Subscribe RSS


Pendahuluan:

1.     Taddabbur Surah Maryam 19, ayat ke 71:

“Dan tidaklah dari kamu melainkan akan mendatanginya (neraka jahannam) adalah yang demikian itu bagi Tuhanmu merupakan ketentuan yang telah ditetapkan ”.

1.     “Hatman Maqdhiyya” – Ketentuan yang ditetapkan: 

Setiap orang akan melalui neraka Jahanam yang berada di bawah titian Shirathal Mustaqim. Tiada jalan alternatif dan tidak boleh ditawar-tawar lagi. 

1.     Tarbiyah bersifat “Hatmiyah” – merupakan suatu kemestian/’urgent’/tiada alternatif lain untuk mencapai kebangkitan umat dan terbangunnya Tamadun Islam kecuali melalui proses Tarbiyah.
  
Kemestian Tarbiyah:

1.     Manusia sentiasa terdedah kepada musuh-musuh yang ingin membinasakannya:

      i.        Iblis yang menyesatkan. (Al-A’raf 7:16-17)
     ii.        Orang Kafir yang menghalangi dari mengikuti Jalan Allah. (Al-Anfal 8: 36)
    iii.        Nafsu yang mengajak kepada kejahatan (Yusuf 12:53)

1.     Tarbiyah itu memberikan imuniti (mataanah) kepada Mutarabbi dari segi Maknawiyah (Ruh & Iman), Fikriyah (Pemikiran & Ideologi) serta Tanzhimiyah (Struktur Dakwah).

1.     Tarbiyah juga mempersiapkan Mutarabbi sebagai Jazabiyah ad-Dakwah (Magnet Dakwah) kerana seorang yang mendapat Tarbiyah biasanya disenangi, didekati, dirujuki dan diteladani oleh masyarakat. 

Pendekatan-pendekatan dalam Tarbiyah (al-Asalib fit Tarbiyah Islamiyah):

1.     Pendekatan yang Ideal (al-Uslub an-Nazhori):

      i.        Sha’bun – Tsabiit (Susah, tapi hasilnya terjamin Kekal):

Mentarbiyah itu ibarat menanam pokok buah-buahan:

  • Memilih biji benih yang terbaik.
  • Biji benih ditanam di dalam tapak semaian agar terjaga.
  • Anak pokok dibajai dan disiram secukupnya agar sihat.
  • Setelah akar dan batang cukup kuat, dipindahkan ke tanah kebun.
  • Pokok muda itu terpaksa bersaing dengan tumbuhan lain dan perubahan cuaca untuk terus bertahan.
  • Pokok membesar kuat, akar kukuh menghunjam ke tanah dan cabang melangit.
  • Memberi buah kepada penanamnya dan teduhan kepada makhluk lain. 

“Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat.” (Ibrahim 14:24-25)

  • Kisah Kaab bin Malik RA yang ikhlas menerima hukuman akibat tidak turut serta dalam Perang Tabuk. 
  • Ketika utusan Kerajaan Ghassan datang menawarkan suaka politik dan jawatan di sana, beliau menolaknya sambil berkata, “Ayyu Mushibatin Hadzihi!”
  • Itulah contoh peribadi yang ‘imune’ maknawi, fikriy dan tanzhiminya. Tetap tsabat hingga ke akhirnya. Itulah hasil Tarbiyah!

“Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan memperbuat apa yang Dia kehendaki.” (Ibrahim 14:24-25)
      i.        Thaawiil – Ashiil (Panjang, tapi terjamin Keasliannya):

  • Dakwah itu perjalanan yang panjang dan tidak hanya satu generasi yang melaluinya. 
  • Kita hanya penyambung mata rantai panjang dakwah para Rasul, Sahabat RA, Salafussoleh dan du’at terdahulu.  
  • Untuk mencapai tujuan dan sasaran jangka panjang dakwah memerlukan gabungan gerakerja beberapa generasi. (Hammasatus Syabab, wa Hikmatus Syuyukh)
  • Penaklukan Romawi – Rasulullah SAW menjanjikan tertaklukmya Byzantium ketika memukul batu semasa membina parit Perang Khandaq. Namun, Romawi hanya dapat ditakluki beberapa abad kemudiannya ketika zaman pemerintahan Khilafah Uthmaniyah.
  • Betapapun banyak generasi yang berlalu, namun ‘asholah’ tetap dipelihara dan ‘hammasah’ tetap terjaga. Islam yang sampai di Romawi (Byzantium) tetap sama seperti Islam yang diturunkan pada generasi pertamanya iaitu zaman Rasulullah SAW.

