Subscribe RSS

'Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, kasihanilah diriku ini Ya Allah, ku pohon kpdMu janganlah kau cabut nyawaku melainkan aku benar-benar dlm iman dan kasihMU, ku pohon dgn penuh harap Ya Allah, perkenankanlah doaku....ameen Ya Rabb..
 
 ~PUTERIKU SITI HAJAR-PERMATA HATI AYAH DLM KENANGAN~
Hati mana tak akan pilu apabila anak tersayang diambil di kala kasih sayang sedia terbelai. Perasaan mana tidak hiba apabila permata hati dirampas ketika dalam dakapan mesra. Emosi mana yang tidak terganggu apabila insan harapan ghaib dalam sekelip mata. Mungkin rintihan ini dek kerana “emotional outburst” yang melulu dan tidak terkawal. Tetapi hakikatnya itulah perasaan seorang ayah yang kehilangan anak tercinta ……

Ikhwanul Muslim,
Langkah kalian penggerak jihad
Seruan kalian penggema syari'at
Sikap kalian ciri pemimpin sejati
Yang meninggikan Islam
Di atas Qur'an dan Sunnah


Akhwatush Sholihah
Doa kalian penyangga hati
Izzah kalian penyemangat jiwa
Sikap kalian ciri bidadari
Pendamping para mujahid
                                      Di bawah cinta sang Robbi 
                    Allohu Akbar...Allohu Akbar
Bangunlah wahai aktivis dakwah
Bulatkan tekad, satukan ukhuwah
Pembela umat, eratkan persaudaraan

Allohu Akbar...Allohu Akbar
Bangkitlah wahai aktivis dakwah
Nyalakan semangat, jangan pernah gentar
Hadapi segala rintangan, enyahkan kebathilan

Allohu Akbar...Allohu Akbar
Berjuanglah wahai aktivis dakwah
Jauhi maksiat, tumpas kedzaliman
  Penerus perjuangan para tentara Alloh

                                                Allohu Akbar...Allohu Akbar
                                                Bergeraklah wahai aktivis dakwah
                                                Penegak syiar Islam, penggerak sunnah
                                                Bukti cinta para perindu Jannah 

                                                                                       - ar Ruhul Jadid/semangat baru -



Category: | 0 Comments



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Segala puji bagi Allah dan selawat serta salam bagi Rasulullah, kepada para sahabatnya dan semua yang mengikutinya.


Ikhwah dan Akhawat yang dimuliakan,
Saya dahulukan dengan sapaan Islam yang mulia: 
Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.



Dengan kehendak Allah Azza wa Jalla, saya mengambil tanggungjawab yang besar ini, yang mana Allah telah tetapkan untuk saya, dan dengan permintaan dari gerakan Ikhwan Muslimun(IM) yang saya sahutnya dengan sokongan dari Allah. Dengan sokongan anggota Ikhwan Muslimun, saya berharap untuk mencapai tujuan-tujuan yang besar yang kami curahkan seluruh tenaga kami, semata-mata kerana Allah

Category: | 0 Comments

Tiadalah perkara lain yang lebih menakutkan pihak musuh Islam terhadap manusia Muslim yang berada di IPT-IPT seluruh dunia melainkan satu kelompok yang berasaskan Jemaah Harakah Islamiyah. Illuminati sedar bahawasanya ketentuan halatuju, kemantapan, perancangan dan kesinambungan perjuanhan harakah islamiyah bagi sesebuah negara Islam akan bergantung sepenuhnya terhadap kekukuhan manhaj setiap mahasiswa yang bergelar jemaah.

