Oleh Ust Alias Osman
MISI ’09
17 Jun 2009
Pergaulan ialah bercampur lainan jantina dalan 1 tempat, berlaku pandang memandang,komunikasi,interaksi juga percakapan.
Hukum asal pergaulan silang jantina ini adalah haram dan ini berlandaskan kepada beberapa hadith seperti :
- ”perempuan jangan musafir kecuali bersama mahram”
- ”lelaki tidak harus masuk dalam rumah perempuan kecuali bersamanya ada mahram”
- ”lelaki tidak harus berkhalwat dengan perempuan kecuali bersama mahram”
Pergaulan silang jantina ini diharuskan kerana 2 sebab iaitu darurah dan haajah. Contoh darurah ialah bergaul kerana melindungi wanita yg bersendirian dlm perjalanan. Manakala contoh kes2 haajah pula adalah :
- muamalat – jual beli
- tugas kehakiman
- memberi kesaksian
- tugas penguatkuasaan
- jihad fi sabilillah
- tunggu giliran rawatan di hospital/klinik
Pergaulan silang jantina mengikut adat kebiasaan
- jaga adab dan hukum Islam
- menutup aurat
- tidak tabarruj
- menundukkan pandangan
- bercakap dengan suara normal
- tiada percampuran melampau lelaki dan perempuan
Pergaulan silang jantina dalam organisasi
- perlulah menjaga hukum Islam dalam (hukum akhlak,adab,niat) dan luar (hukum syariat)
- kekalkan kesederhanaan dan tidak menyusahkan kerjasama yang dilaksanakan
- tidak ’double standard’ antara wadah lain,ahli yang bukan ikhwah akhawat
- memastikan suasana wara’, jauh dari fitnah dan syubhat serta sentiasa hazar (berjaga2)
0 comments to “PERGAULAN SILANG JANTINA”
Catat Ulasan