Peribadi yang ‘asholah’ – telah teruji dengan panjangnya perjalanan dakwah dan tetap kekal komitmen dan ‘hammasah’nya. (Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan):

  • Abu Ayyub Al-Ansori RA – berusia 90-an ketika menyambut seruan jihad “Infiru Khifafan wa tsiqalan” pada Zaman Khalifah Uthman RA untuk mengharungi lautan ke perairan Yunani menghadapi tentera Romawi.  
  • Ummu Haram RA – tegar menanti setelah dijanjikan Nabi SAW beliau akan syahid bersama-sama angkatan laut pertama umat Islam. Beliau syahid ketika pembukaan Cyprus di masa pemerintahan Khalifah Uthman RA.   
  • Saad bin Abi Waqas RA – “Aku adalah salah seorang daripada 7 orang sahabat  (daripada 10 yang dijamin syurga), dahulu kami bersama Rasulullah SAW dalam sebuah ekspedisi, kami tidak memiliki makanan, sehingga kami makan daun-daun hingga sakit kerongkong kami, akan tetapi sekarang kami bertujuh semuanya menjadi gabernor di beberapa daerah, maka kami berlindung kepada Allah SWT agar tidak menjadi orang yang merasa besar di tengah-tengah manusia tetapi menjadi kecil  di sisi Allah SWT”.

“Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak berapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka…” (At-Taubah 9:42)

      i.        Bathii’un – Ma’mun (Lambat, tapi hasilnya terjamin Selamat):

Tarbiyah ini ibarat lumba lari Jarak Jauh/Marathon, bukan Pecut/100 m:

  • Perlukan kesabaran yang tinggi untuk mencapai sasaran di hadapan dengan kualiti yang terjamin.
  • Larian Marathon memang kelihatan lambat kerana lariannya penuh dengan strategi dan perkiraan.
  • Tenaga juga tidak dibuang secara sia-sia bagi mengekalkan stamina hingga ke garisan penamat dan seterusnya mencapai kemenangan.

Lambatnya Dakwah dan Tarbiyah:

  • Bukan kerana lambatnya para du’at dalam bekerja dan berjuang.
  • Sebaliknya, sunnatullah terhadap proses Tarbiyah ini memang memakan masa yang sangat lama. 
  • Tarbiyah mempunyai tahapan-tahapan yang mesti diikuti dengan penuh saksama.
  • Ia adalah proses yang berterusan, tidak boleh terburu-buru dan memerlukan kesabaran untuk menempuhnya. 
  • Yang paling penting, du’at mentarbiyah manusia yang mempunyai hawa nafsu dan perasaan, bukannya robot yang boleh dprogramkan dengan mudah.

Hasil Tarbiyah:

  • Lahirkan peribadi yang bulat tekadmya (tajarrud), tidak berbelah bagi di antara kebenaran dan kebatilan.
  • Individu yang ditempa di jalan Tarbiyah ini teguh akidahnya, luhur akhlaknya, bersih hatinya serta baik dari segi ta’abbudi, ijtima’i mahupun tanzimi.
  • Keunggulan hasil Tarbiyah itu teruji tatkala seorang Mutarabbi dihadapkan dengan keadaan/situasi yang mencabar integriti keperibadiannya.
  • Hadithul Ifk – Fitnah terhadap Aisyah RA yang menyebabkan kegoncangan dalam rumahtangga Nabi SAW serta menguji integriti Sahabat RA sehingga mereka yang lemah tarbiyahnya turut menyebarkan fitnah tersebut.   
  • Jawapan Isteri Abu Ayyub Al Ansori (yang terjamin kualiti Tarbawinya) – “Wahai Abu Ayyub, jika kau yang menjadi Safwannya (sahabat yang difitnah bersama Aisyah), apakah kau berbuat sebegitu kepada isteri Rasulullah SAW, dan Safwan lebih baik dari kau. Wahai Abu Ayyub, kalau aku yang jadi Aisyah, tidak akan pernah aku mengkhianati Rasulullah SAW, dan Aisyah lebih baik dariku.”