Persoalannya sekarang mengapa ahli Jemaah sangat merbahaya kepada Illuminati?
Mahasiswa yang berjemaah tidak sama intergriti intelektualiti nya dengan mahasiswa yang tidak berjemaah walaupun kedua-dua mahasiswa tersebut berada di bidang Pengajian Ilmu-Ilmu Islam. Mahasiswa yang memperjuangkan Islam tanpa menyertai jemaah umpama seorang Muslim yang bersolat seorang diri di dalam masjid. Menurut bekas Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Allahyarham Dr. Mustapha Masyur, kerja-kerja secara berjemaah adalah wajib;
“Oleh kerana bagi mencapai tujuan yang besar ini (jihad) merupakan kewajipan yang difardhukan oleh Islam ke atas umatnya, dan tidak mungkin dicapai kecuali dengan berjemaah dan kerja-kerja jemaah, maka kerja berjemaah ini menjadi wajib.”
(Mustapha Masyur, Jalan Dakwah: Antara Qiyadah dan Jundiyyah, hlm 7)

Perjuangannya mungkin kelihatan murni dan benar tetapi kekuatan dan keampuhan perjuangan itu kurang keberkesanannya dan mungkin hanya akan berlegar di dalam diri sahaja. Berbanding dengan mahasiswa yang berjemaah, walaupun teramat kecil bilangannya tetapi wadah perjuangan dikawal bai’ah yang mengikat persetiaan hidup dikalangan ahli-ahli jemaah.
1. Mahasiswa Islam yang berjemaah mempunyai hierarki kepimpinan yang sangat sistematik walaupun tidak direkodkan seperti perlantikan Amir dan Amirah, Naqib dan Naqibah bagi sesuatu kumpulan-kumpulan kecil.
2. Mahasiswa Islam yang berjemaah mempunyai sistem pembelajaran ilmu Islam yang tersusun melalui usrah-usrah di peringkat kelompok, Kolej dan IPT. Selain itu, jemaah juga perlu menghadiri tamrin-tamrin yang dijadualkan oleh para amir dan amirah.
3. Mahasiswa Islam yang berjemaah mempunyai ikatan persahabatan seumur hidup berasaskan baiah yang diucapkan.
Namun begitu, muslim tanpa menyertai jemaah ada peranannya tersendiri mengikut kemampuan yang ada. Manakala muslim yang berjemaah tetapi akhirnya meninggalkan perjuangan selepas tamat pengajian adalah lebih mengaibkan kerana ia bisa saja melunturkan semangat ikhwan-ikhwan di dalam jemaahnya.

Kepimpinan Illuminati Adalah Golongan Intelektual
Di dalam Illuminati sendiri, golongan yang mempelopori gerakan itu ialah bekas-bekas pelajar universiti dari pelbagai bidang. Hatta sejarah Illuminati sendiri, jika dilihat ianya juga ditubuhkan oleh golongan berpendidikan iaitu Dr. Adam Weishaupt yang berpendidikan Undang-Undang malah menjadi profesor undang-undang di Universiti Ingolstadt, Jerman. Tidak ada kepimpinan di dalam Illuminati mahupun secret society yang lain seperti Trilateral Commission, Bilderberg Group, Club Rom, Skull & Bones dan sebagainya mengambil individu tidak berpendidikan untuk menerajui organisasi.
Individu yang berpendidikan atau berilmu sangat tinggi nilainya malah Allah sendiri berfirman tentang orang-orang yang berilmu bahawasanya;
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain), maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (serba-serbinya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjah orang-orang yang beriman diantara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengethauan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjah dan (ingatlah) Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan.”
(al-Mujadalah: 11)
Saidina Ali bin Abi Talib mengatakan;
“Wahai Kamil ilmu itu baik dari harta kerana ilmu menjaga kamu sedangkan harta kamu yang menjaganya. Ilmu menjadi hakim sedangkan harta dihukumkan atasnya dan harta semakin berkurangan dengan dibelanjakan sedangkan ilmu semakin bertambah apabila diamal dan digunakan.”

