Subscribe RSS

TENTATIF PROGRAM MUKHAYYAM IPT 2009 -
TAMAN PERTANIAN SEKAYU, HULU TERENGGANU
31 DIS 09 - 02 JAN 10

Hari Pertama
5.00 pm : Pendaftaran
6.00 pm : Makan Malam (Beli)
7.30 pm : Solat Maghrib
: Solat Isyak
9.00 pm : Takruf & ais breaking serta pembahagian kumpulan, pembahagian tajuk
persembahan
: Pengisian Fikrah (Himaasatusy Syabab,wa Hikmatusy Syuyuh)
–AkhMuzahar
11.00 pm : Tadabur Qur’an
Hari Kedua
4.30 am : Qiam
5.45 am : Solat Subuh
: Al mathurat (Suatu Pengenalan) (Akh Ariffin)
7.00 am : Urus diri
8.00 am : Sarapan pagi (Nasi Lemak)
8.30 am : Explorasi Alam Inovasi
10.30 am : Minum pagi
10.45 am : Hayatus Sahabah
12.00 pm : Makan Tengah Hari
: Persiapan Solat Jumaat
1.00 pm : Solat Jumaat / Ummahatul Mukminat
3.00 pm : Jungle Tracking

6.30 pm : Makan Malam

7.15 pm : Solat Maghrib

: Kuliah Maghrib (Akhlak) oleh Akh Roslan

8.16 pm : Solat Isyak

9.00 pm : Persembahan

12.00 am : Hirasah (Setiap 1 jam/kumpulan)

Hari Ketiga

6.00 am : Solat Subuh

Kuliah Subuh (Akhlak oleh Akh….)

Al Mathurat

6.30 am : Bertolak Pulang

Bismillah..Assalamualaikum ikhwah akhwat yg di rahmati Allah sekalian...
Alhamdulillah, dengan berakhirnya PKN 09, dengan ini ana ingin memaklumkan berikut adalah jawatankuasa Karisma Nasional bagi tahun 2010

Presiden : Abdullah Omar Muhamad Fuad

Timb. Presiden : Khairul Fadhli Ismail

Naib Presiden 1 : Izzudin Khairul Anuar

Naib Presiden 2/Ketua SISMA : *

Setiausaha Agung : Samihah Mohd Nor

Bendahari : Muhammad Fitri Hassan

JK TPSM
- Mohd Iqbal Hakim Mohd Adnan
- Mohd Hafizuddin Abdul Mukti
- Nur Nazihah Muhammad Nassir
- Fadhilah Md Nor

JK Dana
- Mashita Abd. Razak
- Izahana Haron

JK Dakwah
-Salwa Mustafa Din

JK HEA
- Nihlah Johari

JK HEK
- Auzan Hasanuddin Sazali
- Al Amin Mohamed Sultan

JK Media
- Mohd Hafiz Kassim
- Wan Abdullah Mujahid Hasanuddin

JK Kebajikan
- Nur Idayu Abd Rahman
- Hanaa' Abdul Rahman

* Jawatan Ketua SISMA akan diumumkan selepas Retreat KNL kerana masih dalam perbincangan..Mudah-mudahan kita dapat bersama -sama bekerja dengan bersungguh-sungguh ke arah menjayakan misi kedua KARISMA, FIDAK 2015..

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.
(as-Soff 61:4)

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
(as-Soff 61:10-11)

Next year will be different, insyaAllah

Wassalam

- SETIAUSAHA AGUNG KNL -

Category: | 0 Comments

Selamat bersidang buat wakil-wakil perwakilan dan pemerhati

dari Terengganu

PERWAKILAN

Mohd Ikhsan Khalid : Ameer K-Terengganu Utara

Izhar Syafawi Ahmad : Timb. Ameer K-Terengganu Utara

Zaharah Abd Mutalib : PIC IPT UMT


PEMERHATI

Muhamad Hazwan bin Hamidan : PIC IPGM Dato' Razali

Syed Syukri bin Syed Ahmad : PIC UiTM Dungun

Amirul Aiman bin M Kamal : PIC UiTM Dungun

Mohiddin Md Isa : Ahli (K-Terengganu Utara)

Amni Azwin Md Amin : Ahli (K-Terengganu Utara)

Muhamad Mus'ab Muzaharr : Ahli (K-Terengganu Selatan)


