Subscribe RSS


Perjalanan mencari DURIAN yang gUGUrrr..eheehehehe.....

Jauh tau perjalanan..tapi menarik apabila MEREMPIT untuk pulang sebelum maghrib. Berkorban untuk adik-adik yang bakal disambut keesokan harinya.

pengorbanan-pengorbanan!!

Sampai-sampai dalam pukul 4.00 petang kami terus takruf sebentar dan solat diimamkan oleh akhi Khairi. Alhamdulillah...rezeki lepas solat kot. Syoknya dapat makan durian ramai-ramai. Rambutan pun ada. Harap-harap lepas program ini tak ramai yang sakit tekak atau kena ‘batuk’..nauzubillahi min zalik.. Khabarnya ada ikhwah dari Rusia dan Amerika..masyaAllah.


Jazakallah muallim yang menjadi antara individu yang ‘busy’ kerana ditugaskan untuk mengangkut kami dari UDM dan UMT. Tidak ketinggalan Fath yang juga bertungkus lumus.Nampaknya tak sia-sia dapat ‘motor baru’.

Sesi terakhir program SAMPEL’09 iaitu sesi penggulung daripada AJK program. Kami terpaksa bergegas kerana hari sudah semakin gelap. Nyata masa amat mencemburui kami.walaupun sekejap namun impak yang besar diharapkan oleh kami(ikhwah) bagi sesi mendatang ini. Namun terdapat 5-6 orang yang tertinggal/terlepas peluang bagi SAMPEL ini. InsyaAllah program followup bagi mereka akan kami buat dalam masa terdekat.

Let’s continue our works…InsyaAllah

Category: | 1 Comment




Oleh : Pakcik Roslan

MISI ‘09

19Jun 2009


‘Human cannot give anything, but ALLAH can give us everything’

- kata2 azimat pakcik Roslan -




Semua yang kita buat niat kan kerana Allah, walau banyak mana pun kita berhabis untuk dapatkan mad’u kita, walau berpeluh jerih berulang alik dri 1 tempat ke tempat yg lain untuk DF mad’u kita,ingat lah bahawasanya mad’u kita itu tak dapat berikan kita apa2..tetapi Allah akan balas

semua itu dengan ganjaran berlipat ganda di akhirat kelak..insyaAllah..


Dakwah ialah menyeru dan boleh dikelaskan kepada 2 iaitu dakwah ammah (umum/ramai2) dan dakwah fardhiyyah (perseorangan/1 to 1). DF adalah bertujuan untuk merekrut para ‘core amilien’ iaitu orang yang akan kita bawa untuk bekerja dengan kita membawa dakwah ini/sebagai pelapis.


DF ini merangkumi beberapa ciri iaitu :

  1. targeted mad’u : mencari di surau,mjlis2 ilmu, kenal pasti betul2 mad’u yang akan kita bawa itu,jumpa mad’u secara perseorangan dan berkenalan secara rapat dengannya
  2. interaktif : para dai’e perlu jelas dengan mesej yang ingin disampaikan pada mad’u
  3. hubungan peribadi : pergi berjumpa dengan mad’u,menunjukkan peribadi yang baik kerana dai’e adalah cermin kepada dakwahnya,dan menghidupkan nilai2 Islam dalam peribadi para du’at
  4. detailed message : para du’at perlu tahu semua perkara yang berkemungkinan akan ditanya oleh mad’u,perlu tahu tentang perkara berkaitan Islam dan dakwah, dan menggunakan uslub(teknik) dakwah kita sehingga membawanya kepada Allah.


Untuk marhalah memenangi mad’u, pakcik Roslan tetap compilekan memjadi 4 cara :

  1. memenangi hati - bersifat kemanusiaan,bertanya khabar,ambil tahu masalah,belanja makan,tunjuk tempat untuk beli barangan keperluan bagi adik2 junior baru masuk
  2. memenangi jiwa - menghidupkan jiwanya dengan berbicara tentang keimanan,keperluan beraama,siapa Allah,siapa kita. tahu tentang perkara umum sperti tempat2 dalam negeri,isu semasa,sukan
  3. memenangi pemikiran - jika dah dapat menangi hati dan jiwa,mad'u tersebut dah boleh diajak sertai usrah,cuba bentuk manusia yang izzah dengan Islam kerana Islam bukan agama peribadi tetapi adalah agama masyarakat
  4. memenangi amalan - mengajak beramal dengan amalan Islam,mengawal mad'u sebagai seorang sahabat tanpa merimaskan nya