Pensyarah Berjemaah Sentiasa Diperhatikan Musuh Islam
Walaupun pada hakikatnya jemaah-jemaah di IPT diuruskan secara total oleh mahasiswa tetapi musuh-musuh Islam tahu pendokong yang membantu dari belakang ialah para pensyarah yang berfikrah Islam. Golongan pensyarah sentiasa diperhatikan gerak-gerinya khususnya berkaitan hubungan mereka dengan pelajar-pelajar kelas mereka. Illuminati amat takutkan golongan ini kerana mereka sentiasa menjadi perangsang semangat kepada pelajar-pelajar mereka yang berjemaah malah masa dan harta benda mereka juga diinfakkan untuk kerja-kerja amal jemaah.
Bagi Illuminati, golongan kecil ini boleh menjadi faktor penyebab lahirnya pejuang-pejuang Islam berstatus intelektual di peringkat global. Golongan pejuang Islam yang berstatus profesional lebih membahayakan bagi puak Illuminati kerana pemikiran mereka ‘out of box’ dan manhaj yang dipegang juga kukuh dan sukar tergelincir dari landasan jihad.
Apabila Jemaah Mempunyai Ilmu Konspirasi, ia lebih membahayakan Illuminati
Apabila seseorang ahli Jemaah mempunyai pengetahuan dalam hal ehwal konspirasi Zionis, sudah pasti ia menjadi batu bara untuk golongan Illuminati kerana golongan seperti ini sudah pasti tidak duduk diam sahaja memerap ilmu-ilmu itu melainkan ianya dikaji dan disebarkan dengan pelbagai cara. Jemaah yang mempunyai pengetahuan konspirasi Illuminati kemungkinan boleh menjadi penghalang utama kepada perancangan Illuminati untuk menyerap masuk ke dalam parti-parti Islam. Jemaah seperti ini akan sentiasa bertindak memerhati dan menyelongkar segala macam anasir-anasir yang dikira boleh merosakkan parti-parti Islam. Jemaah sebegini sangat proaktif dalam membentuk mekanisme khusus bagi menapis agen-agen tersembunyi di dalam kepimpinan parti. Kemungkinan juga pihak Illuminati hanya boleh memilih jalan menamatkan riwayat golongan ini dengan segala macam kejutan yang tidak diduga bagi memastikan perancangan mereka berjalan dengan sempurna. Namun hakikatnya golongan ini sukar dikesan dan dibukakan rahsia hati mereka.

Baitul Muslim adalah hakikat ketakutan IlluminatiDi dalam jemaah harakah Islamiyah yang bergerak di IPT-IPT sekarang ini, hanya ada satu perkara yang pada pandangan kami paling ditakuti oleh Illuminati. Perkara itu ialah Baitul Muslim. Walaupun agak ganjil bunyinya tetapi perlaksaan Baitul Muslim di semua peringkat harakah Islamiyah kiranya boleh menggugat perancangan Illuminati secara jangka panjang. Ini kerana, objektif Baitul Muslim (BM) adalah melahirkan keluarga Muslim yang berfikrah Islam melalui pasangan-pasangan yang sama fikrahnya. Mahasiswa yang berjemaah walaupun tidak aktif sudah pasti akan terpahat dalam dirinya akan mendidik seluruh ahli keluarganya kelak agar menyertai jemaah. Apabila ramai ahli jemaah dikalangan golongan muda berpelajaran tinggi maka jarum-jarum sekular yang menyuntik dunia ilmu Islam sejak ratusan tahun dahulu mudah dikeluarkan.

Kesimpulan
Setiap konspirasi dari Illuminati dalam meranapkan harapan masyarakat Islam secara hakikatnya dapat dilihat akan menjurus kepada menghancurkan jemaah harakah islamiyah dalam apa cara sekali pun. Meskipun perancangan Illuminati itu untuk memusnahkan jemaah Islam seluruh dunia tidak dinyatakan secara zahiriah dan bertulis tetapi hambatan waktu yang menimpa ke atas setiap jemaah Islam di seluruh dunia membuktikan jemaah sangat dibimbangi Illuminati. Illuminati sedar jemaah adalah satu-satunya tentera tersembunyi tanpa senjata bagi masyarakat Islam yang akan melancarkan daulah Islamiyah secara serentak di bawah pengawasan ulama’. Illuminati juga sedar cara terbaik menghalang pengaruh jemaah ini adalah dengan menguasai sistem-sistem politik dalam negara dari segenap sudut dan menggunakan orang-orang Islam sendiri yang berfahaman sekular sebagai jambatan aliran perancangan mereka