PERHIMPUNAN KARISMA NASIONAL 2009 (PKN 09)

& SAMBUTAN 10 TAHUN KARISMA


InsyaAllah akan berlangsung pada 25 & 26 DISEMBER 2009

bersamaan dengan 8 & 9 MUHARRAM 1431H

(JUMAAT & SABTU) di Masjid Umar Al- Khattab Bukit Damansara


Yuran Pendaftaran : RM 35 (2 hari 1 malam + cenderamata)


Anjuran KARISMA Nasional

Dengan Kerjasama KARISMA Petaling Jaya

Category: | 0 Comments


Berlalu sudah tahun 1430 H bersama pelbagai memori suka duka terutama terhadap umat Islam di dunia ini.1431 H pula menjengah, yang bakal kita selusuri..Apakah setiap duka yang kita lalui selama berada di tahun 1430 H akan berterusan kita alami? Adakah saudara-saudara seakidah kita di Palestin, di Iraq, di Selatan Thai, akan kekal ditindas seperti di tahun 1430 H? Setiap kali datang tahun baru,sama ada tahun masihi mahupun tahun hijrah, azam baru, matlamat baru, impian baru kita cipta untuk di kecapi.. namun sebagai seorang Islam ada tak kita selitkan dalam azam kita itu untuk membantu saudara-saudara seakidah kita, samada melalui bantuan tenaga, material, kewangan walau doa sekali pun? Isu Palestin yang telah lama bergolak dengan serangan udara Israel ke Genting Gaza, hujanan bom dan peluru berpandu dari pesawat pejuang Israel menjadi agenda utama perbincangan antara pertubuhan-pertubuhan Islam, NGO-NGO Islam, wakil-wakil negara demi mencari kesepakatan untuk membantu saudara-saudara seakidah kita. Bantuan kewangan, perubatan, makanan,pakaian dihulurkan berterusan dari serata dunia. Ia dilihat seakan 1 dunia sedang menyokong Palestin, negara Islam yang ditindas, namun hakikatnya, masih ada diantara kita yang masih bersenang lenang, memandang enteng tiap apa yang telah terjadi pada saudara seakidah kita. Bukan hanya di Palestin, di Selatan Thailand contohnya, umat Islam berada dalam keadaan cukup sengsara. Ke mana sahaja mereka pergi, ada kegusaran melanda hati, seakan ada mata-mata sedang memerhati, umpama diri sedang menuju mati.Jika berada di luar rumah, berkemungkinan kan di tembak seperti seorang guru agama Islam dan anak lelakinya berumur 13 tahun terbunuh selepas melalui pusat wilayah pada lewat malam, seorang calon pentadbiran tempatan Islam ditembak mati ketika pulang mengerjakan solat di sebuah masjid di Pattani, seorang wanita Islam pula yang merupakan sukarelawan pasukan keselamatan kampung ditetak mati di ladang getah di tempatnya bekerja di wilayah Pattani..Bukan hanya di luar rumah tidak selamat, bahkan tempat yang selama ini digunakan untuk berlindung terik panas dan lebat hujan juga diceroboh,. Seperti mana yang telah berlaku pada sebuah keluarga apabila penembak menyerbu rumah mereka, melepaskan tembakan ke arah penghuni dan melarikan diri yang membawa kepada kematian 3 orang Islam, bahkan ada juga seorang lelaki Islam telah mati ditembak di dalam rumah ketika sedang berbuka puasa. Begitu banyak siksaan, herdikan, cercaan, hinaan, kesakitan, kepayahan dan kesedihan terpaksa ditanggung oleh saudara-saudara kita ini. Itu hanya lah sebahagian dari jerit perih yang mereka lalui. Kita yang berada di Malaysia, satu tanah bertuah dikurniakan Allah kepada kita, yang mana dapat merasa nikmat keamanan tanpa sebarang peperangan melanda, seharusnya bermunajat bersyukur kepada Ilahi di atas segala nikmat ini. Sepertimana firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 10:

Maksudnya: " Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.".

