Author: KARISMA Terengganu on
Selasa, April 20, 2010
Ikhwah wa akhawat fillah,
Renungi mutiara-mutiara berharga di bawah ini...
Semoga ianya dapat menggilap permata semangat yang pudar, agar ia kembali bersinar,insyaALLAH.. .
Di dalam kita melaksanakan amal dakwah kepada Allah, kita berhadapan dengan bermacam-macam ujian. Jelasnya, Allah menguji kita dan melihat tahap keikhlasan, pengorbanan dan kepekaan kita untuk membuktikan cinta kita kepadaNya. Ikhwah dan akhawat, kita melalui berbagai liku dakwah, berhadapan dengan berbagai masalah, ada yang secara individu dan ada yang secara berjama'ie. Bagaimana kita bereaksi atau bertindak, pada umumnya ada 2 aspek yang boleh kita lihat:
1. Seperti terjadinya di Perang Uhud, walaupun tentera Muslimin telah 'kalah' tetapi pada hakikatnya menang, kerana mereka telah mengetahui dan menyedari kelemahan mereka i.e. ketidak-patuhan terhadap arahan Rasulullah untuk tidak turun dari bukit dan cinta mereka kepada dunia sehingga turun untuk merebut ghanimah ATAU
2. Seorang da'ie itu membuat perancangan, perencanaan, bertanya dan berbincang dan membuat berbagai andaian apa yang akan berlaku, sehingga semasa dia bertapak di mana saja, dia akan meminamakan kesalahan
Jadi bagi kita pula, yang mana satu? Nak buat kesilapan, dan kemudian belajar daripadanya atau berwaspada, membuat andaian dan mengambil segala precaution supaya tidak akan melambatkan pergerakan kereta dakwah. Walaupun begitu, dengan mengambil segala usaha untuk tidak berbuat kesalahan, kadang kala kita diuji. Itu kehendak Allah untuk memperkuatkan diri kita.
Jelasnya, ujian Allah itu merupakan
sunnah yang harus dilalui oleh setiap da'ie. Ujian ini akan
meneguhkan orang yang ikhlas dan akan melucutkan orang yang tidak mampu. Semoga Allah membantu kita untuk jadi orang yang
lebih 'matured' di dalam persada yang penuh dengan duri tetapi ada cahaya pada penghujung jalanNya. Pesanan HAB di dalam 10 wasiat yang beliau telah tinggalkan,
"Kurangkan bergurau senda, sesungguhnya umat yang berjihad tidak mengenali kecuali keseriusan". Berhijrahlah kita bersama dengan pesanannya.
- ukhti Hana Insyirah-
Category: |
jzklh..suatu ingatan dan motivasi..
sejauh mana hebat pun kita, pasti 'lebih' hebat dugaan yang akan diterima..tekadkan hati,raptkan diri denganNya..hanya kepadaNya kita berharap agar terus thabat dijalan dakwah ini