Category: | 0 Comments

Alhamdulillah..Jumaat, 15 Januari 2010 dilalui dengan penuh bersemangat oleh kami semua. Seramai 3 ikhwah dan 3 wakil akhawat KARISMA Zon Utara telah menjadi wakil ke Sanggar Kerja di Kerteh, Kemaman.

- Program bermula jam 9.15 pagi, dibuka dengan alunan ayat-ayat suci al-Quran, surah al-Hujarat, ayat 1-18 oleh Pengerusi Tarbiah Negeri, pakcik wa ustaz Muzahar , a.k.a uncle Muz.

- Selepas ucapan alu-aluan dan perasmian majlis, sesi pembentangan dimulakan. Ikhwah akhawat dibahagikan kepada 6 kumpulan untuk membincangkan skop-skop program yang berbeza-beza.

- Program berhenti seketika untuk solat jumaat/zohor dan makan tengahari yang kemudiannya disambung sekitar 2.45 ptg.

- Pembentangan terakhir melibatkan perancangan KARISMA Zon Utara menuju FIDAK 2015 (Fikrah Islam Dominan Alam Kampus) dan perangkaan KRA IPT dibentangkan oleh akh Izhar Syafawi(pemangku ameer/timb.pengerusi 1) dan ukhti Siti Sakinah (JK TPSM).

- Antara isi pembentangan merangkumi;


Ø VISI dan MISI FIDAK 2015 yang perlu difahami

Ø VISI - Menjadi sebuah gerakan mahasiswa kontemporari yang menjana perubahan ke arah tertegaknya syariat Islam di Malaysia

Ø MISI - Beriltizam untuk melahirkan mahasiswa du’at soleh wa musleh yang cemerlang dari aspek sakhsiah, kepimpinan dan akademik melalui program pembangunan insan yang komprehensif

- Menggembleng tenaga mahasiswa ke arah merealisasikan Fikrah Islam Dominan Alam Kampus

(FIDAK) menjelang 2015

Ø Rancangan FIDAK (RF) melibatkan RF 1, RF 2 dan RF 3

Ø RF 1 meliputi TPSM dan Dana, RF 2 merangkumi perhubungan dan targeted tajnid, RF 3 iaitu Public Opinion Leadership (POL) dan Pilihan Raya Kampus (PRK)

Ø Cabaran/permasalahan yang timbul dan kaedah penyelesaian yang cuba diambil dan diketengahkan agar FIDAK yang dirancang dapat dicapai dalam masa yang ditetapkan

Ø Ahli KARISMA di IPT sekitar Terengganu Zon Utara akan cuba untuk mendekati dan menyebarkan fikrah islam di kalangan warga kampus IPT masing2

Ø Membentuk tanzim di Terengganu Zon Selatan agar memudahkan kerja-kerja pentarbiyahan diteruskan di sana

- Sesi soal jawab yang turut diadakan sepanjang pembentangan digunakan sepenuhnya oleh ikhwah akhwat bagi menanyakan perkara yang tidak difahami dan juga melontarkan idea masing2 agar kerja-kerja tersebut dapat terus dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

- Program ini berakhir sekitar 5.30 petang, dengan bacaan doa Rabitah oleh ustaz Mazlan, YDP Kemaman


Alhamdulillah, kelmarin (08 Jan 10) kami di Terengganu telah menerima jaulah delegasi ikhwah akhwat Brunei kira-kira 30 orang. Sambutan delegasi Brunei diadakan di Dedaun Resort, Pantai Batu Buruk. Di resort ini acara sambutan dimulakan dengan solat Isyak berjemaah, sesi taaruf serta makan malam di rumah masing-masing. Kira-kira jam 9.45 mlm semua akhwat bergerak ke rumah ikhwah (sebelah je) untuk meneruskan perancangan aktiviti pada malam itu.