Ketika saudara kita dalam kesulitan, kita sebagai saudara mereka seharusnya membantu apa yang termampu, sekurang-kurangnya dengan berdoa kepada Allah agar dipermudahkan urusan fisabilillah mereka di sana. Jangan hanya duduk membaca,menonton dan mendengar berita sahaja. Hulurkan bantuan, ringan kan beban. Martabat dan maruah Islam perlu dinaikkan kembali, jangan kita biarkan Islam terus diinjak-injak oleh kuffar laknatullah. Ayuh kita buktikan, kita hari ini sudah perlu memikirkan relung strategik yang bakal dimasuki selepas menamatkan pengajian di IPT dalam meneruskan kerja-kerja dakwah. Perlu difikirkan mulai hari ini, “Apakah bentuk sumbangan yang aku boleh lakukan? Adakah aku boleh menyumbang dalam kebajikan masyarakat? Dakwah kampus? Dakwah masyarakat majmuk? Isu antarabangsa? Dakwah melalui media dan penulisan? Dakwah remaja sekolah? Atau di mana?” (Abdullah Omar – Presiden KARISMA 2009, ucapan dasar PKN 09)..Segala kerja dakwah ini lah yang akan memacu kita ke arah menaikkan kembali Islam, menegakkan kembali segala syariat Islam dan membentuk kembali umat Islam yang berpegang teguh pada tali Allah
Mari lah kita bersama-sama memperbetulkan niat kita memasuki tahun baru hijrah ini, dengan azam dan tekad yang jitu untuk terus membantu ISLAM, saudara –saudara seIslam, tidak kira dalam apa jua cabang dan bidang, agar Islam terus terbilang seperti zaman silam..wallahua'alam

Category: | 0 Comments

Nantikan program MUKHAYYAM IPT anjuran JIM IPT Kuala Terengganu dengan kerjasama KARISMA Terengganu Utara bermula 31 Dis 09 - 02 Jan 10 bertempat di Taman Pertanian Sekayu. Terbuka kepada semua IPT di Terengganu dan juga yang mengikuti tarbiyah JIM. Kepada sesiapa yang berminat, pendaftaran boleh dibuat dengan menyertakan nama, no telefon, I/C numb dan juga IPT..Segala urusan penginapan, makanan akan disediakan oleh pihak pengurusan dengan sedikit bayaran iaitu sebanyak RM 15. Pengangkutan akan disediakan kepada peserta dari daerah Kuala Terengganu untuk ke tapak Mukhayyam dengan sedikit bayaran tambahan sebanyak RM 5 (RM15 + RM 5 untuk pengangkutan). Nantikan butiran lanjut mengenai program ini yang akan diberitahu kelak.


Setiausaha Mukhyyam de Penyu..Tganu kiter


Wan Mohd Redhuan ibn Wan Azmi
013-9181835

Category: | 0 Comments

Assalamualaikum ya akhi ya ukhti
Assalamualaikum ya akhi ya ukhti

Salam salam hai saudaraku
Semoga Allah merahmatimu
Salam salam wahai semua
Semoga hidup jadi bahagia

Bila hati terasa sedih
Bila jiwa terasa hampa
Mungkin kita sudahlah lupa
Berzikir tenangkan jiwa

Bila langkah sempit di dunia
Rezeki dicari alangkah susah
Mungkin kita sudahlah lupa
Sedekah lapangkan harta

Dalam hidup semua bekerja
Kadang salah bahkan berdosa
Jangan-jangan berputus asa
Ampunan Allah selalu terbuka

Dalam hidup tiada sempurna
Kadang khilaf kadang terlupa
Jangan-janganlah putus asa
Ampunan Allah selalu terbuka



Category: | 0 Comments


Salam,
Dikongsikan seorang lagi tokoh remaja JIM Terengganu akh Mus'ab bin Muzahar iaitu anak sulung mantan SU JIM Terengganu. Beliau pernah menjadi Pengerusi KRJ Terengganu pada sesi 2006-2007 sebelum jawatan itu disandang adik beliau Muzir Muzahar bagi sesi 2008-2009. Moga ada manfaatnya bagi penggerak dakwah remaja yang lain.

Assalamualaikum. ..

Menemui kalian dalam keadaan sejahtera.

Alhamdulillah. .ana dah habiskan pengajian Pra-Universiti STPM di SMK Sultan Ismail,Kemaman. (sek cg Norfizam dan Hjh Fadilah)

Dalam siri 1 ni ana akan kongsikan beberapa mutiara bernilai yang ana dapat di SMKSI,Kemaman ini.Supaya kita semua boleh melihat dengan hati,potensi yang ada pada pelajar-pelajar sekolah berbilang kaum ini.

