Assalamualaikum ikhwah akhwat yang disayangi Allah swt..
namun disudut hati lagi terasa kOsong andai ana meninggalkan tanpa pengisian..ia kan menggugat iman..
insyaAllah shbt/shbiah..ayuh kita REFRESH balik iman kita..mOga tak dOwn selamanya...
sedikit perkOngsian buat teman-teman yang dikasihi kerana Allah...
Tamayyuz ertinya berbeza.
Setelah kita Islam, kita adalah berbeza dari orang lain yang tidak Islam. Beza pada aqidah awalnya dan beza dari segi pemikiran, pandangan hidup, matlamat dan neraca. Ini telah ditunjukkan oleh Generasi awal Islam.
Mereka terus berbeza. Beza mereka dapat dilihat oleh manusia yang berhubung dengan mereka. Beza pada cakap dan tingkah laku mereka mula ketara. Gelak ketawa mereka bukan lagi ‘kerana’ dulu dan ‘cara’ dulu. Gerak laku mereka bukan lagi ‘kerana’ dulu dan ‘cara’ dulu. Ini dapat dirasai oleh orang keliling.
Bukan pakaian mereka yang mula berubah, tapi akhlaq mereka yang lebih dahulu berubah. Tidak pelik jika pakaian hanya diubah Allah pada tahun ketika-ketika mereka di Madinah. Akhlak dikagumi oleh manusia keliling. Hingga orangramai tidak lagi mampu untuk menolak kebaikan mereka. Itulah tamayyuz Generasi Sahabat r.a.
Jika kita hari ini berada di tengah-tengah masyarakat yang pelik dari akhlaq dan style Islam, maka seharusnya kita akan begitu ketara tamayyuznya. Kita tidak ketawa ber’dekah-dekah’ seperti orang lain. Kita tidak ‘lagha’ membuang masa seperti orang lain. Kita tidak ‘hidup seperti tiada matlamat hidup’ seperti orang lain.
Jika kita masih seperti orang lain, maka kita telah kehilangan ‘tamayyuz’ kita. So apa ertinya ‘KITA’ ?
Bayangkan, para sahabat dahulu boleh saja beralasan pada Rasulullah “wahyu tak habis lagi diturunkan”. Ilmu yang sedikit, namun ada usaha mengajak kepada kebaikan itu bukan takabbur. Bila kita buat kebaikan, tapi takut melakukan kerana tidak mahu dikatakan sebagai warak atau alim, itulah riak. Dan jika kita takut beramal kerana tidak ikhlas kepada Allah, itulah ‘ujub, seolah-olah kita sudah banyak amal.
Sebenarnya, ramai sahaja yang dahagakan kebenaran. Hanya kita sahaja yang masih ‘sombong’ dengan kelompok kita, tidak keluar untuk menghulur belaian iman dan tarbiah pada mereka. Lantas, apa yang dapat kita jawab di sana kelak? Marilah kita berasa malu kepadaNya agar kita semua dapat‘memecahkan’ satu mindset yang negatif terhadap suasana yang ada sekarang. Kerana, jika kita yang berusaha mengubahnya, Allah pasti akan membantu. Percayalah, langkah pertama memang sukar, tapi bila kita punya usaha, Allah selalu bersama dan akan dibuka jalan dan dimudahkan dalam urusan keranaNya.
Marilah juga, kita takutkan pada kemurkaanNya. Jadilah orang yang baik dan membaikkan. Sesungguhnya Allah menurunkan musibah bukan terhadap orang yang berbuat munkar sahaja tapi juga orang yang tidak terlibat kerana tiada pelaksanaan amar ma’ruf (mengajak kebaikan) dan nahi munkar (mencegah kemungkaran).
Category:
fiqh dakwah
| 1 Comment
masyaAllah..teringat artikel ustaz Salam..turut menyentuh pasai tamayyuz ni..rasanya ana sorg jer xjmpe lagi ustz Salam..hehehe