- Acara dimulakan dengan alunan kalamullah, surah al-Kahfi (ayat 1-13) oleh qari Akh Masrul Ariffin dan bacaan tafsir oleh Akh Redhuan.

- Acara diteruskan dengan sedikit perkongsian rohani dengan Ustaz Zawawi.
> dalam menghayati dan berdakwah untuk Islam, sebagai umat Islam kita perlulah bersatu dan bersama berusaha
> jalan dakwah itu hanyalah 1 dan jalan itu lah yang pernah dilalui oleh Rasulullah SAW, para sahabat, dan para pendakwah lain.
> Islam adalah agama ukhuwwah, agama mahabbah yang membawa rahmatan lil'alamin
> usaha adalah suatu perkara yang sangat penting untuk kita laksanakan diikuti dengan tawakkal kepada Allah Taala. Jika hari ini kita berdoa, ianya mungkin tidak dimakbulkan sekarang, dan kita mungkin tidak kan merasai nikmat apabila doa itu dimakbulkan, namun generasi2 kita seterusnya yang akan dapat merasainya.
>sekarang kita perlu fikirkan apa yang perlu kita capai di masa akan datang
>apakah persediaan kita untuk kekal berada di jalan Allah, dari aspek pembinaan peribadi muslim, baitul muslim dan seterusnya
>aqidah yang kuat adalah amat diperlukan dalam setiap insan, kerana kita merupakan generasi/aset penerus perjuangan mereka2 yang lepas dan masa depan Islam adalah terletak pada diri kita
>dakwah ini teletak di atas 3 tonggak iaitu; mairufatullah (mengenal Allah), solahunnas (keperibadian yg unggul) dan mahabbah ( kasih sayang antara sesama insan)
>berkata Imam Hasan al-Banna; ' perkara pertama yg aku minta secara praktikal untuk memuhasabah diri kita semua, antaranya adalah;
~ ada masa dalam seharian untuk membaca alQuran
~ hafal sekurang2 nya 1 ayat sehari
~ jaga saat muhasabah diri sebelum tidur
~ jangan abaikan solat sunat rawatib
~ utamakan solat di masjid (lelaki) secara berjemaah dan di awal waktu

- acara diteruskan dengan ucapan dari wakil Terengganu dan wakil delegasi Brunei
- acara kemudiannya diikuti selingan video oleh akh redhuan yang begitu teruja dengan video2 koleksinya
- seterusnya ikhwah Terengganu masing2 menunjukkan bakat terpendam bersama ikhwah akhawat lain menasyidkan lagu semangat ' bingkai kehidupan'
- acara sambutan delegasi ini berakhir kira-kira pukul 11.15malam

Perwakilan Terengganu merupakan pembahas keempat dalam sesi pertama perbahasan ucaptama presiden ustaz Abdullah Omar(AO). Ana terpilih dengan izin Allah menjadi pembahas ke-4 setelah diadakan undian pada malam hari yakni selepas tamat majlis yang penuh dengan ‘aksi mendebarkan’ bab kata pak cik Zaid(boleh tanya perwakilan dan pemerhati kita).

Sesi perbahasan dimulakan dengan wakil ikhwah Usim Nilai dan Usim KL sebelum akh sasterawan KARISMA. Beliau menyampaikan beberapa idea. Yang mampu diingat oleh ana adalah menghasilkan lebih ramai penulis dari kalangan KARISMA sendiri kerana dilihat amat kurang menyinar walaupun tentu ramai dari ikh/akh ini yang berpotensi namun kurang digilap. Ucapan baik dari ketiga-tiga perwakilan. Ana lebih fokus kepada bahan yang akan dibawa dalam ucapan ana menyebabkan agak kurang memberi perhatian.

