Subscribe RSS

Memang lama aku tak berada disini.

Biarpun jemari dan hati ku melonjak dan bergetar untuk menekan keyboard lappy ini namun terpaksa kutahan jua untuk menfaatkan waktu kepada perkara yang lebih aula’ lagi. Jika aku mengadap lappy ini, pastinya dua ke tiga jam terpaksa aku korbankan untuk menulis sedangkan impak dakwah dari tulisan ku taklah seberapa.

Aku pasti ada yang suka dan tidak kurang juga yang dah jemu dan bosan dengan tulisan tulisanku yang tidak lansung dapat menyentuh jiwa mereka. Apa pun yang pasti aku akan terus menulis meski dalam kesibukan!

Tentunya aku menulis buat kamu bukanlah saja saja atau untuk permainkan kata kata tapi adalah untuk kita terus cuba mengubah diri menjadi lebih baik dijalan dakwah ini.

Kalaulah boleh dan punya kaliber memang teringin untuk menjadi orang orang besar seperti ‘Charles Dickens” yang banyak mengunakan penanya untuk membantah kepincangan masyarakat dan membela dhuafa’2 dizamannya. Atau menjadi penyair Hindu ” Tagore ‘ yang menentang keserakahan barat atau penyair yang amat kita kenali ‘ Iqbal’ yang dapat melonjakkan kita untuk meniti kejayaan islam ini.

Walau apa pun setiap kita harus punya satu cita cita untuk kita perjuangkan dalam hidup ini. Semestinya cita cita yang paling mulia adalah untuk mendaulahkan syariat Allah ini.

Memang cita cita itu bukan satu jalan yang mudah dan mungkin ianya tidak akan berlaku didalam kehidupan kita yang singkat ini tapi cukuplah kerana …

Mati dalam mengejar cita cita adalah permulaan harga hidup

Semestinya orang yang mati tanpa cita cita dijiwanya tidak ada harga hidup sebenarnya!

Lihatlah Abraham Lincoln meskipun beliau mati sebelum sempurna cita citanya untuk menghapuskan penghambaan sewaktu hidupnya tapi cita cita nya itu terus hidup dan disambung oleh pemimpin selepasnya!

Akhi,

sebagai da’i, jiwa kita perlu besar!

Tidak semestinya hanya orang yang memimpin negara atau jamaah yang besar saja yang dimaknai dengan jiwa besar kerana disisi Allah makna jiwa besar itu adalah manusia yang bersungguh sungguh melaksanakan amanah dan kewajipan yang diberi olehNya!

Sebab itu kamu harus hargai setiap harkat hidup ini.

Kamu harus laksanakan setiap amanah dari sekecil kecil hingga sebesar besarnya kerana amanah itulah nyawa kamu diakhirat nanti!

Jangan rasa kerdil meski pun kamu hanya memimpin sebuah halakah disepanjang riwayat hidup kamu kerana jika kamu bersungguh sungguh dapat membina halakah itu menjadi halaqah yang muntij dan dapat melahirkan rijal, pastinya Allah akan menilai amanah itu dengan sebesar besar nilaian!

Kamu tahu akh, semua manusia besar dari dulu hingga kini yang hadir dibumi ini adalah yang punya jiwa besar. Kekuatan jiwa yang utuh yang amat menonjol dalam peribadi mereka. Ramuanya bukanlah ” intelek’ nya mereka tapi adalah ….

IMAN

Itulah strategi rasul ketika beliau ingin melahirkan pemimpin baru didalam saf pelapisnya . Memilih sahabat yang mempunyai iman yang paling kuat.Iman yang dimaknai dengan GERAK. Kuat bekerja dan mujahadahnya.

Justeru itu kita lihat, meskipun telah tertegaknya daulah Islam, sahabat tidak berleha leha dengan kemewahan dan kesenangan serta ketenangan. Tanpa disuruh dan diarah masing masing mengembara menyebarkan deen ini disetiap penjuru dunia dan wafat dimerata dunia demi dakwah ini.