Ana menjejakkan kaki di SMK Sultan Ismail pada pertengahan tahun Mei 2008 - Disember 2009

Jika dikira jarak dari rumah,ana sepatutnya menyambung belajar di SMK badrul alam Shah,Kemasek tetapi naluri kuat ana menyatakan bahawa SMKSI adalah yang terbaik.

Faktor-faktornya ialah:

1) SMKSI mempunyai pelajar berbilang kaum.

2) SMKSI mempunyai pelajar yang ramai (2000 orang)

3) SMKSI mempunyai Pra-Universiti aliran sains

4) Ana ingin mengenali pelajar cina dengan lebih dekat

5) Ana ingin mendalami suasana reality masayarakat

6) Ana ingin membuktikan bahawa graduan PRODUCE boleh hidup dalam suasana masyarakat yang sebenar.

7) Ana ingin mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM dan meneruskan pengajian peringkat ‘degree’ di UKM/UM/UIA dalam bidang sains politik.

8) Ana pilih STPM kerana ana menjiwai modul Ini Sejarah Kita

(ISK)

Oleh hal yang demikian,seusai peninggalan ana dari SMKSI,ana telah berjaya mencapai beberapa misi dan telah meninggalkan beberapa perkara penting yang perlukan penerusan yang rapi dan BANTUAN daripada ikhwah dan akhawat sekalian.

Di SMKSI,beberapa amanah tertinggi yang ana galas ialah:

1) Ketua Pelajar

2) Presiden Pra-Universiti

3) Exco Tarbiyyah dan Kerohanian Asrama

Dalam manual ini,ana akan kongsikan beberapa perkara yang sangat bermanfaat bagi kita.

Persidangan Ketua-Ketua Pelajar Negeri Terengganu dan Resolusi BELARA 310709.

Tanggal 30-31 Julai 2009,ana telah dihantar oleh pihak sekolah bagi menyertai persidangan Ketua-Ketua Pelajar seluruh Negeri Terengganu.Seramai 250 orang ketua dan penolong ketua pelajar telah berkumpul di SMK Belara Trg.Program anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Trg ini adalah kesinambungan daripada 2 program ‘mega’ yang lepas iaitu Perhimpunan Minda Cemerlang Pemimpin Pelajar di Petang Island Resort,Tasik Kenyir (13 -16 Februari 2009) dan Perhimpunan Minda Cemerlang Pemimpin Pelajar Siri 2 di Pusat Kokurikulum Pulau Redang (31 Mac – 4 April 2009).Kesemua peserta yang hadir pada perjumpaan yang ke-3 ini ialah gabungan peserta siri 1 dan siri 2.Pada Persidangan Pemimpin Pelajar ini,seorang pemimpin pelajar telah dipilih untuk membentangkan ‘Resolusi Belara 310709’ kepada wakil Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.Resolusi ini ialah satu permuafakatan pemikiran para Ketua Pelajar bagi melaksanakan AGENDA PENJENAMAAN SEMULA KEPEMIMPINAN DI SEKOLAH..

Ana dapat rasakan kehangatan persidangan ini memandangkan press conference yang dibuat setelah sesi pertama program ini selesai.Program ini mendapat liputan RTM dan Utusan Malaysia.Sebenarnya ,ini adalah agenda JPNT terhadap kepemimpinan pelajar di sekolah yang memerlukan PERHATIAN daripada kita kerana para pelajar ini juga adalah aset kita yang paling bernilai.DIMANAKAH PERANAN KITA?.

Memetik ucap utama Y.Bhg Ketua Sektor Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan,” Saya juga ingin mencadangkan pendekatan mentoring and coaching di mana seorang pemimpin atau pengawas bertindak sebagai mentor kepada 10-20 orang murid yang akan menjadi ahli.Dengan kuota pengawas dan bilangan murid disekolah,saya yakin bilangan ini mencukupi dan dengan itu pemimpin akan memantau secara bertrerusan ahli kumpulan mereka dan sudah tentu pendekatan kasih sayang boleh diamalkan.”

Apakah yang kita fikirkan sekarang?semasa ana dengar ucapan ni,tedetik dalam hati..”wah,tiada lagi usrah underground!”..Hal ini perlu diberi perhatian kerana dasar yang diperkenalkan oleh Tuan Ketua Sektor merupakan modus operandi kita bagi menyantuni remaja-remaja selama ini.Tuan Ketua Sektor berkata lagi..