Pertamanya ucapan terima kasih diucapkan kepada mereka yang menyumbang idea, tenaga dan masa untuk membantu ana menyusun isi ucapan. Alhmdulillah setelah melalui perbincangan dengan perwakilan dan pemerhati ikhwah(Izhar, Mus’ab & Hazwan IPGM) pada malam dan pagi itu ana telah menyentuh tiga point utama(dengan izin). Antaranya adalah:

1) firman Allah dalam surah As-saff ayat 10,11:


Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui.

Isu Dana & TPSM

Untuk mendepani RF2 dalam tahun baru ini seperti ucapan Presiden. Sewajarnya RF1 sudah dihadam oleh lokaliti.

Senario di Terengganu Zon Utara telah ana bawa sebagai contoh kepada mungkin lokaliti lain. Seperti kita sedia maklum, program-program tarbawi seperti daurah dan katibah telah acapkali kita dan JIM IPT anjurkan namun sememangnya masih ada ruang yang boleh diperkemas. Sesuatu yang ana tidak sentuh adalah MPSM..para nuqaba’(terutama yang membaca artikel ini) diharapkan dapat lebih proaktif dalam memahami keperluan FIDAK ini. Sesuatu yang menyedihkan sekiranya naqib/ah tidak faham keterdesakan FIDAK yang turut menjadi misi KARISMA. Ana turut menekankan situasi di lokaliti Terengganu Zon Utara yang ‘ketandusan’ dana dan hal ini tidak boleh dipandang ‘sepi’ lagi oleh naqib dan ahli tanzim.

Justeru amat besar harapan kita yang mana ada idea dari qiyadah lokaliti untuk member portfolio kepada timbalan presiden/ameer untuk memegang JK Dana dan JK Pehubungan(networking) yang menjadi agenda dalam RF2 insyaAllah. Namun semuanya perlu disyurakan. Para naqib turut secara automatis merupakan qiyadah yang akan membantu kelancaran tanzim. Untuk pengetahuan semua kredit patut diberi kapada JK TPSM lokaliti kita kerana mendapat pujian dari KNL disebabkan komitmen yang ditunjukkan lokaliti Terengganu Utara.

2) Strategic Position

Ustaz AO telah membangkitkan hal ini dalam ucapan dasarnya. Sudah pasti ada sesuatu yang berlaku yang mungkin cuba ditegur oleh akhi Presiden. Ana menyebut bahawa kita menyokong penuh untuk setiap ahli dalam system tarbiah kita agar mencari bidang tertentu untuk menabur bakti terutamanya selepas bergraduasasi. Pakcik Zaid dalam ucapan perasmian PKN turut menyeru kita untuk fokus kepada lapangan tertentu seperti masalah remaja(ABJZ), hal semasa(Palestin & human right) etc. Jika ingin mendalami sirah pun mungkin boleh dikecilkan lagi skopnya supaya lebih expert.

Firman Allah dalam surah At- Taubah :

41. Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui.

Jika anda pelajar teknologi makanan sekalipun, fikirlah cara-cara untuk menyumbang kepada agama Islam yang kita cintai ini. Bidang belajar formal kita seharusnya menjadi penghalang kita dalam mengejar cinta illahi.

3) Isu Kebajikan

Ana memulakan point terkahir ini dengan ucapan maaf kepada JK Kebajikan KNL kerana kurang memberi tumpuan kepada program kebajikan di lokaliti. Sebelum ini banyak daripada hal kebajikan ini turut menjadi perhatian JK TPSM. Sewajarnya pada tahun ini K-Tganu Zon Utara untuk memperbaiki program kebajikan ini yang mana pentingnya untuk menunjukkan betapa concern kita kepada ikh/akh yang lain.