Itulah IMAN yang dibina oleh beliau bukannya iman seperti yang kita faham! Beku dan kaku. Iman yang hanya berputar dimasjid. Iman yang hanya berputar di bulan Ramadhan saja. Iman yang hanya berputar didalam circle dan program program ukuhuwah dan jaulah kita yang hanya dipenuhi keseronokan itu saja. Yang bertemu dalam gembira dan berteriak tangis waktu berpisah. Dan itulah saban tahun yang kita buat yang cuma berubah module dan tempat program saja tapi kita masih duk tang tu saja.

Inilah rutinitas yang perlu kita ubah agar iman yang bermakna gerak berkembang dan dapat kita letakan kan diatas landasan abadi dan dapat merasuki jiwa dan mengelorai hati kita dan melahirkan gerak gemuruh pada setiap instrumen peribadi kita agar menjadi gelombang dahsyat yang membangunkan ” Spirit of heroisme’ dalam diri kita!

Inilah yang kita perlu ubah.

Tidak guna kita membaca ISK ( dapat hadiah tadi) dan berbangga dengan terbitnya buku ISK itu jika ianya hanyalah menjadi bahan bacaan dan penambah beban didalam kepala untuk dijadikan hujah dan cerita didalam usrah tapi tidak lansung kita hayati sepenuh jiwa dengan obsesi yang tinggi untuk menyambung perjuangan para pahlawan terdahulu!

Apakah kamu telah menemukan rahsia rahsia kepahlawanan mereka dan berusaha mencari kesamaan kesamaan antara kamu dan mereka dan membangunkan obsesi kamu untuk kita kerahkan seluruh waktu perhatian tenaga untuk kita laksanakan tanggungjawab ini?

Malangnya banyak sungguh aku lihat ada antara ikhwah dan akhawat yang amat memahami sirah dan mungkin juga bersemangat selepas membaca ISK ini hanya pandai mengagumi tapi tidak bijak untuk meneladani!

Itulah sikap buruk yang harus kita buangkan agar kita tidak tercampak didalam tong sampah khayalan yang akan diwarisi oleh anak anak binaan kita yang akan datang.

Sekadar ini yang mampu untuk ku tulis buat mu kerana harus tidur sedikit untuk mengumpul kekuatan untuk mengejar bidadariku di ukhrawi yang masih jauh lagi . Muga dalam jenak jenak ini kamu telah menemukan kebahagiaan yang telah kamu temui sebelum menemui kebahgiaan hakiki!

Lihatlah betapa indahnya panorama dakwah ini jika kamu mengerti makna sebuah kehendak yang akan melepaskan kamu dari penjara kekerdilan jiwa yang sentiasa melanda manusia yang terikat dengan dunia!

Wallahuaklam.

muharrikdaie~ menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

Category: | 4 Comments

4 comments to “hanya ini yg mampu kutulis-copy n paste”

  1. I ѕіmply couldn't leave your web site before suggesting that I actually loved the standard info an individual supply in your visitors? Is going to be again steadily in order to check up on new posts

    Review my weblog; OnPage Wordpress Plugin

  1. I have been eхploring for a little bit for any high qualіty articles οr blog pοsts on thiѕ sort of
    ѕpace . Explοгing іn Yahοο I ultimately stumbled
    upon thіѕ ѕitе. Reading
    this information So i аm happy to show that
    І have аn inсredibly excеllent
    unсanny feеlіng I found οut eхаctly
    ωhat I neеded. I so muсh undoubtеdly will make suгe to ԁon?
    t οѵеrlook thiѕ ѕite аnd givе it a glance regulaгly.


    Fеel fгee tо νisіt my homеpage .

    .. SEOPressor
    My website: SEOPressor

  1. You're so awesome! I do not believe I have read something like this before. So wonderful to find another person with some unique thoughts on this issue. Seriously.. thanks for starting this up. This web site is one thing that'ѕ needed on the
    web, ѕomeone with a bit of oгigіnality!


    My webpаge: SEOPressor V5 review

  1. This information is very useful for me. Please tell me more about it. Also I would like to share with you content about shared web hosting