Masalah yang akan timbul dalam DF

  1. kekangan masa - banyak masa diperlukan dalam dakwah,namun ingatlah bahawa Allah akan sentiasa ada untuk menolong hamba2nya yang mengajak kepada kebenaran
  2. kekangan sumber - masalah perbelanjaan boleh berlaku pada permulaan untuk menarik mad'u tapi jangan lupa apa yang dibelanjakan fisabilillah adalah sesuatu yang sangat mulia di sisi Allah Taala
  3. lambat pulangannya - lambat untuk kita melihat hasilnya,namun berusaha semampu kita kerana kita hanya mampu berusaha,bertawakkal namun Allah jua lah yang menentukan sama ada mahu memberi hidayah padanya @tidak


Faktor kejayaan DF

  1. keikhlasan - niat lillahi taala,insyaAllah kita tak akan kecewa.dalam Islam tiada istilah kegagalan, yang penting adalah usaha bukan apa yang akan kita dapat
  2. kesungguhan - plan how to tackle mad'u,berusaha bersungguh2 untuk dapatkan hatinya dan doalah kepada Allah agar dipermudahkan usaha dakwah kita
  3. kesabaran - tabah hadapi pelbagai kerenah dan sikap para mad'u.ada yang mudah marah,ada yang suka mengajuk,ada yang suka dibelanja tetapi tak suka membelanja.jangan mudah marah atau amik hati.adukan segalanya padaNya..'dengan mengingati Allah hati2 akan menjadi tenang'

Category: | 0 Comments

Oleh Ust Alias Osman

MISI ’09

17 Jun 2009



Pergaulan ialah bercampur lainan jantina dalan 1 tempat, berlaku pandang memandang,komunikasi,interaksi juga percakapan.

Hukum asal pergaulan silang jantina ini adalah haram dan ini berlandaskan kepada beberapa hadith seperti :

  1. ”perempuan jangan musafir kecuali bersama mahram”
  2. ”lelaki tidak harus masuk dalam rumah perempuan kecuali bersamanya ada mahram”
  3. ”lelaki tidak harus berkhalwat dengan perempuan kecuali bersama mahram”


Pergaulan silang jantina ini diharuskan kerana 2 sebab iaitu darurah dan haajah. Contoh darurah ialah bergaul kerana melindungi wanita yg bersendirian dlm perjalanan. Manakala contoh kes2 haajah pula adalah :

  1. muamalat – jual beli
  2. tugas kehakiman
  3. memberi kesaksian
  4. tugas penguatkuasaan
  5. jihad fi sabilillah
  6. tunggu giliran rawatan di hospital/klinik


Pergaulan silang jantina mengikut adat kebiasaan

  1. jaga adab dan hukum Islam
  2. menutup aurat
  3. tidak tabarruj
  4. menundukkan pandangan
  5. bercakap dengan suara normal
  6. tiada percampuran melampau lelaki dan perempuan


Pergaulan silang jantina dalam organisasi

- perlulah menjaga hukum Islam dalam (hukum akhlak,adab,niat) dan luar (hukum syariat)

- kekalkan kesederhanaan dan tidak menyusahkan kerjasama yang dilaksanakan

- tidak ’double standard’ antara wadah lain,ahli yang bukan ikhwah akhawat

- memastikan suasana wara’, jauh dari fitnah dan syubhat serta sentiasa hazar (berjaga2)

Category: | 0 Comments


  1. Menjadi nuqaba’/co-nuqaba’ (bagi yang baru membawa usrah) atau melahirkan nuqaba’/co-nuqaba’ (bagi yang telah membawa usrah)
  2. Mendisiplinkan dan muhasabah diri melalui mutaba’ah amal
  3. Mengulangkaji dan berkongsi slot yang bermanfaat kepada mad’u
  4. Meletakkan dakwah sebagai keutamaan dan menguasai pelbagai ilmu dan kemahiran untuk melaksankan dakwah
  5. Melakukkan dakwah fardiyyah sekurang-kurangnya seorang satu semester
  6. Pelajar semester akhir wajib mengisi borang Baitul Muslim (BM)
  7. Melibatkan diri dalam aktiviti kampus dan menyusun pelbagai teknik dakwah di lokaliti masing-masing



Category: | 0 Comments