“ Pengawas boleh mengadakan siri-siri perjumpaan secara berterusan dengan ahli kumpulan mereka dan jika ada diantara ahli kumpulan mereka yang terlibat dengan salah laku diluar kemampuan penasihat mentor,mereka boleh merujuk kepada guru-guru bimbingan kaunseling disekolah atau lain-lain guru disekolah.”

Ana terus tersenyum..senyum dan otak terus ligat memikirkan sesuatu..Apakah peranan ana disini?

Allah Maha Mengatur..Allah Maha Bijaksana..

Ana rasa bagai nak menitiskan air mata,kerana ana telah dipilih daripada ratusan Ketua Pelajar di negeri Trg ini bagi membentangkan RESOLUSI BELARA 310709.Ana rasa hikmah yang Allah bagi,sepatutnya hari tu,(31 Julai 2009) ana jadi fasilitator KBM kat SMK Paka,tetapi pengurusan sekolah canceled hari Khamis.Kalau KBM diteruskan seperti yang dirancang,ana tak akan datang Persidangan Ketua Pelajar ni.

70% modul Agenda Penjenamaan semula daripada buah fikiran ana,disokong oleh jiwa yang ditarbiyyah sejak sekalian lama oleh antum semua.Membina Mentor-mentor/ naqib-naqibah di setiap SMK/SMKA di negeri Trg..satu cabaran dan tanggungjawab yang besar!

Ucapan ana dihadapan pegawai JPN dimulai dengan Keratan surah As-Saf,ayat3:

“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berjuang dijalanNya dalam Saf yang teratur,mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh”

Ana ingat satu ayat yang membuatkan Ketua Pelajar SMK Agama Wataniah dan SMA Imtiaz ucap tahniah kat ana.

“Kami percaya dan yakin,pembinaan jati diri pelajar yang paling sempurna adalah menggunakan pendekatan mentoring and coaching..ataupun pelajar Sekolah Berasrama Penuh kenali sebagai Smart Group dan pelajar Sekolah Agama kenali sebagai usrah dan halaqah!,ianya adalah tarbiyyah ruhiyyah menggunakan pendekatan wahyu Allah swt yang sangat lembut dan meyakinkan!”..

Berikut ialah kandungan RESOLUSI BELARA 310709.

1)Menukar sistem pelantikan pengawas disekolah melalui guru kepada sistem pilihanraya

2)Menukar nama Badan Pengawas kepada Majlis Pemimpin Pelajar

3)Mengiktiraf Majlis Alumni Ketua Pelajar Negeri Trg (PEMANCAR)

Seusai ucapan..ana dapat banyak respon yang baik dan..button save gaza,baju islamic brotherhood habis dijual (ana sempat dakwah material)..

PERANAN DI SMKSI.

Setibanya di sekolah,ana mula merangka beberapa perkara penting bagi merealisasikan pembinaan saf-saf naqib-naqibah di SMKSI.Cadangannya, mereka akan terdiri daripada 16 orang pelajar yang akan memenangi pilihanraya MPP pada tahun hadapan.Maksudnya, naqib-naqibah ialah Ahli Majlis Tertinggi sekolah.Memandangka n sistem kepemimpinan SMKSI belum menggunakan sistem pilihanraya, ana telah merangka sistem pilihanraya di SMKSI berdasarkan analisis sistem Al-Amin dan MRSM Kuala Terengganu.Sehubung an dengan itu,saru manual kerja bertajuk ‘Anjakan Paradigma:Ke Arah Tradisi Bukan Polisi’ telah dibentangkan.

Alhamdulillah, generasi ana menjadi generasi pelopor sistem pilihanraya di sekolah dan yang paling berat,sistem mentoring and coaching@naqib- naqibah.Selepas beberapa kali bermesyuarat dengan pentadbiran, alhamdulillah. .PK HEM SMKSI,En Alias bin. Salleh telah memberikan persetujuan untuk mengubah sistem kepemimpinan di sekolah bermula pada tahun 2009.

Perbincangan dengan Hj Fakhrul (SU JIM Trg) dan Muzahar bin Hitam (JK Tarbiyyah) mengenai RESOLUSI BELARA 310709.

