Oleh : Pakcik Roslan
19Jun 2009
‘Human cannot give anything, but ALLAH can give us everything’
- kata2 azimat pakcik Roslan -
Semua yang kita buat niat kan kerana Allah, walau banyak mana pun kita berhabis untuk dapatkan mad’u kita, walau berpeluh jerih berulang alik dri 1 tempat ke tempat yg lain untuk DF mad’u kita,ingat lah bahawasanya mad’u kita itu tak dapat berikan kita apa2..tetapi Allah akan balas
semua itu dengan ganjaran berlipat ganda di akhirat kelak..insyaAllah..
Dakwah ialah menyeru dan boleh dikelaskan kepada 2 iaitu dakwah ammah (umum/ramai2) dan dakwah fardhiyyah (perseorangan/1 to 1). DF adalah bertujuan untuk merekrut para ‘core amilien’ iaitu orang yang akan kita bawa untuk bekerja dengan kita membawa dakwah ini/sebagai pelapis.
DF ini merangkumi beberapa ciri iaitu :
- targeted mad’u : mencari di surau,mjlis2 ilmu, kenal pasti betul2 mad’u yang akan kita bawa itu,jumpa mad’u secara perseorangan dan berkenalan secara rapat dengannya
- interaktif : para dai’e perlu jelas dengan mesej yang ingin disampaikan pada mad’u
- hubungan peribadi : pergi berjumpa dengan mad’u,menunjukkan peribadi yang baik kerana dai’e adalah cermin kepada dakwahnya,dan menghidupkan nilai2 Islam dalam peribadi para du’at
- detailed message : para du’at perlu tahu semua perkara yang berkemungkinan akan ditanya oleh mad’u,perlu tahu tentang perkara berkaitan Islam dan dakwah, dan menggunakan uslub(teknik) dakwah kita sehingga membawanya kepada Allah.
Untuk marhalah memenangi mad’u, pakcik Roslan tetap compilekan memjadi 4 cara :
- memenangi hati - bersifat kemanusiaan,bertanya khabar,ambil tahu masalah,belanja makan,tunjuk tempat untuk beli barangan keperluan bagi adik2 junior baru masuk
- memenangi jiwa - menghidupkan jiwanya dengan berbicara tentang keimanan,keperluan beraama,siapa Allah,siapa kita. tahu tentang perkara umum sperti tempat2 dalam negeri,isu semasa,sukan
- memenangi pemikiran - jika dah dapat menangi hati dan jiwa,mad'u tersebut dah boleh diajak sertai usrah,cuba bentuk manusia yang izzah dengan Islam kerana Islam bukan agama peribadi tetapi adalah agama masyarakat
- memenangi amalan - mengajak beramal dengan amalan Islam,mengawal mad'u sebagai seorang sahabat tanpa merimaskan nya
Masalah yang akan timbul dalam DF
- kekangan masa - banyak masa diperlukan dalam dakwah,namun ingatlah bahawa Allah akan sentiasa ada untuk menolong hamba2nya yang mengajak kepada kebenaran
- kekangan sumber - masalah perbelanjaan boleh berlaku pada permulaan untuk menarik mad'u tapi jangan lupa apa yang dibelanjakan fisabilillah adalah sesuatu yang sangat mulia di sisi Allah Taala
- lambat pulangannya - lambat untuk kita melihat hasilnya,namun berusaha semampu kita kerana kita hanya mampu berusaha,bertawakkal namun Allah jua lah yang menentukan sama ada mahu memberi hidayah padanya @tidak
Faktor kejayaan DF
- keikhlasan - niat lillahi taala,insyaAllah kita tak akan kecewa.dalam Islam tiada istilah kegagalan, yang penting adalah usaha bukan apa yang akan kita dapat
- kesungguhan - plan how to tackle mad'u,berusaha bersungguh2 untuk dapatkan hatinya dan doalah kepada Allah agar dipermudahkan usaha dakwah kita
- kesabaran - tabah hadapi pelbagai kerenah dan sikap para mad'u.ada yang mudah marah,ada yang suka mengajuk,ada yang suka dibelanja tetapi tak suka membelanja.jangan mudah marah atau amik hati.adukan segalanya padaNya..'dengan mengingati Allah hati2 akan menjadi tenang'
0 comments to “DAKWAH FARDHIYYAH (DF)”
Catat Ulasan