Ana mengakhiri ucapan yang serba kekurangan itu dengan memetik kata-kata Al Maududi dalam bukunya ‘peranan pelajar’ :

‘‘Pelajar-pelajar yang sedang berada di universiti-universiti dan fakulti-fakulti tentulah sudah besar, matang, mempunyai kesedaran dan boleh membezakan di antara buruk dan baik. Begitu juga pelajaran yang diterimanya membolehkan mereka mengetahui identiti mereka jika mereka mahu dan juga membolehkan mereka maju ke hadapan jika mereka bergerak. Segala kerumitan dalam hal ini bukanlah menjadi beban kerajaan semata-mata, bahkan menjadi tanggungjawab pelajar-pelajar juga. Pelajar-pelajar adalah muda-muda belaka.....’’

Anatara isi kandungan lain dalam perbahasan adalah:

a)keperluan melahirkan Da’ie Five Star yang sarat dengan softskills.

b) nama KARISMA yang telah diguna platform lain

c) utarakan sokongan kepada HEPA dan kerajaan sekiranya apa yang mereka utarakan bertepatan dengan syarak.(media,blog etc)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Dikongsi laporan Mukhayyam de PENYU..moga bermanfaat..
Alhamdulilah, berakhir sudah Mukhayyam de Penyu IPT semalam dengan jayanya. Mukhayyam yang paling lama dijalankan ini (2 tahun; 2009-2010) berjaya mengumpulkan peserta melebihi 50 orang yang terdiri daripada pelajar-pelajar IPT dan lepasan STPM. Mukhayyam selama 1 hari 2 malam ini bermula 31 Dis 2009 – 02 Jan 2010 dan dijalankan di Taman Pertanian Sekayu, Hulu Terengganu.

Hari pertama (malam)

- Program dimulakan sedikit lewat berikutan kelas yang diikuti sebahagian peserta hingga petang Khamis. Perjalanan lebih 1 jam terutama bagi peserta dari Kuala Terengganu tidak mematahkan semangat mereka untuk meneruskan mukhayyam ini. Peserta tiba di tapak perkhemahan sekitar 8.00 – 8.45 malam.

- Selepas solat isyak berjemaah dan makan malam, slot pertama dimulakan oleh ustaz wa pakcik Muzahar bin Hitam, Pengerusi Tarbiyah JIM Negeri dengan tajuk ‘Manhaj Perubahan dan Peranan Syabab & Syuyukh’. Tajuk yang agak berat tidak menyukarkan pakcik untuk mengupas dan memberi isi penting dengan cara menarik bagi memastikan para peserta faham dengan apa yang dibincangkan terutama dari sudut tariq dakwah.

- Slot seterusnya dibawa oleh kem komander (akhi masrul ariffin) melibatkan taaruf, ice breaking dan pembahagian kumpulan. Mukhayyam kali ini agak berbeza kaedahnya berbanding lepas, di mana semua peserta perlu berkawad mengikut arahan dari ketua kawad (akhi redhuan) dan setiap kesalahan kawad akan dikenakan tindakan. Disiplin yang tinggi cuba diterapkan dalam diri setiap peserta, untuk diaplikasi bersama kehidupan mereka dalam memikul tanggungjawab dan amanah. Slot ini berakhir kira-kira 12.45 malam.

Hari kedua (pagi-malam)

- Bermula dengan qiammullail, arahan tegas kem komender berjaya mendisiplinkan peserta untuk tiba tepat masanya, 4.45 pagi ke dewan. Selepas solat subuh berjemaah dan bacaan al-ma’thurat serta sedikit pengisian rohani oleh ustaz wa pakcik Muzahar, peserta diberi masa yang hanya cukup-cukup untuk bersiap bagi aktiviti berkawad dan ‘jogging’ sekitar Taman Sekayu.