Perkara ke-3 dalam Resolusi ini ialah JPNT mengiktiraf Majlis Alumni Ketua Pelajar Negeri Trg (PEMANCAR),tetapi perkara ini masih dalam perbincangan. Oleh hal yang demikian,sepantas kilatnya Hj Fakhrul memberikan idea.Cadangannya, pihak JIM Trg akan menolong penubuhan alumni ini.Tujuannya ialah supaya bekas Ketua Pelajar di Trg ini mendapat seruan kita.mendapat fikrah islami yang syumul dan berjuang bersama saf kita! Setelah berbincang sekalian lama,Pihak KRJ akan menganjurkan PEMANCAR (Pertubuhan Alumni Ketua Pelajar Trg) kita akan mengumpulkan kembali bekas Ketua Pelajar di Negeri Trg dengan menggunakan bantuan dana daripada JPN Terengganu.Ana diamanahkan memikul tanggungjawab ini.Ana akan cuba sedaya upaya..Betapa berkualitinya mereka ini..

Persoalan yang ana ingin lemparkan.

1) Siapakah yang akan bantu ana membina Naqib-naqibah Rasmi di SMK Sultan Ismail tahun 2009 nanti?

2) Adakah kita akan biarkan Ketua-Ketua Pelajar di Negeri Trg ini begitu sahaja sedangkan peluang sudah terbentang dihadapan mata?

Bersambung.. Manual Misi Remaja 2..

Ikhwah ini ialah Muhammad Mus'ab Muzahar anak kepada Akh Muzahar

Category: | 0 Comments

Ya Ilahy..

Kemanakah bisa ku bawa diri ini..
Kemanakah harus ku nyatakan hati ini..
Kemanakah harus ku sandarkan keluh ku ini..
Hatiku menghiba..
Jiwaku merana..
Aku rasa kehilangan..
Hilang yang teramat sangat..

Engkau tahukan Ya Allah..
Bertapa aku perlukan-Mu..
Mengharap pada-Mu..
Aku tak mampu hidup sendiri..
Tanpa Engkau..
Aku tiada apa-apa..
Kerana aku ibarat..
Burung yang kepatahan sayap..

Ya Ilahy..
Di saat ini...
Di ketika ini..
Di waktu yang bersisa baki ini..
Aku teramat mengharap dan mendambakan pengampunan-Mu..
Tiada lain yang ku harapkan..
Kerana dengan pengampunan serta redho-Mu..
Hidup ku di berkati..
Tolonglah Ya Allah..
Tolonglah aku yang teramat lemah ini..

Ya Ilahy..
Andai syurga tidak pernah ada untukku..
Aku berharap Engkau sentiasa ada untukku..

Andai syurga tidak pernah tertulis untukku..
Aku berharap aku akan terus menulis nama-Mu di hatiku..

Andai syurga tidak Engkau redho untukku..
Aku berharap redho-Mu sentiasa mengiringiku hingga hujung nyawaku..

Ya Allah..
Degup jantung ini sentiasa mendamba ampunan-Mu..
Setiap alirannya mengalir cinta pada-Mu..
Disaat dosa itu terus berlansung..
Hatiku umpama..
Di remuk..
Di cincang..
Di campak..
Di buang..

Akulah yang menzalimi diri sendiri..
Terimalah aku kembali Ya Allah..
Terimalah taubatku..
Bersihkanlah aku Ya Allah..
Izinkanlah aku menjadi hamba-mu yang di redhoi..

Everytime.. You feel you cannot go on.. Turn to Allah.. Ensya Allah..

Aku damba keampunan mu..

Laillahailla anta suhanakainni kuntu minazzolimin..(T_T)

Category: | 0 Comments

KARISMA Setuju Usaha Meneliti Semula Sukatan Kursus BTN


Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) bersetuju dengan keputusan jemaah menteri untuk meniliti semula sukatan kursus Biro Tata Negara (BTN) dan memastikan program ini menyemai semangat patriotisme dan nilai positif yang sebenar di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia seperti yang telah digariskan dalam objektif kursus tersebut.


