Subscribe RSS





bismillahhirrahmanirrahim..
alhamdulillah berakhir sudah KBM Imtiaz kelmarin (26-27mac). satu pengalaman baru buat kami dari K-Terengganu Utara (K-TU) berprogram bersama adik2 kasih sayang bakal hafiz/hafizah..bahkan ada antara peserta yg terlibat telah berjaya menghafaz 30juzuk al-Quran..subhanallah
terima kasih diucapkan kepada para moderator krn sanggup menunggu semua ikh/akh dri k.terengganu hadir sebelum memulakan TOT..pada mlm itu, selepas solat isyak ada majlis solat hajat perdana di UMT sempena exam final yang bermula semalam, dan ada juga fasilitator yang ada ujian dan kelas pada khamis malam..itu sebabnya berlaku sedikit kelewatan..tapi apa-apa pun alhamdulillah TOT dapat dijalankan bermula sekitar 11.59mlm-3.00pg..



Jumaat pagi dimulakan dengan slot 1 KMKY yang di bawa oleh akh Mus'ab bersama co-mod K-TU akh Izhar..pertemuan pertama dengan adik2 yg hdir (115 org) dengan pakaian rasmi asrama bersama buku rasmi Imtiaz , mengundang rasa kagum dengan disiplin kuat mereka..mugkin ada yang beranggapan itu perkara biasa, namun bagi sebahagian fasi dari Terengganu Utara yang baru pertama kali hadir ke KBM, ini suatu yang cukup menarik untuk diperhatikan..sewaktu adik2 sayang bersolat Jumaat di masjid berdekatan, adik2 kasih berada di surau membaca surah Yaasin beramai2 dan solat zohor berjemaah..jika permulaan program pagi tadi dipenuhi gelak ketawa, adik2 Imtiaz jadi makin beremosi takkala masuk ke slot INTEAM di waktu petang, kelolaan akh Musa'ab dan co-mod K-TU ukht Sakinah..menghayati erti seorang sahabat merungkai segala ego mereka selama ini, agar menghargai sahabat sekeliling mereka..usai slot kedua, solat asar dan minum petang, slot Badan Cergas Otak Cerdas a.k.a riadhah mengambil alih meregangkan otot2 adik2 ini..

selepas solat maghrib berjemaah, semua peserta berkumpul kembali untuk MAM 1 (kelolaan akhi Aliff) dan MAM 2 ( kelolaan akh Mus'ab bersama co-mod K-TU; akh Redhuan dan ukht Nazifa)..pengendalian yang mantap oleh moderator dan co-moderator sepanjang MAM 1& 2 juga lakonan para fasilitator walupun ada yg baru pertama kali hadir ke KBM alhamdulillah berjaya membuahkan hasil yang jitu..bukan air mata yang kami harapkan dari adik2 ini tapi keinsafan yang datang dan keazaman tuk terus berubah menjadi yang lebih baik..
seusai solat subuh berjemaah Sabtu pagi dan  mendengar tazkirah subuh sekitar 7.05 pagi, adik2 kasih dan sayang bergegas ke asrama bersiap2 untuk slot Kini &  Hijrah (kelolaan co-mod K-TU; ukht Syamimi & ukht Mursyidah) pada pukul 8.30 pg dan diteruskan slot seterusnya Lafaz Yang Tersimpan oleh akh Aliff..sementara adik2 ini berslot di bilik kuliah, para ibu bapa yang hadir di dewan utama dibawa melayari setiap slot yang dilalui oleh anak2 mereka sepanjang KBM oleh akh Sufian..sunyi sepi dewan,mendengar alunan zikir, esakan ibu ayah terutama semasa sesi berdoa untuk anak2..

walaupun hanya sebilangan kecil sahaja ibu bapa hadir (ikut pendftaran hanya 18 keluarga), alhamdulilah segalanya berjalan lancar.. selesai para ibu bapa menulis kad untuk anak2 mereka, kedengaran bacaan selawat oleh adik2 kasih sayang di luar dewan yang sedang bergerak menuju ke dewan utama..sesi penyerahan anak2 dilaksanakan dengna baik, perkongsian oleh anak2 dan wakil ibu bapa..jika sebelum2 ini program KBM berakhir sejurus selepas perkongsian, nmun kali ini di Imtiaz, KBM berakhir dengan ucapan perasmian penutup oleh wakil pihak sekolah..alhamdulillah segalanya dipermudahkan.

wallahua'lam
wassalamu'alaikum wbt





0 comments to “LapOran Keindahan BersamaMu (KBM) a.k.a Kem Bengkak Mata”