KARISMA adalah akronim bagi Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia, sebuah institusi mahasiswa yang ditubuhkan di atas inisiatif Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melalui Jawatankuasa Institut Pengajian Tinggi JIM (JIM-IPT).
KARISMA adalah akronim bagi Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia, sebuah institusi mahasiswa yang ditubuhkan di atas inisiatif Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melalui Jawatankuasa Institut Pengajian Tinggi JIM (JIM-IPT).
2)Keindahan BersamaMu (KBM) Imtiaz Kospint pada 25-27/03/2010-sudah
ustaziatul alam
Bersama Islam Membina Masyarakat
taaruf sesama kita
ReNunGaN pEnGubaT RiNdu
“Demi Tuhan yang jiwaku berada dalam tanganNya, hendaklah kamu menyuruh kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar, atau nanti Allah akan menghantar azabnya ke atas kamu, kemudian kamu berdoa kepadaNya dan Dia tidak memperkenankan lagi doa kamu” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).
Untuk itu seseorang yang melihat mungkar hendaklah berusaha mencegahnya dengan kadar kemampuannya. Sabda Nabi s.a.w juga: Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemunkaran maka hendaklah dia ubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu maka dengan hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman.” (Riwayat Muslim).
Author: KARISMA Terengganu on
Rabu, Disember 23, 2009
Berlalu sudah tahun 1430 H bersama pelbagai memori suka duka terutama terhadap umat Islam di dunia ini.1431 H pula menjengah, yang bakal kita selusuri..Apakah setiap duka yang kita lalui selama berada di tahun 1430 H akan berterusan kita alami? Adakah saudara-saudara seakidah kita di Palestin, di Iraq, di Selatan Thai, akan kekal ditindas seperti di tahun 1430 H? Setiap kali datang tahun baru,sama ada tahun masihi mahupun tahun hijrah, azam baru, matlamat baru, impian barukita cipta untuk di kecapi.. namun sebagai seorang Islam ada tak kita selitkan dalam azam kita itu untuk membantu saudara-saudara seakidah kita, samada melalui bantuan tenaga, material, kewanganwalau doa sekali pun? Isu Palestin yang telah lama bergolak dengan serangan udara Israel ke Genting Gaza, hujanan bom dan peluru berpandu dari pesawat pejuang Israel menjadi agenda utama perbincangan antara pertubuhan-pertubuhan Islam, NGO-NGO Islam, wakil-wakil negara demi mencari kesepakatan untuk membantu saudara-saudara seakidah kita. Bantuan kewangan, perubatan, makanan,pakaian dihulurkan berterusan dari serata dunia. Ia dilihat seakan 1 dunia sedang menyokong Palestin, negara Islam yang ditindas, namun hakikatnya, masih ada diantara kita yang masih bersenang lenang, memandang enteng tiap apa yang telah terjadi pada saudara seakidah kita. Bukan hanya di Palestin, di Selatan Thailand contohnya, umat Islam berada dalam keadaan cukup sengsara. Ke mana sahaja mereka pergi, ada kegusaran melanda hati, seakan ada mata-mata sedang memerhati, umpama diri sedang menuju mati.Jika berada di luar rumah, berkemungkinan kan di tembak seperti seorang guru agama Islam dan anak lelakinya berumur 13 tahun terbunuh selepas melalui pusat wilayah pada lewat malam, seorang calon pentadbiran tempatan Islam ditembak mati ketika pulang mengerjakan solat di sebuah masjid di Pattani, seorang wanita Islam pula yang merupakan sukarelawan pasukan keselamatan kampung ditetak mati di ladang getah di tempatnya bekerja di wilayah Pattani..Bukan hanya di luar rumah tidak selamat, bahkan tempat yang selama ini digunakan untuk berlindung terik panas dan lebat hujan juga diceroboh,. Seperti mana yang telah berlaku pada sebuah keluarga apabila penembak menyerbu rumah mereka, melepaskan tembakan ke arah penghuni dan melarikan diri yang membawa kepada kematian 3 orang Islam, bahkan ada juga seorang lelaki Islam telah mati ditembak di dalam rumah ketika sedang berbuka puasa. Begitu banyak siksaan, herdikan, cercaan, hinaan, kesakitan, kepayahan dan kesedihan terpaksa ditanggung oleh saudara-saudara kita ini. Itu hanya lah sebahagian dari jerit perih yang mereka lalui. Kita yang berada di Malaysia, satu tanah bertuah dikurniakan Allah kepada kita, yang mana dapat merasa nikmat keamanan tanpa sebarang peperangan melanda, seharusnya bermunajat bersyukur kepada Ilahi di atas segala nikmat ini. Sepertimana firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 10:
Maksudnya: " Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.".
Ketika saudara kita dalam kesulitan, kita sebagai saudara mereka seharusnya membantu apa yang termampu, sekurang-kurangnya dengan berdoa kepada Allah agar dipermudahkan urusan fisabilillah mereka di sana. Jangan hanya duduk membaca,menonton dan mendengar berita sahaja. Hulurkan bantuan, ringan kan beban. Martabat dan maruah Islam perlu dinaikkan kembali, jangan kita biarkan Islam terus diinjak-injak oleh kuffar laknatullah. Ayuh kita buktikan, kita hari ini sudah perlu memikirkan relung strategik yang bakal dimasuki selepas menamatkan pengajian di IPT dalam meneruskan kerja-kerja dakwah. Perlu difikirkan mulai hari ini, “Apakah bentuk sumbangan yang aku boleh lakukan? Adakah aku boleh menyumbang dalam kebajikan masyarakat? Dakwah kampus? Dakwah masyarakat majmuk? Isu antarabangsa? Dakwah melalui media dan penulisan? Dakwah remaja sekolah? Atau di mana?”(Abdullah Omar – Presiden KARISMA 2009, ucapan dasar PKN 09)..Segala kerja dakwah ini lah yang akan memacu kita ke arah menaikkan kembali Islam, menegakkan kembali segala syariat Islam dan membentuk kembali umat Islam yang berpegang teguh pada tali Allah
Mari lah kita bersama-sama memperbetulkan niat kita memasuki tahun baru hijrah ini, dengan azam dan tekad yang jitu untuk terus membantu ISLAM, saudara –saudara seIslam, tidak kira dalam apa jua cabang dan bidang, agar Islam terus terbilang seperti zaman silam..wallahua'alam
0 comments to “BERSAMA BERHIJRAH - MAA AL-HIJRAH”
Catat Ulasan