SOHIHUL IBADAH = IBADAH YANG BETUL
Sohihul ibadah/ibadah yang benar adalah perbuatan yang dilaksanakan semata-mata kerana Allah Taala. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra mengenai 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari akhirat. Salah satu dari 7 golongan tersebut adalah pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah Taala. Ibadah yang di maksudkan bukan hanya bersolat, puasa, zakat, dan berzikir semata-mata. Ianya merangkumi setiap perbuatan yang di lakukan setiap hari, waktu dan ketika hatta sekecil-kecil perkara seperti mengerdip mata jua akan dikira ibadah. Setiap yang kita sebagai seorang muslim laksanakan akan di kira ibadah jika ianya diniatkan dan dilakukan ikhlas kerana Allah Taala.
Rasulullah SAW bersabda :
“Sesungguhnya setiap perbuatan itu adalah dengan niat, dan sesungguhnya bagi setiap manusia itu (balasan) apa yang telah diniatkan”
Bahkan Allah jua telah berfirman dalam surah al-Zalzalah (ayat 7-8) yang bermaksud :
“Sesiapa yang mengerjakan kebajikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula”
Setiap hari kita telah pun berjanji pada Allah sekurang-kurangnya di dalam solat fardhu sebanyak 5 kali, iaitu 1825 kali setiap tahun. Cuba kita darabkan dengan umur kita sekarang, sudah ribuan kali kita berjanji kepada Allah, tapi sudahkah kita penuhi segala janji-janji itu dengan sempurna? Semoga setiap amalan kita kan diterimaNya sebagai satu ibadah. InsyaAllah
Amalan yang perlu dilakukan:
- Sentiasa mengingati Allah dalam segala hal dan keadaan
- Melazimi solat jemaah di surau dan masjid
- Memperbanyakkan solat malam
”Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan
lebih tetap betul bacaannya” (Surah Al-Muzammil 73: Ayat 6)
- Melazimi bacaan al-ma’thurat pagi dan petang
- Menyebarkan salam, menunaikan nazar
- Bersugi/bersiwak sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk
- beriktikaf di bulan Ramadhan jika berpeluang
- Tidak menolak untuk melaungkan azan (ikhwah) dan menjadi imam solat
- Ikhlaskan segala perbuatan kerana Allah
0 comments to “MUWASSOFAT KE 2 - SOHIHUL IBADAH”
Catat Ulasan