sedikit perkongsian dari ana sepanjang KBM Imtiaz..
sewaktu slot bersama ibu ayah, ana berada dibahagian pendftaran..tatkala itu datang seorang ibu bersama anak kecilnya tuk mendaftar..namun dia meminta ana yng menulis namanya, kerana dia tidak mampu untuk melihat dengan baik..saat itu ana teringat kan slot menulis kad pada anak nanti, jadi sememangnya dari awal lagi ana sudah aim untuk berada dekat dengan makcik itu, untuk membantu jika diperlukan..
sepanjang slot bersama ibu ayah yg dibawa oleh akh sufian, ana berada di hadapan bersama ukht Aini (Trgganu Selatan) yg mengendalikan slide/audio laptop..dari pandangan hadapan ana boleh melihat ayah dan ibu yang teresak2 menangis terutama semasa membacakan doa buat anak2..
kemudian para fasilitator ditugaskan untuk mengedarkan kad ucapan& pen kepada ibu ayah..saat itu ana mengedarkankan kad2 dan pen, dan tika tiba di tempat makcik tadi, fasi lain telah memberikan kad dan pen kepadanya..saat itu juga makcik tadi bertanya kpd fasi tersebut; 'kad nie ada garis-garis tak?'..'x da makcik,kosong je'..'mkcik nak kena tulis kat mana?'..'mkcik boleh tulis di kedua2 bahagian ni'..perbualan terhenti di situ..ana lihat mkcik melihat2 kad tersebut sambil memegang pen..mgkin fasi tadi tidak sedar perkra sebenar..ana mengambil alih tempt fasi tadi..nak terus bertanya untuk tolong menulis takut tersalah cakap & tersinggung hati mkcik itu..jadi ana diamkan saja,smbil pandang ke arah lain..akh sufian telah berikan arahan untuk menulis, tapi mkcik tadi masih memegang2 pen, membalik2 kan kad..pilu rasa hati,wlupun KBM dh lepas, tapi saat menulis ni pun ana boleh rasakan lagi suasana pilu tu..ana beranikan jugak tuk berbual & bertanya..dan sememangnya saat itu mkcik memang memerlukan seseorang berada dengan nya untuk menulis..alhamdulillah ya Allah..
saat menulis, mkcik menceritakan banyak perkra pada ana terutama tentng kluarga nya..anaknya di Imtiaz adalah anak sulong..dgn dirinya yg tidak bekerja, hnya mnerima sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat setiap bulan,menanggung 3 anak dirumah..harapan yg tinggi diletakkan pada ank sulongnya itu, yg dibahasakan 'kakak' di rumah..segalanya diluahkan & ana cba sedaya mungkin menulis segala isi hati ibu ini..mata yg bengkak x dihiraukan demi memenuhkan kad itu sebelum 'kakak' msuk ke dlm dewan..
itulah antara pengharapan seorng ibu dlm membesarkan anak2nya..
dan pengharapan yg besar juga diletakkan pada kita sebenarnya, agar program2 seperti ini dpt lagi diteruskan..mkcik tdi dijdikan cntoh; sgt percaya pada progrm ini, pada fasi dan seluruh pengendali hingga sanggup berkongsi banyak perihal keluarga walaupun pertama kali berjumpa..dia percaya prgram ini mampu untuk membantu anaknya, dan seharusnyalah kita cuba kekalkannya dan laksanakan dengan sebaik mungkin..insyaAllah
Category: | 0 Comments
0 comments to “sEdikiT PerkOngsiAn”
Catat Ulasan