Penelitian tersebut harus melibatkan pendapat masyarakat madani melalui wakil sedia ada seperti aktivis masyarakat, badan bukan kerajaan, ahli akademik dan mahasiswa yang pernah menghadiri kursus ini. Pandangan dari semua pihak perlu diambil kira sebelum penelitian menyeluruh dilaksanakan agar usaha mengemas kini sukatan tersebut benar-benar berkesan dan bukan hanya mencukupkan syarat semakan semula sukatan kursus.


25 November lalu, Kerajaan Negeri Selangor melalui Exco Pendidikan Tinggi, Dr Halimah Ali telah mengumumkan bahawa semua kakitangan kerajaan negeri dan pelajar IPT milik kerajaan negeri itu dilarang menyertai kursus BTN kerana kursus tersebut bermotifkan doktrinasi politik dan perkauman. Sebagai maklumbalas, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menafikan dakwaan serta menyebut bahawa sekiranya kerajaan negeri Selangor tidak mahu menyertai kursus BTN, maka itu adalah pilihan kerajaan negeri Selangor sendiri.


KARISMA turut mendapat maklumbalas daripada mahasiswa yang telah menyertai kursus tersebut bahawa dakwaan yang dibuat oleh Dr Halimah Ali ada kebenarannya. Memupuk sifat jati dalam diri setiap warganegara Malaysia adalah amat wajar, namun sekiranya penyampaian pengendali kursus menyentuh sensitiviti kaum, pasti ianya akan menyebabkan akal waras peserta sukar menerima fahaman yang diberikan. Dakwaan adanya tuduhan terhadap individu-individu tertentu yang dilihat bertentangan dengan haluan kerajaan pusat juga tidak perlu dilakukan di dalam kursus yang bertujuan menanamkan sikap patriotisme dan perpaduan masyarakat. Apatah lagi jasa-jasa kerajaan adalah sebenarnya tanggungjawab sebuah kerajaan yang dilantik rakyat, bukanlah senarai budi yang perlu dikenang dan dijadikan hutang oleh rakyat.


Meskipun modul JARI (Jasmani, Rohani, Emosi dan Intelek) sejak sekian lama digunakan dalam kursus BTN didakwa berjaya memupuk semangat patriotik namun kadangkala terdapat beberapa pengendali kursus ini yang telah mengambil kesempatan menimbulkan fenomena perkauman dan doktrinasi politik seperti yang didakwa oleh exco pendidikan kerajaan negeri Selangor baru-baru ini. Dakwaan ini perlulah dikaji dan diatasi segera oleh pihak yang berwajib.


Tegasnya, KARISMA berpendirian bahawa usaha mengemas kini dan menyemak semula sukatan kursus BTN perlu diteliti dengan mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak. Hasil semakan tersebut juga perlu didedahkan kepada umum supaya kerajaan dilihat adil dan telus berhubung isu ini. KARISMA juga menyarankan supaya latihan produktif yang selaras diberikan kepada semua pengendali kursus agar objektif kursus dalam menyatupadukan kaum dan semangat cintakan negara tercapai. Usaha ini harus dilaksanakan bersungguh-sungguh oleh Jabatan Perdana Menteri kerana sebelum ini sudah terdapat aduan dari ibu bapa peserta mengenai BTN tetapi tidak mendapat liputan seperti yang berlaku selepas larangan kerajaan negeri Selangor ini.


Pencapaian kursus Biro Tatanegara dengan mendapat maklum balas daripada peserta kursus akan datang diharapkan bersih daripada sebarang dakwaan doktrinasi politik mahupun perkauman. Adalah juga diharapkan sukatan kursus BTN yang baru benar-benar meningkatkan semangat cintakan negara, taat setia dan perpaduan masyarakat Malaysia seperti mana yang ingin diketengahkan dalam konsep 1 Malaysia.


Kesimpulannya, KARISMA ingin menyarankan tiga perkata utama sepertimana yang telah disebutkan diatas iaitu:

1. Usaha mengemas kini dan menyemak semula sukatan kursus BTN perlu diteliti dengan mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak.

2. Hasil semakan tersebut juga perlu didedahkan kepada umum supaya kerajaan dilihat adil dan telus berhubung isu BTN.

3. Latihan produktif yang selaras diberikan kepada semua pengendali kursus agar objektif kursus BTN ini dapat dicapai.

--
ABDULLAH OMAR BIN MUHAMAD FUAD
PRESIDEN
KELAB RAKAN SISWA ISLAH MALAYSIA (KARISMA)


Category: | 0 Comments