Subscribe RSS

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Dikongsi laporan Mukhayyam de PENYU..moga bermanfaat..
Alhamdulilah, berakhir sudah Mukhayyam de Penyu IPT semalam dengan jayanya. Mukhayyam yang paling lama dijalankan ini (2 tahun; 2009-2010) berjaya mengumpulkan peserta melebihi 50 orang yang terdiri daripada pelajar-pelajar IPT dan lepasan STPM. Mukhayyam selama 1 hari 2 malam ini bermula 31 Dis 2009 – 02 Jan 2010 dan dijalankan di Taman Pertanian Sekayu, Hulu Terengganu.

Hari pertama (malam)

- Program dimulakan sedikit lewat berikutan kelas yang diikuti sebahagian peserta hingga petang Khamis. Perjalanan lebih 1 jam terutama bagi peserta dari Kuala Terengganu tidak mematahkan semangat mereka untuk meneruskan mukhayyam ini. Peserta tiba di tapak perkhemahan sekitar 8.00 – 8.45 malam.

- Selepas solat isyak berjemaah dan makan malam, slot pertama dimulakan oleh ustaz wa pakcik Muzahar bin Hitam, Pengerusi Tarbiyah JIM Negeri dengan tajuk ‘Manhaj Perubahan dan Peranan Syabab & Syuyukh’. Tajuk yang agak berat tidak menyukarkan pakcik untuk mengupas dan memberi isi penting dengan cara menarik bagi memastikan para peserta faham dengan apa yang dibincangkan terutama dari sudut tariq dakwah.

- Slot seterusnya dibawa oleh kem komander (akhi masrul ariffin) melibatkan taaruf, ice breaking dan pembahagian kumpulan. Mukhayyam kali ini agak berbeza kaedahnya berbanding lepas, di mana semua peserta perlu berkawad mengikut arahan dari ketua kawad (akhi redhuan) dan setiap kesalahan kawad akan dikenakan tindakan. Disiplin yang tinggi cuba diterapkan dalam diri setiap peserta, untuk diaplikasi bersama kehidupan mereka dalam memikul tanggungjawab dan amanah. Slot ini berakhir kira-kira 12.45 malam.

Hari kedua (pagi-malam)

- Bermula dengan qiammullail, arahan tegas kem komender berjaya mendisiplinkan peserta untuk tiba tepat masanya, 4.45 pagi ke dewan. Selepas solat subuh berjemaah dan bacaan al-ma’thurat serta sedikit pengisian rohani oleh ustaz wa pakcik Muzahar, peserta diberi masa yang hanya cukup-cukup untuk bersiap bagi aktiviti berkawad dan ‘jogging’ sekitar Taman Sekayu.

- Slot 3 dimulakan seusai makan pagi (disediakan khas oleh tukang masak diraja Pakcik Engku Endong) di mana peserta dibekalkan straw, tali rafia, lidi satey, pisau dan pelekat dengan tugasan untuk membina landasan terpanjang, terkemas, dan yang dapat membawa sibiji bola pingpong untuk melepasi sehingga ke garisan terakhir. Pelbagai aspek diambil kira sesuai dengan tariq dakwah yang mana sebagai seorang dai’e ilallah, kerja berjemaah perlu ditekankan dalam menghasilkan natijah perjuangan yang lurus dan kesepakatan serta ukhwah melengkapkan lagi kerja dakwah dalam merangka misi memburu marthotillah. Slot ini dimenangi oleh pasukan akhawat.

- Slot ke 4, Hayatus Sahabah pula melibatkan ‘game’ mencari sebanyak mungkin belon tergantung di pokok dan tiang, bertanda markah dengan mata tertutup, dan menyelesaikan pembentangan tokoh selama 1 minit sahaja. Belon diibaratkan sebagai mad’u yang ramai dengan pelbagai ragam(warna), dan perlu didekati secara berhati-hati(agar tidak pecah@lari) walau pelbagai halangan mendatang(mata tertutup, digantung tinggi samada pada tiang mahupun dahan pokok).

- Kemuncak mukhayyam adalah ‘jungle tracking’ yang melibatkan 7 ‘checkpoint’, antaranya ‘patah kaki (ikat dengan kayu) dan tangan’, naik turun bukit dalam keadaan kecederaan bermandikan hujan lebat, menyanyi 2 lagu tema mukhayyam iaitu Jalan Juang dan Mars Kepanduan, mencari 7 jenis daun berbeza spesis, menyeberang sungai dengan tali, mengangkat kayu balak yang dikhaskan yang agak berat (1 meter bagi ikhwah dan ½ meter bagi akhwat), mencari bangunan KLCC di ‘perkampungan orang kerdil’, meredah denai dan selut hingga ke tapak permulaan. Namun begitu, hanya dua kumpulan yang berjaya melepasi sungai dan kumpulan seterusnya terpaksa diubah laluannya ekoran air hujan yang mencurah menyebabkan paras air sungai semakin tinggi dan laju. Semua kumpulan telah berkumpul di checkpoint ke 5 untuk solat asar. Walaupun dalam keadaan basah kuyup, solat berjemaah tak sekali-kali dilupakan bertemankan pacat yang merayap di mana-mana saja. Bermula sekitar 3.15 petang, ‘jungle tracking’ berakhir hampir 7 malam dengan peserta ikhwah menamatkan ‘jungle tracking’ mandi di ‘sunway lagoon’ ala Sekayu dan bersolat Maghrib berjemaah di gigi air terjun berlagukan Surah An-Naba’ sebagai bekalan.

- Selepas solat magrib dan Isyak berjemaah serta makan malam, slot fiqh oleh Ustaz Roslan dimulakan, kemudian persembahan oleh para peserta mengenai pengalaman ‘jungle tracking’ yang dilalui serta majlis penutup yang berakhir hampir 1 pagi.

Hari ketiga (pagi)

- Walaupun masih dalam keadaan letih, peserta tetap berqiammullail bermula 5.15 pagi di dewan, diikuti solat subuh berjemaah dan pesanan ringkas oleh kem komander.

- Program berakhir pada 7.00 pagi, berikutan ada peserta terlibat dengan taklimat kokorikulum di universiti pada jam 8.30 pagi.

Dalam bekerja, tolong menolong dan berusaha memberikan yang terbaik serta menjaga hati dan perasaan teman seperjuangan adalah sangat penting. Segala yang dirancang akan menjadi pincang jika timbul perasaan negatif sesama sendiri dan menjejaskan prestasi rancangan kita itu. Jadikan Allah segala sebab kita bekerja..bukan sekadar kerjasama yang penting, bahkan apa yang lebih penting adalah mardhotillah iaitu mencari keredhaan Allah (amanah terakhir kem komander MQy IPT de Penyu)


Disediakan oleh,

Wan Mohd Redhuan bin Wan Azmi @ Nur Juaini bt Mohd Jusoh
Setiausaha Mukhyam de PENYU IPT Terengganu


1 comments to “LapOraN MuKhaYyam de PenYu”

  1. latahzan_ikhsan 1/06/2010 7:14 PTG

    mabruk2...program yang ana yakin boleh bawa lebih izzah di kalangan ahli2 usrah berbanding yang dulu2. tajuk n penceramah pun mantop syekh..heehhe. mat rugi x gi yer..