1.     Pendekatan yang Sistematik (al-Uslub al-Minhaji)

At-Tarbiyah An-Nukhbawiyah – Tarbiyah ini berorientasikan melahirkan kader-kader baru/generasi pelapis dakwah. (Mengelakkan “lost of generation”)

Oleh yang demikian, pendekatan yang sistematik ini perlu dilaksanakan melalui 2 strategi utama iaitu:

      i.        Tajmik (Pengumpulan):

  • Mad’u baru dikumpulkan dalam sebuah program/aktiviti yang bersifat umum.
  • Mad’u-mad’u diikat hati mereka untuk komited menghadiri dengan program-program umum.
  • Para du’at menjalankan ‘follow-up’ dan merencanakan Dakwah Fardiyah kepada para mad’u.

      i.        Tajniid (Rekrutment): 
  
  • Mad’u hasil Tajmik tadi akan ‘ditapis’ dan dimasukkan ke dalam sistem Tarbiyah untuk direkrut menjadi kader-kader baru dakwah.  
  • Fokus utama semasa Tajniid adalah membina ‘Qaidah Sulbah – Core Group’ yang akan menjadi muharrik (penggerak) dakwah di masa hadapan. 
  • Mutarabbi akan direkrut di dalam program-program Tarbawi yang bersifat khusus.

Hasilnya:

  • Peristiwa kemurtadan – 2/3 Jazirah Arab nyaris ditimpa gejala murtad pada zaman Khalifah Abu Bakar RA. 1/3 daripadanya sahaja yang selamat. Mereka berada di Mekah, Madinah dan Thaif kerana di sini “core group” dakwah ramai dan terpelihara. 
  • Tawanan Perang Riddah ini kemudian dibina dan direkrut semula pada zaman Khalifah Umar al-Khattab RA. Hasilnya merekalah yang berada di barisan paling hadapan tentera Islam semasa berjihad melawan Empayar Parsi di Perang Qadisiyah.

1.     Pendekatan yang Operasional (al-Uslub at-Tathbiiqi)

Seiring pendekatan secara Sistematik (Tajmik-Tajniid) yang berjalan lancar, ada dua operasi taktikal yang perlu dititikberatkan iaitu:
      i.        At-Tarqiyah (Peningkatan - Vertikel):

  • Dua jenis peningkatan yang perlu ditumpukan di dalam proses Tarbiyah adalah An-Nau’iyah (Kualiti) dan Al-Kammiyah (Kuantiti).
  • An-Nau’iyah (Kualiti) – meningkatkan kualiti akidah, ibadah, akhlak, kefahaman Islam dan kefahaman dakwah para du’at. 
  • Al-Kammiyah (Kuantiti) – meningkatkan jumlah mad’u baru, murabbi baru, penggerak baru, dan du’at baru.

      i.        At-Tausi’ah (Perluasan - Horizontal):

  • Para du’at yang terlatih dan berkualiti ini perlu dijadikan “Bi’tsah ad-Du’ah” (Duta Dakwah) untuk usaha-usaha perluasan dakwah ke daerah-daerah lain. 
  • Rasulullah SAW menghantar duta-duta dakwah seperti Muaz bin Jabal ke Yaman, Mus’ab bin Umair ke Madinah dan Khalid Al-Walid ke Iraq. 
Graf At-Tarqiyah lawan At-Tausi’ah hendaklah sentiasa berkadar langsung bagi mengekalkan keseimbangan dan kestabilan Dakwah dan Tarbiyah
> Akh Abdullah Mujahid<

Category: | 0 Comments

0 comments to “Hatmiyah Tarbiyyah”