Author: KARISMA Terengganu on
Sabtu, Mei 01, 2010
Majlis Makan Amal Talian Hayat Gaza Palestin
Pada 30 April 2010 bertempat di Hotel Primula, Kuala Terengganu suatu program makan amal telah dianjurkan oleh Haluan Palestin Negeri Terengganu. Ana bersama-sama 9 orang ikhwah lain telah secara langsung terlibat dengan program ini bagi mewakili Aqsa Syarif(AS). Wakil dari AS Kuala Terengganu diketuai oleh akh Masrul Ariffin dan akh Wey yang juga merangkap S/U dan pen. S/U. Selain mereka adalah akh izhar(pejuang HAMAS), akh izzat, akh Nik Suhaimi(syeikh UIA yang sedang praktikal), pakcik Asmadi bersama 2 anaknya dan pakcik Syurga(x ingat nama).
Beberapa perkara penting yang ana rasakan penting akan cuba ana kongsikan pada kali ini. Antaranya adalah makanan yang kami makan tidak mampu dihabiskan sepenuhnya dengan kepala ikan siakap yang masih tidak dijamah disebabkan mungkin menu-menu lain yang banyak. Ana bukan berniat untuk bermegah kerana dapat hadir mewakili AS ke hotel ‘berbintang’ di Terengganu ini namun lebih kepada muhasabah kepada diri sendiri.
Tatkala menjamu selera yang jarang-jarang boleh didapati ini, ana dan hadirin turut ‘dijamu’ dengan ucapan dari orang-orang kuat Haluan. Namun, yang paling menarik adalah sesi perkongsian pengalaman oleh Brother Noorazman Mohd Shamsuddin yang juga adalah pengerusi Sekretariat Haluan Palestin Malaysia. Beliau membuat beberapa pendedahan. Antaranya adalah krisis makanan yang hebat di Gaza ini telah menyebabkan pada waktu ini mereka menanam suatu jenis rumput untuk dijadikan makanan. Suatu perkara yang terus menyentap hadirin pada malam itu. Kemudian dia menunjukkan tayangan video konvoi Viva Palestina yang mana telah melalui berbagai cabaran sepanjang perjalanan untuk menyalurkan sumbangan penduduk dunia kepada Gaza.
Bila melihat sambutan dan kemeriahan sepanjang perjalanan itu, ana terasa seakan berada disana memakai mafla palestin dan membawa bendera palestin. Walaubagaimanapun ia bukanlah seindah yang disangka. Bro Noorazman menceritakan detik-detik cemas sewaktu mereka dikepung oleh 20000 polis Mesir yang bersenjata. Pada waktu itu semua jalan masuk ke kawasan itu telah ditutup sehinggakan embassy Malaysia pun tidak dibenarkan masuk melihat pelajar Malaysia yang tinggal di dalam kawasan itu. Sekiranya berlaku pertumpahan darah, pasti mereka akan berkubur disana. Beliau sempat menghantar SMS kepada isterinya sebelum polis Mesir melepaskan batu2 ke arah mereka. Sebelum itu, macam2 ragam dapat dilihat dikala terkepung umpama penduduk Gaza. Ada yang mengalami stress yang amat sangat dan ada yang buat2 seperti bermimpi dan cuba tidur di dalam kereta.
Kemudian dia membawa cerita bagaimana hebatnya adik di Gaza yang berusia 17 yang mana telah ditembak di kepala lalu dibawa ambulans ke Cairo untuk dioperasi. Setelah terjaga dari koma, dia lantas menginginkan supaya dihantar semula ke Gaza kerana katanya ingin mati disana. Bayangkanlah betapa ‘peliknya’ semangat saudara kita disana. Mereka ada peluang untuk duduk ‘selesa’ dengan keluar dari Gaza namun mereka sama sekali tidak pernah terfikir untuk keluar dari bumi Gaza walaupun maut didepan mata mereka pada setiap saat. Sangat hebat kebergantungan mereka kepada Allah merupakan tonik utama mereka ini. Dalam keadaan logik akal, sepatutnya mereka telah lama meninggalkan bumi Gaza dalam apa cara sekalipun.
Setelah itu, Bro Noorazman menceritakan kedasyatan penderaan yang dilakukan zionis laknatullah terhadap pejuang dan penduduk Palestin disana. Setiap inci tubuh badan mereka dijamah dengan seksaan yang maha dasyat. Namun yang paling menakjubkan mereka cekal dan TIDAK PERNAH MERUNGUT dengan situasi mereka disana. Sehinggakan apabila dicabut helaian rambut dengan kulit kepala sekali, tapi mereka boleh berkata, “Alhamdulillah. Pada masa itu ana menyibukkan diri dengan membaca Al-Quran dan tidak merasa apa2..”.
Terdapat banyak lagi cerita-cerita menarik yang sama sekali amat menyentuh hati pada malam itu. Sebelum mengakhiri perkongsian ini ana perlu mengingatkan kita semua bahawa Zionis telah merancang untuk MENGEBOM terowong bawah tanah Masjidil Aqsa yang telah mereka bina pada bulan MEI ini. Justeru amatlah sedihnya sekiranya perkara ini benar-benar berlaku. Bro Noorazman mengharapkan ‘perhatian’ dari masyarakat Malaysia umumnya dan khususnya kepada NGO-NGO termasuk Aqsa Syarif untuk sama-sama memperhebat kutipan derma kerana 10/11 Mei ini pasukan ketiga konvoi Viva Palestina akan ‘BREAK THE SIEGE’ melalui jalan laut dengan bantuan TURKI. Ini merupakan sejarah dunia sekiranya menjadi kenyataan. Sama2lah kita doakan ikh/akhawat.
Bro Noorazman turut mengharapkan kita untuk sama-sama turun ke Stadium Melawati 8hb ini bagi perhimpunan terbesar Lifeline 4 Gaza yang melibatkan beberapa NGO dan semestinya KARISMA amat diharap dapat bersama-sama seperti seruan akh presiden AO. Begitulah sedikit perkongsian dari wakil AS Kuala Terengganu.
Wallahua’lam
Mohd Ikhsan Khalid
Wakil AS Kuala Terengganu
Karisma K-Terenganu Utara
p/s: AS = Aqsa Syarif bukan Amerika Syarikat..huhuhu
“Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik..” (Al-Ma’idah:82)
Category: |
subhanallah..subhanallah..subhanallah..
x terkata ana bila baca post nie..
ssh skit nk bkk intrnt kt asrma ni,mlm ni bru berksmptan bkak blog n email..
alhamdulillah,semoga kita dpt jadi sperti akhi itu..wlaupun kslmatan,kesenangn di depan mata,msih tetap bertgas untuk kmbali ke Gaza,demi syahid mmbantu di jalan Allah..
masyaAllah..
smoga antum dikuatkan,dan kmi juga dipermudahkan untuk trut sma menyelami isu ini..wjib untuk kita bntu saudara seaqidah kita wlau dgn apa cra sklipun..insyaAllah