Subscribe RSS

Assalamu ‘alaikum wbt

InsyaAllah,bagi memenuhi masa cuti yang terluang ini, kami k-tganukiter ingin berkongsi sedikit mengenai 10 muwasafat yang seharusnya ada dalam diri setiap mukmin..Setiap minggu, kami akan menghuraikan 2 muwasafat..kami juga memohon kerjasama antum semua untuk menegur kami jika ada tersilap dalam menghuraikannya. Dalam setiap huraian mengenai 10 muwasafat ini, kami juga kan sertakan perkara-perkara yang boleh kita lakukan bagi membolehkan kita mencapai 10 muwasafat tersebut,insyaAllah. Semoga kita kan mendapat berkat dan redhaNya.

SALIMUN AQIDAH = AQIDAH YANG SEJAHTERA
Salimun aqidah/aqidah yang sejahtera merupakan suatu aspek yang amat penting bagi setiap insan yang bergelar muslim. Aqidah yang salim ini hanya mampu dicapai jika kita mengamalkan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah, dengan cara kita memahami setiap isi Al-Quran dan As-Sunnah..

”Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu sebuah Kitab (Al-Quran) yang mengandungi kemuliaan untuk kamu, maka mengapa kamu tidak memahaminya?” [al-Anbiya’ 21:10]

Setiap muslim wajib beri’tiqad dengan i’tiqad yang benar; iaitu i’tiqad ahli sunnah wal jamaah. I’tiqad bererti mempercayai dengan yakin tanpa syak dan ragu-ragu. Ia juga diertikan sebagai iman. Dalam aspek aqidah, ia melibatkan tiga bahagian iaitu;

I.Ilahiyyat (ketuhanan)
– beri’tiqad secara ijmal (umum) bahawa Allah bersifat dengan segala sifat
kesempurnaan dan beri’tiqad secara tafsil (terperinci) dengan mengetahui perkara
wajib, mustahil dan harus bagi Allah Taala
II. Nubuwwat (kenabian)
–beri’tiqad dengan kewujudan para rasul dan nabi serta meyakini
kebenaran mereka
III. Sam’iyyai/ghaibiyyat (perkara-perkara ghaib)
– beri’tiqad bahawa adanya perkara-perkara ghaib seperti
malaikat,syurga,neraka,ajal,maut,hari kiamat,azab kubur dan sebagainya.

Aqidah lah akan memandu kita ke jalan yang sebenarnya-benarnya. Jika mantap aqidah kita, maka kan mantapkan kehidupan kita di dunia ini dan insyaAllah jua di akhirat kelak.

”Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebutkan nama Allah, maka gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, maka bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.” [Al Anfal 8:2]
Amalan yang perlu dilakukan :
1. beriman bahawa Allah tuhan Yang Maha Esa dan tidak menyekutukanNya dengan
sesuatu yang lain
2. perbanyakkan membaca dan memahami isi Al-Quran
3. membaca dan mempelajari tafsir Al-Quran
4. mempelajari hadith Rasulullah dan mengamalkannya
5. melakukan sesuatu ikhlas kerana Allah Taala
6. mengingati 99 nama Allah dan mengamalkan dalam kehidupan

"Allah s.wt mempunyai sembilan puluh sembilan nama, kurang satu seratus. Sesiapa yang menghafaznya akan memasuki syurga. Allah itu ganjil (tunggal) dan menyukai (bilangan) yang ganjil." (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)
7. mengimani rukun-rukun Iman
8. tidak berhubung dengan jin
9. tidak menilik nasib,memuja kubur,percaya adanya sial
10. menerima segala ketentuan qada’ dan qadar Allah dengan hati terbuka
11. bersyukur dengan setiap kurniaan Ilahi

Category: | 0 Comments

0 comments to “10 MUWASSOFAT”