- Slot 3 dimulakan seusai makan pagi (disediakan khas oleh tukang masak diraja Pakcik Engku Endong) di mana peserta dibekalkan straw, tali rafia, lidi satey, pisau dan pelekat dengan tugasan untuk membina landasan terpanjang, terkemas, dan yang dapat membawa sibiji bola pingpong untuk melepasi sehingga ke garisan terakhir. Pelbagai aspek diambil kira sesuai dengan tariq dakwah yang mana sebagai seorang dai’e ilallah, kerja berjemaah perlu ditekankan dalam menghasilkan natijah perjuangan yang lurus dan kesepakatan serta ukhwah melengkapkan lagi kerja dakwah dalam merangka misi memburu marthotillah. Slot ini dimenangi oleh pasukan akhawat.

- Slot ke 4, Hayatus Sahabah pula melibatkan ‘game’ mencari sebanyak mungkin belon tergantung di pokok dan tiang, bertanda markah dengan mata tertutup, dan menyelesaikan pembentangan tokoh selama 1 minit sahaja. Belon diibaratkan sebagai mad’u yang ramai dengan pelbagai ragam(warna), dan perlu didekati secara berhati-hati(agar tidak pecah@lari) walau pelbagai halangan mendatang(mata tertutup, digantung tinggi samada pada tiang mahupun dahan pokok).

- Kemuncak mukhayyam adalah ‘jungle tracking’ yang melibatkan 7 ‘checkpoint’, antaranya ‘patah kaki (ikat dengan kayu) dan tangan’, naik turun bukit dalam keadaan kecederaan bermandikan hujan lebat, menyanyi 2 lagu tema mukhayyam iaitu Jalan Juang dan Mars Kepanduan, mencari 7 jenis daun berbeza spesis, menyeberang sungai dengan tali, mengangkat kayu balak yang dikhaskan yang agak berat (1 meter bagi ikhwah dan ½ meter bagi akhwat), mencari bangunan KLCC di ‘perkampungan orang kerdil’, meredah denai dan selut hingga ke tapak permulaan. Namun begitu, hanya dua kumpulan yang berjaya melepasi sungai dan kumpulan seterusnya terpaksa diubah laluannya ekoran air hujan yang mencurah menyebabkan paras air sungai semakin tinggi dan laju. Semua kumpulan telah berkumpul di checkpoint ke 5 untuk solat asar. Walaupun dalam keadaan basah kuyup, solat berjemaah tak sekali-kali dilupakan bertemankan pacat yang merayap di mana-mana saja. Bermula sekitar 3.15 petang, ‘jungle tracking’ berakhir hampir 7 malam dengan peserta ikhwah menamatkan ‘jungle tracking’ mandi di ‘sunway lagoon’ ala Sekayu dan bersolat Maghrib berjemaah di gigi air terjun berlagukan Surah An-Naba’ sebagai bekalan.

- Selepas solat magrib dan Isyak berjemaah serta makan malam, slot fiqh oleh Ustaz Roslan dimulakan, kemudian persembahan oleh para peserta mengenai pengalaman ‘jungle tracking’ yang dilalui serta majlis penutup yang berakhir hampir 1 pagi.

Hari ketiga (pagi)

- Walaupun masih dalam keadaan letih, peserta tetap berqiammullail bermula 5.15 pagi di dewan, diikuti solat subuh berjemaah dan pesanan ringkas oleh kem komander.

- Program berakhir pada 7.00 pagi, berikutan ada peserta terlibat dengan taklimat kokorikulum di universiti pada jam 8.30 pagi.

Dalam bekerja, tolong menolong dan berusaha memberikan yang terbaik serta menjaga hati dan perasaan teman seperjuangan adalah sangat penting. Segala yang dirancang akan menjadi pincang jika timbul perasaan negatif sesama sendiri dan menjejaskan prestasi rancangan kita itu. Jadikan Allah segala sebab kita bekerja..bukan sekadar kerjasama yang penting, bahkan apa yang lebih penting adalah mardhotillah iaitu mencari keredhaan Allah (amanah terakhir kem komander MQy IPT de Penyu)


Disediakan oleh,

Wan Mohd Redhuan bin Wan Azmi @ Nur Juaini bt Mohd Jusoh
Setiausaha Mukhyam de PENYU IPT Terengganu