oleh : Ustaz Samsuri Sharif
MISI ‘09
Dakwah bermaksud menyeru dan tugas kita sebagai orang Islam adalah menyeru ke arah jalan kebenaran kembali kepada Allah. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan dalam berdakwah. Antaranya 15 qawa’id yang dijelaskan oleh Ustaz Samsuri dalam salah satu slot pengisian peserta modul 02 di MISI ’09. kaedah ini perlu dihadam bukan hanya oleh peserta MISI bahkan semua yang ingin mentransformkan diri menjadi para du’at yang cemerlang..InsyaAllah..
- Dakwah kepada Allah adalah jalan penyelamat di dunia dan di akhirat
- Kamu membawa seseorang mendapat hidayah Allah adalah lebih baik dari kuda merah (sesuatu yang amat bernilai dan mahal)
- ganjaran diterima setakat dakwah berlaku, tidak bergantung kepada seruannya disahut - Setiap seruan dakwah yang dilaksanakan kerana Allah akan mendapat ganjaran walau seruan itu tidak diterima oleh orang yang diseru. Allah tidak melihat apa hasil dakwah kita,tapi Allah menilai setiap usaha kita.
- Da’ie perlu sampai ke tahap penyampai (mubaligh)dan terus berusaha ke peringkat kejelasan dalam menerangkan dakwahnya. (balagh) – mubaligh : tidak menyembunyikan perkara yang minta disampaikan, balagh : menyamapaikan dengan jelas
- Da’ie perlu daya inisiatif dan mengharap sokongan Rabbani – pengajaran dari peperangan Uhud. Nabi Muhammad tidak akan berjaya jika tidak mendapat sokongan tentera-tentera yang taat pada perintah Allah.
- Da’ie cermin kepada dakwahnya dan teladan dari dakwahnya – setiap da’ie perlu menanamkan akhlak baik yang akan menjadi contoh terbaik bagi setiap orang. Sebaik-baik kata dilihat pada pelakunya dan masyarakat akan terus meneropong para da’ie ini untuk menilai akhlak serta dakwah mereka.
- Bicara dengan manusia mengikut kemampuan akalnya – berbicara dengan berhikmah, berusaha untuk menghindari fitnah serta sesuaikan diri dengan pelbagai golongan yang mempunyai kemampuan akal yang berbeza.
- Ibtila' (ujian) sunnatullah sebagai jalan mengsungguhkan dakwah dan mencerna jiwa menghayati aqidah
- Medan dakwah luas-para da’ie perlu meletakkan pilihan bila menceburi dakwah. Contohnya sama ada mendahului keluarga@bukan keluarga, orang biasa@pembesar, yang dekat@yang jauh.
- Masa adalah satu anasir penting dalam dakwah
- Dakwah adalah satu seni dan kepemimpinan tegak dengan perancangan dan follow up – merangka beberapa objektif,menggunakan pelbagai wasilah/cara,mengambil dat perancangan serta menjalankan follow up/mutaba’ah
- Dakwah sebenarnya satub bentuk jihad dan sama dengan perang dalam aspek objektif dan natijahnya
- Dakwah adalah produk mulia yang tidak boleh dijual dengan keduniaan- ganjaran dunia akan merosakkan maruah dan tidak layak bagi dakwah
Category: | 0 Comments
0 comments to “QAWA’ID/KAEDAH DAKWAH”
Catat Ulasan