
 “Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik..” (Al-Ma’idah:82)

Category: | 6 Comments